![](http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2015/10/Red-look-750x544.png)
CH Carolina Herrera, sekali imbas, nama talian fesyen ini sudah kedengaran seperti nama seorang wanita yang elegen. Tidak dinafikan, Carolina Herrera bagaikan mempunyai satu kelebihan yang bisa membaca pemikiran para wanita kerana setiap inci rekaannya seolah dihias dengan bunga-bunga jiwa kewanitaan yang membuatkan si pemakai tampak sofistikated walaupun ia hanyalah sehelai midi dress yang ringkas. Rupa paras jelita dan personaliti versatile pereka kacukanVenezuela-Amerikaitutidak hanya dibazirkan untuk menjual jenamanya ke persada arena fesyen antarabangsa semata-mata. Beliau sangat bijak menghasilkan rekaan unik yang terkenal dengan “exceptional personal style”, gaya peribadi luar biasa sehingga layak menjadi pereka pakaian peribadi isteri-isteri presiden Amerika seperti Jacquelina Kennedy Onassis dan Michelle Obama. Untuk koleksi musim Bunga/Panas 2016 ini, dari pakaian, kasut, hingga ke tas tangan, CH Carolina Herrera telah mengetengahkan era tahun 60-an sebagai kunci utama rekaanya. Warna bold seperti Monokrom, Hijau Emerald, Biru Navy, Merah Cili dan Kuning pula menjadi sisi kemeriahan untuk koleksi estatik beliau kali ini selain mengetengahkan corak abstrak bersaiz besar ala fesyen 60-an. Kombinasi rona hujau Emerald, kuning dan biru Navy kelihatan sungguh harmoni. Foto -Arkib Wanista Warna monokrom serta rekaan baju ala “poncho” dan “kimono” telah diberi nafas baharu dalam koleksi CH Carolina Herrera musim Bunga/Panas 2016. Foto -Arkib Wanista Kuning warna yang menyerlah bakal menambah kecerian kepada koleksi pakaian musim bunga anda untuk tahun baru nanti!
wanista
|