CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Rose.afrina

Anak Tak Sah Taraf

[Copy link]
Post time 28-9-2015 04:16 PM | Show all posts
apa hukum mahram ank luar nikah ni dgn adik beradik seibu yg lain?…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2015 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 05:51 PM
Apa la punya samdol...hang ingat hang tuhan kah...Jgn lah buat naya dekat budak tu..bukan salah di ...

Berhemah dan bersabarlah apb meluahkn penfapat,   Mereka yg keluarkan fatwa tetulah orang  yg alim dan berwibawa ttng hukum hakm Islam, bukan sembarangan menyebutnya.  Ada pendapat, perbahasan baru diambil kesimpulan dan jadi rujukan ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 09:54 AM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 06:06 PM
Nasab takdak dalam alquran ...kalau nak kira nasab..nabi nuh,nabi ibrahim dan nabi isa tak leh jadi  ...

Harap sdr dapat semak al-Quran, surah al-Furqan: ayat 54 dan surah al-Ahzab: ayat 4-5,  ada diterangkan mengenai nasab. Ttng mereka yg tergolong sebagai nabi tak boleh dibandingkan taraf mereka dgn manusia biasa.  Nabi adalah manusia yg terpilih untuk menerima dan menyampaikan wahyu kepada manusia lainnya di era masing2.  Begitu juga bagi nabi Isa ibn Mariam, kewujudan baginda teristimewa lagi khusus Allah jadikan dan tak boleh tercontohkan kepada mana2 manusia sejagat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:18 AM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 05:51 PM
Apa la punya samdol...hang ingat hang tuhan kah...Jgn lah buat naya dekat budak tu..bukan salah di ...

Ketika membincangkan sesuatu hukum-hakam agama, esp hukum Islam, jagalah kalimat ketika memberikan pendapat.  Kita berhujjah ttng sesuatu topik tentulah kita ingin bertukar pendapat dan mencari satu titik persefahaman.  Jgn mencabar atau menimbulkan suasana yg tidak bersahabat sesama forumer, dikhuatiri kelak maksud perbincangan tersasar.
Dlm isu anak tak sah taraf (anak tst), ianya melibatkan hukum yg amat serius kerana ia ada kaitan dgn keaiban marwah keluarga,  hukum perzinahan, nasab keturunan, perwalian, mahram dan juga faraid.  Perlu cermat memperkatakannya agar perbincangan tidak menimbulkan kekeliruan.

Seorang anak yg dikatakan sebagai 'anak haram, anak zina atau anak luar nikah' terkesan aib, hina, keji dan buruk bunyinya.  Maka diciptalah istilah 'anak tak sah taraf' yg lebih lembut bahasanya walaupun maksud ertinya sama. Segala hukum yg berkaitan dgn anak tst itu bukanlah hukum yg direka2 oleh manusia atau jabatan agama. Hanya setelah diadakan perbincangan, perbahasan dan kesepakatan yg akhirnya dimeterai sbg fatwa serta menjadi rujukan umum.

Anak tst itu memanglah tidak berdosa. Dia wujud drp dosa mak-ayahnya yg membenihkan dia di luar nikah. Allah sendiri telah pun memberi amaran keras kpd umat untuk menjauhi zina (Wa la taqrabuz zina), malah Allah juga telah menggariskan segala kesan buruk lagi aib jika larangan tidak dipatuhi. Hak anak untuk berbin/bintikan ayah biologikalnya ternafi, anak tst tidak berhak untuk mewarisi (faraid), menjadi bukan mahram di kalangan keluarga sendiri, malah nasabnya juga terkeliru atau menjadi lebih keliru bila kejelasan status anak tst dirahsiakan.

