CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2233|Reply: 0

Suzuki Swift RR2 edisi terhad

[Copy link]
Post time 29-9-2015 08:30 AM | Show all posts |Read mode
Suzuki Malaysia Automobile (SMA) Sdn Bhd menawarkan varian edisi terhad menerusi model kompak terlarisnya iaitu Suzuki Swift RR2.
Memiliki spesifikasi setara dengan Suzuki Swift GL baru, model Suzuki Swift RR2 didatangkan dengan ciri tambahan bergaya termasuk rim aloi metalik bersaiz 16 inci, pelekat rekaan sporty untuk bahagian hadapan dan sisi serta kit badan kereta premium.


Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki berkata, pihaknya berusaha memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pemandu tanpa berkompromi mengenai kualiti.
“Menerusi varian ini, kami berjaya menyuntik keseronokan dan gaya ke satu tahap baru terhadap jenama Swift.


“Malah, ia juga sesuai kepada pemandu muda di negara ini untuk keseronokan dalam aktiviti urban tanpa mengorbankan tahap penggunaan bahan api,” katanya.
Suzuki Swift RR2 hanya hadir dua pilihan warna iaitu merah dan biru sahaja.
Ia dijanakan oleh enjin petrol 1.4 liter dengan kuasa maksimum sehingga 95PS pada 6,000rpm dan tork maksimum mencecah 30Nm pada 4,000 rpm.
Selain itu, ia dilengkapi dua beg udara SRS, Bantuan Brek (BA) dan Brek Antikunci (ABS) dengan Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD) yang dijual pada harga RM69,888.





Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2015 @ 5:00 AM
«»

TAMPIL menarik dengan rim hitam.









- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80374#sthash.n2bjs8wP.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list