CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1306|Reply: 0

4 Cara Efektif Menghilangkan Rambut Bercabang

[Copy link]
Post time 25-11-2015 08:30 PM | Show all posts |Read mode

Rambut Bercabang.Apa sebenarnya yang menjadi penyebab rambut bercabang?
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab rambut bercabang. Misalnya kerana stail rambut yang salah, penggunaan produk-produk rambut yang berlebihan dan sebagainya.
Sebagai wanita sudah pasti anda mahukan rambut yang cantik dan bebas daripada pelbagai masalah rambut.Kerap menggunakan alat pengering rambut, menggunakan lebih asid amino, smoothing dan pancaran sinar matahari secara terus merupakan penyebab utama rambut bercabang.Selain kelihatan kusut dan tak cantik, rambut bercabang juga mempengaruhi pertumbuhan rambut.
Sebahagian wanita rajin berkunjung ke salon untuk merawat rambut.Namun ada juga yang memilih cara merawat rambut secara semulajadi kerana ia lebih menjimatkan duit dan masa serta hasilnya lebih sihat.
Berikut beberapa tips yang yang boleh mengembalikan keindahan rambut anda serta menghilangkan masalah rambut bercabang:
1. Gunting Hujung Rambut Secara Teratur
Cara yang paling baik untuk mengatasi rambut bercabang adalah dengan memotong hujung rambut secara teratur selama 6-8 minggu sekali. Ia berfungsi untuk menstimulasi pertumbuhan rambut secara lebih sihat dan cepat.

2. Gunakan Syampu Anti Alkohol
Elakkan memakai syampu yang mengandungi alkohol kerana akan membuatkan rambut menjadi lebih mudah kering. Carilah syampu yang bebas alkohol dan lebih elok jika bahan tersebut diperbuat daripada sumber semulajadi. Syampu dari bahan semulajadi bukan sahaja memeliharakeindahan rambut, malah tiada kesan sampingan.

3. Biarkan Kering Secara Semulajadi
It means no blow-dry! Tidak salah jika sesekali anda melakukannya di salon. Tapi sebaiknya jangan diamalkan secara kerap. Rambut akan lebih tersisir rapi dan cantik jika dibiarkan kering secara semulajadi.

4. Rawat Rambut Secara Berkala
Anda boleh melakukannya sendiri di rumah! Apa yang diperlukan hanyalah sebutir telur, ambil kuningnya saja, campurkan dengan tiga sudu teh minyak zaitun dan satu sudu madu. Kacau sehingga rata, dan sapukan ke rambut. Biarkan selama 30 minit, dan bilas.

Info Ekstra
Merawat Rambut Bercabang Dengan Minyak Zaitun
Perawatan rambut dengan minyak zaitun akan menjaga dan mengembalikan keindahan rambut anda. Minyak zaitun dapat membantu menjaga rambut tetap sihat. Kandungan vitamin A, C dan E akan menutrisikan rambut dan menghindarkannya daripada rambut bercabang.
Vitamin-vitamin tersebut juga berfungsi menangkal zat radikal bebas penyebab kerosakan rambut. Kandungan linoleic acid yang ada dalam minyak zaitun juga dapat menjaga kelembaban rambut kerana ia bersifat mengunci air.
Sapukan minyak zaitun ke kulit kepala dan rambut setelah anda mencuci rambut. Kemudian, rambut dibungkus dengan tuala panas dan biar selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.Cara ini sangat mudah, selamat, murah dan terbukti berkesan untuk mengatasi masalah rambut bercabang.


http://www.wom.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list