CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2030|Reply: 0

Cara Mudah Menghapuskan Jerawat Pasir Di Wajah

[Copy link]
Post time 30-11-2015 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Kredit :

Jerawat pasir tumbuh halus halus dan bersaiz kecil daripada jerawat biasa di wajah. Biasanya jerawat pasir tumbuh di kawasan sekitar pipi.
Disebabkan tumbuh terlalu banyak, walaupun kecil ia tetap boleh membuatkan kulit wajah kelihatan lebih kasar.Tentu ramai di antara anda yang melakukan pelbagai macam cara supaya boleh menghilangkan jerawat pasir ini, namun kebanyakannya tidak berhasil.Jadi, apa kata anda cuba hilangkan jerawat pasir tersebut dengan skrub yang anda buat sendiri tanpa menggunakan sebarang campuran zat kimia berbahaya.
Kebaikan Skrub Wajah
Skrub boleh membantu proses penanggalan sel kulit mati. Skrub bukan sahaja bagus untuk kulit tubuh, ia juga baik untuk wajah.Skrub turut sesuai digunakan untuk mengubati jerawat pasir.
Cara mudah menghapus jerawat pasir dan bekasnya dengan menggunakan skrub semulajadi yang yang ada buat sendiri di rumah. Berikut adalah caranya:
Cara berkesan mengatasi bekas jerawat pasir dengan yogurt dan gandum.Yogurt dipercayai dapat melembutkan dan memutihkan kulit. Selain itu yougurt juga boleh membuatkan kulit tetap sihat, manakala bijirin gandum yang kasar akan membantu mengangkat sel-sel kulit mati dan jerawat.
Teh hijau cukup bermanfaat dan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Pemakaian skrub teh hijau yang digandingkan bersama tepung jagung membantu mengikis dan menggantikan sel – sel kulit yang mati. Selain itu, teh hijau juga baik untuk membuatkan kulit lebih awet muda.
Lidah buaya dan garam dapat membantu menghilangkan jerawat.Lendir lidah buaya juga memiliki banyak manfaat. Mampu melembabkan kulit dan membuatkan kulit wajah menjadi lebih cerah.
Bawang putih dikatakan boleh membantu menghilangkan dan mengeringkan jerawat meskipun baunya sangat ‘menyengat’. Gabungan skrub bawang putih dan gula merah cukup bagus untuk mengubati serta menghilangkan jerawat pasir.
Perahan lemon dapat memutihkan serta menyamarkan bintik-bintik hitam di wajah. Gabungan lemon dan kopi menjadi sebuah skrub yang berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan menghilangkan jerawat-jerawat pasir yang tumbuh di wajah.
Cara Membuat Skrub Semulajadi Tersebut:
Pilih salah satu bahan bahan utama tersebut untuk dijadikan skrub.
Langkah Pertama: Haluskan terlebih dahulu ke semua bahan utamanya sehingga lembut agar tidak terasa sakit dan pedih.
Langkah Kedua: Cukup campurkan kedua bahan tersebut sehingga menjadi pasta kental (seperti skrub).
Langkah Ketiga: Kemudian, aplikasikan ke wajah
Lumurkan ke seluruh wajah kerana ia akan membantu mengangkat sel-sel kulit mati. Gosok secara perlahan-lahan dan lembut di seluruh bahagian wajah yang berjerawat pasir itu. Ingat, jangan terlalu kasar kerana ia boleh merosakkan liang pori – pori wajah.
Langkah Keempat: Biarkan sehingga kering dan mengelupas sendiri.Jika sudah kering, cuci dan bilas menggunakan facial foam.
Take Note!
Anda yang memiliki kulit berminyaktidak disarankan menggunakan skrub kopi atau gula merah. Lakukan skrub dua minggu sekali, jangan terlalu kerap kerana ia boleh merosakkan kulit wajah.
http://www.wom.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036871 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list