Hari ini pihak JPJ membenarkan nama seorang 'ayah' ditempelkan (tanpa catatan bin/binti) kpd anak trs demi maslahah si anak. Pernah dulu nama berbin/binti Abdullah dibolehkan kerana ia membawa maksud anak kpd hamba Allah.  Kalau mau dicontohi kepada nabi Isa ibn Mariam, anak tst harus berbin/bintikan ibunya.  Tentulah ianya tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menyamatarafkan anak tst spt seorang nabi pula, sedangkan kedudukannya jauh panggang drp api. Disebabkan itulah maka setiap wanita, setiap ibu kpd anak2 gadis harus berwaspada agar perkara yg keji spt ini dijauhi. Ibu2 wajib mengambil tahu  setiap langkah anak2 gadis mereka, kemana perginya dia, dgn siapa (siapa kawannya), perginya untuk apa, pergi dan baleknya pukul berapa, dgn apa (kereta, bas, komuter, keretapi, kapal terbang) dan sewaktu2 harus juga menelefon menanyakan di mana keberadaan si anak. itu,   Kita semua adalah insan yg lemah dan kepada-Nya jua kita memohon pertolongan.  Berdoalah kepada Ilahi semoga kita sekeluarga sentiasa dlm peliharaan-Nya.


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:28 AM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 06:01 PM
Agar manusia dapat  menolong anak-anak yang malang itu untuk dijadikan anak-anak angkat. Ini dapat ...

Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas sesuatu dan Allah juga menjanjikan syurga bagi anak2 yg tidak berdosa. Walaupun anak2 tst itu itu dijadikan sbg anak angkat bagi sesebuah keluarga, namun anak trs tetap terikat dgn hukum yg telah Allah gariskan.  Anak angkat sama sekali tak boleh dibin/bintikan kepada ayah angkatnya dan anak angkat itu juga tertakluk kepada hukum-hakam lainnya yg berkaitan dgn perwalian, mempusakai, mahram, dll.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 11:28 AM | Show all posts
shazaz replied at 25-9-2015 06:01 PM
Agar manusia dapat  menolong anak-anak yang malang itu untuk dijadikan anak-anak angkat. Ini dapat ...

Sesungguhnya Allah maha berkuasa atas sesuatu dan Allah juga menjanjikan syurga bagi anak2 yg tidak berdosa. Walaupun anak2 tst itu itu dijadikan sbg anak angkat bagi sesebuah keluarga, namun anak trs tetap terikat dgn hukum yg telah Allah gariskan.  Anak angkat sama sekali tak boleh dibin/bintikan kepada ayah angkatnya dan anak angkat itu juga tertakluk kepada hukum-hakam lainnya yg berkaitan dgn perwalian, mempusakai, mahram, dll.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 10:09 PM | Show all posts

Ulasan Fatwa Nikah Sewaktu Hamil

Fatwa ini menggabungkan dua keadaan yang berbeza dari segi pasangan (lelaki) yang dikahwini:

Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki yang berzina dengannya
Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki selain dari yang menyebabkan wanita itu hamil
Fatwa yang dikeluarkan itu menyentuh tentang hukum yang sama bagi kedua-dua keadaan, tapi tidak menyentuh tentang perbezaan yang wujud dalam dua keadaan ini.
Oleh itu, elok kita lihat pandangan ulama tentang perbezaan dalam dua keadaan ini.

Secara amnya, ulama berpendapat bahawa pasangan zina boleh berkahwin dengan wanita itu dan seterusnya melakukan hubungan senggama dengannya setelah berkahwin

Perkahwinanan antara pasangan yang terlibat adalah baik, sebab anak yang bakal lahir akan menjadi anak tiri kepada lelaki berkenaan (ayah sebenarnya), dan mereka masih boleh hidup bersama dalam satu keluarga, walau pun tak berhak antara satu sama lain, seperti yang dinyatakan dalam fatwa di atas.

Bagi lelaki yang bukan pasangan zina perempuan itu, masih boleh berkahwin dengannya, tapi tak boleh senggama dengannya sehingga bayi telah lahir.

Ini berdasarkan beberapa hadith, contohnya yang bermaksud seperti berikut: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain". (Iaitu menyetubuhi wanita yang mengandung bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan).

Syarat ini (tak boleh senggama) boleh menjadi agak berat bagi pasangan yang mempunyai nafsu yang normal. Mampukah mereka mengatasi cababaran yang bakal dihadapi: sering bersama, tidur pun bersama, tapi tak boleh senggama.

