CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6671|Reply: 10

Potensi pokok klon

[Copy link]
Post time 4-11-2015 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Sesiapa sahaja pasti teruja apabila melihat pokok yang ditanam membuahkan hasil. Apatah lagi pokok berkenaan bukannya tinggi seperti kebiasaan, sebaliknya rendang dan boleh ditanam dalam pasu.

Itulah antara kelebihan pokok klon yang menjadi sebutan ramai ketika ini.


Pokok klon ialah tumbuhan yang menyerupai baka asal atau cuba meniru sehingga menjadi sama. Pengklonan ialah antara teknik menghasilkan organisme secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya.
Penulis yang berkesempatan menemu bual pasangan suami isteri yang menjadi pembekal dan pengedar pokok klon begitu teruja melihat tumbuhan berkenaan membuahkan hasil walaupun ditanam dalam pasu.
Siapa sangka pasangan yang pada mulanya hanya menjual baja kompos secara kecil-kecilan kini menjadi pembekal dan pengedar lebih 40 spesies anak pokok klon?


Bagi pasangan berkenaan, Othman Saidon, 55, dan Shuriyana Shafie, 51, kesabaran selama beberapa tahun menjual baja kompos akhirnya membuahkan hasil.
“Saya menjual baja kompos sejak beberapa tahun lalu di beberapa tempat khususnya di tanah rancangan FELDA. Saya mula berminat menjadi pembekal pokok klon selepas bertemu pengusaha pokok kelapa klon di Tanjung Karang, Selangor.
“Dia mencadangkan saya menjadi pembekal pokok kelapa klon kerana yakin mendapat pasaran tinggi. Pada mulanya saya kurang berminat, tapi selepas mencuba ternyata hasilnya berbaloi kerana permintaan yang menggalakkan.


“Pengusaha berkenaan memperkenalkan tiga jenis pokok kelapa klon iaitu Pandan Baru STG, Matag F2 dan SGG CN-16. Tak sangka pokok kelapa itu mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai,” katanya yang ditemui di Taman Senawang Jaya, Senawang, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Othman berkata, dia mula menjual pokok klon sejak enam bulan lalu selepas tertarik dengan ke-unikan tumbuhan berkenaan.
“Selepas pokok kelapa klon mendapat pemintaan, saya mula mendapatkan maklumat mengenai pokok klon lain di Internet.


“Saya buat kajian dan ternyata pokok klon ada potensi tinggi kerana tidak terlalu tinggi dan boleh ditanam di dalam pasu dan kawasan tanah terhad.
“Bermula dari situ, saya mendapatkan pandangan pakar klon termasuk dari Jabatan Pertanian kerana mahu serius dalam penjualan pokok klon,” katanya.
Katanya, penjagaan pokok klon mudah tetapi perlukan baja dan tanah sesuai supaya dapat hidup subur dan tidak dijangkiti bakteria.
“Setakat ini saya menjual 41 jenis pokok klon antaranya kelapa pandan, kelapa matag, petai, durian belanda, jambu lohan, delima Iran, belimbing, manggis masta, betik sekaki, longan, mangga harum manis, mangga cukanan dan mangga madu.


“Selain itu, ciku, durian musang king, rambutan gading, rambutan anak sekolah, nangka madu, pulasan, cempedak, limau kasturi, nipis dan purut,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini pokok yang mendapat permintaan tinggi ialah petai klon kerana ia terbukti boleh ditanam dalam pasu dan berbuah lebat.
“Saya perlu mendapatkan banyak bekalan pokok petai klon kerana permintaan tinggi. Pokok klon ini saya dapatkan daripada Jabatan Pertanian.


“Ada pokok klon saya dapat dari Kedah, Selangor, Johor, Melaka dan Thailand. Ia dijual antara RM20 hingga RM50 sepokok.
“Mereka yang berminat menjadi ejen boleh membeli sekurang-kurangnya 50 jenis anak pokok klon. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di seluruh negara dengan syarat perlu membeli lebih lima pokok berkenaan,” katanya.
Definisi pengklonan:
Pengklonan ialah antara teknik menghasilkan organisme secara pembiakan vegetatif (aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya.
Sebelum ini sudah wujud pelbagai pengklonan semula jadi apabila pokok dapat tumbuh daripada bahagian tertentu tumbuhan terutama ‘runners’ melalui pelbagai cara sama ada ‘cuttage’, ‘grafting’ dan mound layer untuk mendapat baka bermutu tinggi.
Pengklonan bukan teknologi baru kerana pengklonan organisme sudah lama dilakukan di mana satu keratan daripada tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan tumbuhan baru melalui pembahagian sel.



Pengklonan ialah prosedur yang mengeluarkan salinan turutan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis.
Ini menyebabkan organisme yang dihasilkan serupa dengan induknya dari segi genetiknya mahupun fizikalnya.
‘Clon’ berasal daripada perkataan Greek bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Untuk menghasilkan klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan ia akan tumbuh pada satu pokok yang sempurna dengan cara tertentu.


Klon yang dihasilkan menyerupai induknya kerana sel yang diambil daripada induknya (bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom iaitu daripada kedua-dua jantina, menyebabkan ia mempunyai semua maklumat genetik untuk menghasilkan organisma baru.





Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2015 @ 9:53 AM
«»

OTHMAN menunjukkan pokok jambu batu klon.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84756#sthash.zsP3CkiH.dpuf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2015 08:18 PM | Show all posts

POKOK cili merah klon.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 08:19 PM | Show all posts


ANAK pokok kelapa pandan klon.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 09:11 PM | Show all posts
Dulu pernah belajar pengklonan guna teknik genetic engineering..dna cili padi dn cili besar
Hasilnya..cili yg pedas dn bentuk yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:37 AM | Show all posts
curious nak tau apa itu jambu lohan. jambu batu rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 09:47 AM | Show all posts
Ipo replied at 4-11-2015 09:11 PM
Dulu pernah belajar pengklonan guna teknik genetic engineering..dna cili padi dn cili besar
Hasilny ...

cilinya sama mcm dlm gambar pakcik di atas tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 12:11 PM | Show all posts
Farini replied at 6-11-2015 08:47 AM
cilinya sama mcm dlm gambar pakcik di atas tu?

tak..cili yng dihasilkan tu saiznya macam antara cili padi dan cili besar..dan berkedut banyak..

contoh mcm gambar di bawah ni..
foto dlm simpanan saya dah lama hilang..

   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 12:18 PM | Show all posts
Ipo replied at 6-11-2015 12:11 PM
tak..cili yng dihasilkan tu saiznya macam antara cili padi dan cili besar..dan berkedut banyak..
...

terima kasih Ipo. pelik juga rupanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 04:25 PM | Show all posts
Bentuk benar-benar pelik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 11:43 AM | Show all posts
baguih juga klon klon ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:43 PM | Show all posts
teknik klon ni ntuk menghasilkan buah yg lebih baik rasa nya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.069154 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list