![](http://cdn.wanista.com/wp-content/uploads/2015/06/bazaar-750x498.jpg)
Bulan Ramadhan telah tiba lagi, dan selain menghayati ibadah puasa, kami yakin ramai juga rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan Bazaar Ramadhan, bukan? Apabila menyebut tentang Bazaar Ramadhan, pasti kita semua terbayangkan pelbagai juadah menarik dan sedap ditawarkan oleh peniaga, dari lauk-pauk hinggalah hidangan pemanis mulut seperti kuih-muih. Edisi Ramadhan kali ini, kami ingin bawakan kepada anda beberapa Bazaar Ramadhan terbaik sekitar Lembah Klang yang wajib anda pergi tahun ini. Bazaar Ramadhan yang kami kongsikan ini merupakan Bazaar yang terkenal dan paling ramai dikunjungi dek kepelbagaian juadah yang ditawarkan. 1. Jalan Tuanku Abdul Rahman Bazaar di Jalan TAR sememangnya menjadi tumpuan warga kota sejak dahulu lagi, mungkin kerana ia berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Selain itu, di sini juga terkenal dengan pelbagai juadah yang dijual dengan harga yang murah. Antara juadah yang menarik perhatian ramai adalah Cendol dan Air Mata Kucing yang dikatakan dijual dengan harga serendah RM2! Kredit foto: azneyshamsuddin.com2. Taman Melawati Kelebihan Bazaar ini adalah dikatakan bahawa anda boleh berjumpa dengan ramai artis tempatan yang membuka gerai jualan di sini. Bazaar Ramadhan ini juga luas dan mempunyai banyak gerai yang menawarkan pelbagai jenis juadah, dan antara juadah yang terkenal di sini adalah Jack Biri-Biri Stew Grill Power! Kredit foto: eyriqazz.com3. Kampung Baru Bazaar Ramadhan di Kampung Baru juga terkenal dalam kalangan penduduk kota. Bazaar ini menempatkan kira-kira 150 gerai dan antara juadah kegemaran ramai di sini adalah Bubur Lambuk, Roti John dan Putu Bamboo. Kredit foto: adibrawi.com4. Taman Tun Dr. Ismail Bazaar Ramadhan yang terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3 ini juga sangat terkenal dan menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan juga Popiah. Kredit foto: ainstormz.blogspot.com5. Jalan Telawi, Bangsar Bazaar Ramadhan Jalan Telawi, Bangsar ini terletak di hadapan Masjid Bangsar dan Food Court. Bazaar ini cukup terkenal dengan gerai ‘Raja Murtabak’ yang dikhabarkan menyediakan hidangan murtabak yang enak dan tiada tandingannya. Selain ‘Raja Murtabak’, di sini juga terkenal dengan hidangan seperti Ikan Bakar Portugis, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik dan Rojala. Krediot foto: kampungboycitygal.com6. Pantai Dalam Lokasi Bazaar ini terletak berhampiran dengan Stesen LRT “University”, dan menawarkan pelbagai juadah menyelerakan seperti Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi. Kredit foto: blogspot.com7. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi Bazaar Ramadhan di Seksyen 16 ini merupakan Bazaar terbesar di Bandar Baru Bangi yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai sepanjang bulan Ramadhan. Juadah yang terkenal di sini adalah Ayam Golek, Nasi Ambeng, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar. