View: 1620|Reply: 0
|
[Lain-Lain]
APMM Kelantan Tingkat Rondaan Di Sempadan Sempena Aidilfitri
[Copy link]
|
|
PASIR PUTEH, 8 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan akan menggiatkan rondaan di kawasan sempadan perairan negara untuk mengawal kemungkinan pencerobohan nelayan asing sempena perayaan Aidilfitri pertengahan bulan ini.
Ketua Penguatkuasa Maritim Pejabat APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali, Komander Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pada kebiasaannya, nelayan asing akan cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan kerana beranggapan anggota APMM bercuti.
"Bagi tujuan itu kita hanya bekukan cuti satu pertiga daripada jumlah 200 anggota pelbagai pangkat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.
Nurul Hizam berkata jumlah anggota yang bertugas masih mampu melaksanakan rondaan bagi mengawal kawasan perairan di negeri ini.
Beliau berkata dua buah kapal dan enam bot akan digunakan untuk membuat rondaan berkenaan.
"Mereka (anggota yang bertugas di laut) akan dibantu oleh pasukan yang bertugas di darat terutama dalam menyampaikan maklumat mengenai sebarang pencerobohan dengan tepat," katanya.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|