Oleh itu, pasangan yang bukan pasangan zina kepada wanita yang hamil luar nikah harus berfikir baik-baik sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin sebelum bayi lahir. Mungkin lebih baik menunggu sampai bayi dah lahir, baru kahwin. Dan pastikan pezina itu telah betul-betul bertaubat sebelum menjadikan dia isteri yang sah, sebab hukum perkahwinan orang beriman dengan pezina ialah haram. Kalau dia dah bertaubat, dia bukan lagi pezina dan boleh dikahwini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 07:20 PM | Show all posts
obelisk replied at 25-9-2015 09:18 PM
siapa yang ada masalah untuk menamakan "anak tak sah taraf" di jabatan pendaftaran, bolehlah dapatka ...

mufti perlis buat lagu mana obelisk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2015 10:12 PM | Show all posts
Edited by obelisk at 11-10-2015 10:13 PM
jazaa100 replied at 11-10-2015 07:20 PM
mufti perlis buat lagu mana obelisk?

Errrr harapnya aku tak memalukan sesiapa sbb ungkit kisah silam dia... Dulu kat satu bod tu ada forumer yang ada masalah yg kurang lebih sama, anak sulung dia tak dapat di'bin'kan kepada suaminya  oleh Jabatan Pendaftaran kerana anak tu hasil anak luar nikah walaupun dia telah bertaubat dan sudah bernikah dengan lelaki yang pernah bersekedudukan tu. So aku tunjuklah video ceramah DrMAZA yang bagitau tentang hukum feqah berserta dalil berkaitan yang membolehkan anak luar nikah tu dibinkan kepada bapanya. DrMAZA juga bagitau ramai org dari seluruh negara menulis kepada beliau dan jabatan mufti negeri perlis untuk minta surat sokongan agar mereka tidak perlu menasabkan anak luar nikah mereka kepada 'bin Abdullah'.... Lupa dah link youtube video tu...   

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2015 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 11-10-2015 10:46 PM
obelisk replied at 11-10-2015 10:12 PM
Errrr harapnya aku tak memalukan sesiapa sbb ungkit kisah silam dia... Dulu kat satu bod tu ada fo ...


Ooo..gitu ke...


iyalah masa kita kekecik dulu ustazah dah ckp klu ank luar nikah kena binkan mak atau abdullah kan......tu yg kita paham &;pegang...


Tapi....skrg ni bila dah ramai ulama yg mengkaji lebih mendalam dan ramai sah yg berkelulusan unibersiti Al-Azhar.... maka terkeluarlah fatwa  - klu anak tu di dlm kandungan kurang dari 6 bln..tak blh di bin/bintikn biological father tu....klu lebih dari 6 bln barulah boleh di bin/bintikn biological father...


so klu pompuan tu dah mengandung 2bln masa menikah, klu ank tu lahir pd bln ke-9....blh lah...sbb baby tu dlm kandungan lebih dari 6 bln

tapi klu lpompuan tu bernikah pd masa kandungan dah 4-5 bln, tak blh lah...


Menurut mereka, hukum ni memang ada tapi tak di hebahkn sbb takut nanti org akn menyalahguna pakai....nanti ramailah yg berzina.....

Dan...hukum ni jugak utk melindungi ank tersebut supaya tak lah di cop ank luar nikah...


***korang paham ke tak cara aku tulis ni ek?....

tak salah aku lepas tu JPN pun dah guna pakai apa yg DR MAZA ckp tu & tgok bila mak pak tu menikah kan?....


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 08:17 AM | Show all posts

Kalau hukum dah ada, tak boleh kalau disembunyikan dan tak dihebahkan konon2nya zina akan berleluasa. Apakah selama ni zina berkurangan?

Adilkah seorang anak tak bersalah tanggung beban malu seumur hidup akibat dosa dan silap ibu atau bapanya? Tidakkah ianya akan memberi implikasi negatif dari sudut psikologi terhadap perkembangan mental anak tu?

Bukan anak tu sahaja, keluarga pun akan turut sama menanggung aib, jadi bahan perbualan dan dipandang serong oleh masyarakat.   





Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.214669 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list