View: 3221|Reply: 5
|
Bagaimana nak membuat hibah ke atas tanah? Tolong saye warga forumcari
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum. saya mohon pencerahan dari warga forum di sini. nenek saya ada tanah, dia nak menghibahkan tanah tersebut kepada anaknya,iaitu makck saya . di dalam geran memang da ada nama nenek dan mkck, cumanye tanah tersebut belum diukur lagi untuk menentukan bahagian nenek dan makcik.
adakah tanah tu perlu diukur dahulu utk menentukan bahagian nenek dan makcik kemudian baru dibuat hibah ataupun tak perlu melalui proses tersebut, iaitu nenek terus menghibahkan tanah tu kepada anaknya? dan apa prosedur2 yang perlu mereka jalani dan adakah hanya perlu berurusan di baitulmal sahaja? atau adakah perlu juga berurusan di kedua dua tempat, iatu baitulmal dan pejabat tanah .
segala penjelasan dari warga forum amat amat saya hargai. terima kasih ye :-) |
|
|
|
|
|
|
|
p pejabat tanah potong nama. setel
melainkan nenek ko nak buat gini
lepas mati, baru semua tanah p kat si mak cik
kalau yang gini, p amanah raya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak information yg basic dan asas - baik gi AMANAH RAYA dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hibah ni adalah hadiah atau pemberian ikhlas
selalunya orang yang beri hibah ni dah tetapkan apa yang nak diberi/hadiah
kalau tanah, jika nenek nak serahkan keseluruhan tanah tu, maka dia hibahkan semua tanah tu atas nama makcik tu (perlu dinyatakan secara lisan dan ada saksi atau jika bertulis, perlu juga saksi)
tak kiralah berapa ekar/ukurannya kecuali nenek tu nak bagi sebahagian saja tanah tu, then perlu rujuk pejabat tanah, pegawai penilai akan mengukur dan menilai tanah tu nanti.
apa pun, sila rujuk kepada yang pakar..amanah raya atau pegawai pejabat tanah pun boleh menjawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dimaklumkan jika urusan tanah hendaklah ke Pajabat Daerah, atau Pejabat Tanah.
Untuk menghibah tanah memadai jika ada surat dan ada saksi. Ini cara paling senang tapi dihari kemudian mungkin boleh dichallenge oleh waris-waris lain.
Kalau dalam geran ada 2 nama, otomatik bahagian dibahagi 2 samada ditulis 1/2 bahagian A dan 1/2 bahagian B, Setahu saya tak payah sukat. Dalam geran sepatutnya dah ada peta. Dan tak payah lukis apa-apa garisan.
Untuk hibah secara formal, pergilah Pejabat Tanah atau Pejabat daerah terdekat. Di sana nanti akan diberi maklumat dan borang procedurenya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni jawapan saya pulak.
hibah ni pemberian.. tanpa balasan apa2 daripada penerima.
kalau nenek nak bagi semua bahagian dia pada makcik.. boleh saja bagi terus masa dia hidup ni
caranya terus tukar milik daripada nenek kpd makcik.. boleh uruskan terus di pej tanah
isi borang pindahmilik bagai bayar duti setem kalau dikenakan oleh LHDN dan daftarkan terus pindah milik tu.. selesai. Ini proses direct dan paling mudah.
kalau tak mau pindahmilik sekarang... buat surat hibah.. kata yg nenek hibahkan bahagian tanah dia tu pd makcik. Dua2 tandatangan dgn saksi. Matikan setem.
Oleh kerana nenek belum pindahmilik pd makcik sekarang maka nenek dianggap pegang tanah tu sebagai anamah kepada makcik. Buat surat pemegang amanah.. kata nenek pegang bahagian tanah tu secara amanah bagi pihak makcik. Dua2 ttangan dengan saksi juga. Matikan setem.
Surat amanah ni boleh daftar di pejabat tanah.. dan dlm geran tanah nanti akan sebut nenek sebagai pemegang amanah. Kalau nenek takda nanti makcik bolehlah tuntut harta tu melalui pejabat harta pusaka sebab dia adalah benefisiarinya.
Tapi kalau surat hibah dan amanah tu tak didaftar atas geran.. bila nenek takda nanti makcik kenalah pi mahkamah mintak isytihar akan kesahan surat hibah itu.. kemudian barulah tuntut tanah tu.. ini dua kali kerja.
kalau dah nenek nak bagi semua bahagian dia pd makcik takyah ukur tanah tu.. nak buat apa kan.. hehe.
sekian.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|