|
![](http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.457021.1448810607!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_530/image.jpg)
Wanita, kalau nak bersihkan coli tolong elakkan daripada mencucinya dengan kerap. Kotor dan geli? Memanglah, tapi ada cara lain untuk membersihkan coli bagi tahan lama...
1.Rendamkan bra dalam air yang dicampurkan dengan sedikit sabun pencuci dan pelembut pakaian. Jangan bohong, sebenarnya selama ni anda ‘campak’ coli dalam mesin basuh, bukan?
2. Mungkin ramai yang tak suka dengan kaedah ini, tapi sebenarnya anda boleh mengulangi pakai coli yang sama. Contohnya coli yang dipakai pada waktu malam, bila badan tidak terlalu berpeluh. Anda boleh sangkutkan coli untuk membunuh kuman padanya. Lepas itu boleh dipakai semula untuk malam berikutnya.
3. Elakkan daripada memerah coli yang basah atau mengeringkannya dalam mesin basuh. Coli yang mempunyai besi boleh rosak. Selain itu, ukur lilit coli juga boleh ‘mengembang’ dan menyebabkannya menjadi longgar. Sebaiknya, sidai coli anda secara mendatar agar boleh kering sendiri.
4. Setiap coli mempunyai care tag sendiri. Teliti care tag dan ikut cara penjagaan yang telah disenaraikan untuk memelihara kualiti coli.
5. Cara nak simpan pun kena ambil tahu, ya. Susun secara mendatar dalam almari elok-elok. Kalau boleh, biarlah ada tempat khas untuk menyimpan coli.
Keluarlah ‘modal’ sikit, dapatkan coli yang mahal dan berkualiti. Kalau boleh, kurangkan membeli coli murah di pasar malam kerana ini kurang berkualiti dan mudah rosak. Bagi memastikan keselesaan ketika memakai coli tu, dapatkan nasihat daripada jurujual yang berpengalaman.
mingguanwanita
|
|