Pada bulan puasa ini kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi perlakuan juga kenalah jaga terutama mulut. Jangan pula puasa kamu sia-sia sahaja kerana asyik mengata orang. Bulan puasa ini kami tahu anda semua menghadapi masalah yang sama, iaitu mulut berbau kan? Usah gusar kerana Eh! sediakan tip untuk mengurangkan bau mulut ketika berpuasa:
![](http://www.eh.com.my/wp-content/uploads/2013/07/ING_33594_38539.jpg)
1. Memberus gigi dan lidah Memberus gigi memang mudah, tidak perlu ambil masa yang lama. Tapi cara kita memberus gigi perlulah teliti, pastikan anda memberus seluruh celah gigi supaya sisa makanan sahur tadi hilang. Jika perlu, gunakan benang flos untuk mencapai ruang yang sempit. Jangan lupa untuk memberus lidah sekali ya! 2. Minum air Perbanyakkan minum air masak ketika berbuka dan bersahur kerana mulut kita akan kering sepanjang hari kita berpuasa. Meminum air dengan banyak dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh dan membantu penghasilan air liur.
3. Keju dan susu Pengambilan keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuatkan gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi. Susu pula dipercayai dapat mengatasi masalah bau mulut. 4. Pemakanan Makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih dan kopi. Makanlah makanan yang sihat dan bertekstur keras ketika bersahur seperti cornflakes, kekacang dan buah epal kerana ini dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.
Mulut berbau itu sebenarnya perkara normal ketika berpuasa tapi ada caranya untuk mengurangkan bau. Kalau sudah berbau sangat, haa maknanya sudah tiba masa untuk bertemu doktor gigi. Mungkin gigi anda perlu diservis!
EH!
|