CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3429|Reply: 15

ikan nun

[Copy link]
Post time 6-7-2015 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam kisah Nabi Yunus 'alaihissalam ini:

“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)

ada ke sapa2 boleh bagi penjelasan kepada ayat ini? apakah itu ikan nun? apakah ia  ikan yg sebenar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 05:34 PM | Show all posts
yup, ikan sebenar...

sebenarnya kisah nabi yunus tu menarik...sebab  saya terbaca buku ibnu qayyim...yg ada sesetengah pihak yg argue 'kesabaran' nabi yunus - sebab baginda rasa dah tak mampu nak ajak kaummnya ke arah tauhid.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2015 08:23 AM | Show all posts
babak replied at 7-7-2015 07:41 AM
Dah tu kalau kena makan oleh ikan betul tentu mati...kalau lah ikan tu sebesar ikan paus biru..bol ...

Ikut logik memang lah mati, tapi disebabkan Allah tunjukkan Kekuasaan-Nya selamatkan Nabi Yunus, walau kena telan dan tinggal dalam kegelapan perut ikan selama 40 hari pun tak mati, berkat zikrullah....

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2015 12:15 PM | Show all posts
babak replied at 7-7-2015 07:41 AM
Dah tu kalau kena makan oleh ikan betul tentu mati...kalau lah ikan tu sebesar ikan paus biru..bol ...

mana blh kita fikir logik akal macam tue. Kekuasaan Allah tak tercapai dek akal biasa manusia.



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2015 05:15 PM | Show all posts
salam


نٓ‌ۚ
Nun ,
وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ
demi kalam dan apa yang mereka tulis

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
-simbolik kpd kena kifarat; ditelan dek kesalahan yakni kegelojohan snirik. > zholim itu sinonim ngan berada dlm zhulmat/gelap hati.

-erk contras pulak ngan konteks meditasi = take no thought, the temple of god alaways built in silence; etc.
maknanya segala pancaindera hat zohir dah kena katup/sumbat/jamned.
bahsa lagi mudah ialah karam dlm diri snirik.

*kapal hat belayar atas permukaan laut, lambang kpd body fizikal + conscious mind a.k.a 'aqal sanubari.
*ikan nun hat berlegar dalam lautan, lambang kpd etheric body + subconscious mind a.k.a 'aqal nurani.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2015 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
babak replied at 7-7-2015 07:41 AM
Dah tu kalau kena makan oleh ikan betul tentu mati...kalau lah ikan tu sebesar ikan paus biru..bol ...

pd firasat ceq, hang dah taw serba-sedikit apa yg tersirat...
cumanya, sama ada hang seriau atau nak duga sejauh mana feedback lobaiswalobainitas kek sinih.

jadi cam ceq watak loplaq langgaih skit. main terjah saja ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2015 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
babak replied at 20-7-2015 08:20 AM
satu lagi persoalan aku... kenapa dalam al quraan tuhan bahasakan diriNya sebagi Kami..
contoh


eherm! kalu mengikut mafhum hat sedia ada, ramai otai2 kek sini buleh hurai panjanglebarq.
i-anya relate ngan ta'zhim; plural respect.
-memang gituh stail membahasa diri bangsa ereb mahu pun yahudi.
-kat nusantara ni pun ada sesetemgah tempat guna gantinama kami/kita walhal sorang jah si penuturnya.

kalu ngikut pahaman sufi makrifat hakikat semua, KAMI tuh relate ngan konsep "pandang satu pada yg banyak" n bla bla blah...


*kalu ngikut rentak TT hat obses bangat sama Alien, KAMI tuh kemungkinan besar merupakan sepisis alien bernama "alpanamahentahtikloroidbenzoid" dari ketuanan intergalactic steroid. wallahu a'lam.

*ikan Nun hat telan Nabi Yunus itu juga maybe merupakan sebuah kapai selam berteknologi hyper nano, hakmilik Alien bernama "al anunaki as selami wal karami fi makripatikul saudakis. amaa ba'd.



~pssst adakah TT ini multinick Shazman atau yg sepesen dgn.nya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2015 10:44 AM | Show all posts
babak replied at 20-7-2015 08:20 AM
satu lagi persoalan aku... kenapa dalam al quraan tuhan bahasakan diriNya sebagi Kami..
contoh
SOALAN PELAJAR : MENGAPA ALLAH GUNA KAMI DI DALAM AL-QURAN?[size=10.8000001907349px]

[size=13.1999998092651px]Sementara menunggu waktu maghrib petang tadi, di Surau Al-Ihsan SMSJ, seorang pelajar datang bertanya kepada ustaz :

Soalan :
Mengapa Allah menggunakan istilah "Kami" sebagai kata ganti diri-Nya di dalam Al-Quran?

Jawapan :
Perkataan "Kami" sebagai kata ganti nama Allah di dalam Al-Quran adalah menunjukkan kehebatan, kelebihan atau kekuasaan Allah SWT. Ia bukanlah bermaksud Allah itu lebih dari satu, kerana kita sedia maklum bahawa Allah itu Maha Esa.

Di dalam tatabahasa arab, (نحن) "Nahnu" bukan sahaja membawa maksud "Kami", tetapi juga membawa maksud Aku, Saya, Beta dll yang seangkatan dengannya. Ia diistilahkan sebagai (المتكلم المعظم لنفسه) "Al-Mutakallim Al-Mu'azhim Li Nafsihi" yang bermaksud "Yang bercakap (yakni Allah) membesarkan diri-Nya sendiri".Inilah salah satu keindahan dan keistimewaan yang ada pada bahasa Arab dan tidak ada pada bahasa-bahasa yang lain di dunia ini.

Masalah timbul apabila Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa lain, contohnya dalam bahasa Melayu yang tidak ada keistimewaan ini, maka perkataan "Kami" terus diterjemahkan sebagai "Kami" yang  kita fahami dalam bahasa kita. Perlu ambil perhatian bahawa penterjemah tidak perlu menukarkan perkataan "Kami" kepada "Aku" di dalam terjemahan, kerana perkataan "Kami" menunjukkan "Kehebatan" Allah, tetapi para pembaca perlu meng"setting"kan dalam mindanya bahawa "Kami" di dalam Al-Quran merujuk kepada Allah Yang Satu, bukan bermaksud Allah Yang Ramai...

Contoh lain yang kita boleh lihat keistimewaan di dalam bahasa Arab, apabila kita memberi salam, sama ada kepada seorang atau ramai, kita tetap mengucapkan "Assalamualaikum" yang bermaksud "Salam sejahtera ke atas KAMU". Walaupun kepada seorang, kita tidak mengucapkan Assalamualaika/ki. Ini kerana kita memuliakan atau membesarkan orang yang kita beri salam kepadanya.

Wallahu a'lam..


http://ustaz-ariff.blogspot.com/ ... llah-guna-kami.html



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:49 AM | Show all posts
salam

babak replied at 20-7-2015 08:20 AM
satu lagi persoalan aku... kenapa dalam al quraan tuhan bahasakan diriNya sebagi Kami
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ
Kepunyaan Allah-lah apa yang d'langit dan apa yang d'bumi
وَڪَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ۬ مُّحِيطً۬ا
dan adalah(pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu


d'atas perjanjian ..
maka melimpah muhit Dzatnya pada
  • sifat
  • asmak
  • afaal

terbitlah 'Kami' maka berkuasalah segala
  • hal keadaan
  • nama
  • perbuatan
kami itu ..
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah
وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan


dari 'Kami' lahirlah 'mereka'
وَلَقَدۡ أَضَلَّ مِنكُمۡ جِبِلاًّ۬ كَثِيرًا‌ۖ
Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar d'antaramu.
أَفَلَمۡ تَكُونُواْ تَعۡقِلُونَ
Maka apakah kamu tidak memikirkan?


wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 10:48 AM | Show all posts
macamana nak translate bahasa istana ke dalam bahasa Inggeris dan Arab?
bahasa istana mcm beta, patik, santap, beradu, murka....

bahasa inggeris & arab tak de bahasa istana
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 04:13 PM | Show all posts
Kalau guna logik lagi senang nak cerita. Kena buat analogi yg logik juga.
Logik Yang Berkuasa tak sama dgn Logik Yang Tak Berkuasa. Org yang ada kuasa atas unlimited wang boleh buat rumah sebesar 10 padang bola, tapi org yg berkuasa memiliki wang hanya RM3K per bulan mungkin boleh membeli replika atau potret rumah tu.
Perdana Menteri bos besar negara hanya mampu mendoakan pesalah yg dihukum gantung sampai mati, TAPI, YDP Agong mampu membatalkan hukuman itu. Itu baru sesama manusia.
Pencipta Robot dan Robot ada logik tetapi sangat jauh berbeza. Robot tak boleh nak buat apa yg Pencipta Robot tak masukkan dlm logik circuit robot itu. Robot yg hanya tahu sebut "I am the most powerful robot in this planet. How are you" tak akan mampu membuat onar di planet ini walaupun dia cakap macam tu.
Maka, logik ALLAH yang menciptakan SEKALIAN ALAM takkan nak sama dgn logik ciptaannya seperti jin dan manusia. Jin pun tak mampu nak mendokong manusia rakan persekongkolannya pusing2 Dataran Merdeka utk buat Flying Man Magic Show. Paling hebat yg melayu boleh buat ialah hantar tuju2 atau santau utk bunuh org hanya sebab tak layan Wassup yg sudah ada 2 tanda hijau, tu pun sebab sendiri claim hebat.
Kisah selain NUN pun ALLAH mampu buat. Kalau kita panjang umur, mungkin sempatlah nanti kita lihat bagaimana dunia hancur, dan kita pun masa tu mungkin baru nak search GOOGLE "Download Doa Tolak Bala MP3" atau "AL-QURAN tulisan RUMI PDF".
Dah Dia tu Tuhan Maha Berkuasa Pemilik Sekalian Makhluk, nak ikut juga logik yg tak sama darjat tu? PM dpt kereta Proton Extended body FREE with Driver, kenapa tak tanya logik ker? Adakah ianya khayalan semata?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 07:41 AM | Show all posts
AwgSagi replied at 23-8-2015 04:13 PM
Kalau guna logik lagi senang nak cerita. Kena buat analogi yg logik juga.
Logik Yang Berkuasa tak s ...

Robot tak boleh nak buat apa yg Pencipta Robot tak masukkan dlm logik circuit robot itu. Robot yg hanya tahu sebut "I am the most powerful robot in this planet. How are you" tak akan mampu membuat onar di planet ini walaupun dia cakap macam tu.

Siapa kata robot tak mampu buat onar..sistem komputer canggih pada tahun 1980 an milik rusia pun sudah ada sistem robot kepintaran buatan..yg mampu memusnahkan dunia, Artificial Intelligence ini mampu berfikir sendiri untuk lancarkan sendiri sistem senjata.itu tahun 1980an ini dah 2015..saintis dah dapat teori yang alam semesta sendiri boleh di diciptakan..ya..mereka mahu buat alam semesta sendiri..melalui perlangaran atom dalam big bang..dan ada juga yg boleh kembangan Dna menjadi makhluk hidup..yakni menciptakan kehidupan...projek CERN di switzerland.. adakah mereka tuhan? nope..apakah mereka berjaya??


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:01 PM | Show all posts
Iye ke boleh musnahkan dunia monyet_2015? Ni awak baca saja atau dengar2 saja atau awak memang part of the team yg memang pasti ia boleh musnahkan dunia?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 04:40 PM | Show all posts
monyet_2015 replied at 24-8-2015 07:41 AM
Robot tak boleh nak buat apa yg Pencipta Robot tak masukkan dlm logik circuit robot itu. Robot yg  ...

ini mungkin salah satu agenda Dajjal yg disebut dalam al-Quran yang mengaku diri nya Tuhan,
dimana ia boleh buat apa saja mcm Tuhan..
Akhirnya dia sendiri musnah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 08:24 PM | Show all posts
ikan jerung hijau , di lautan sejuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.253386 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list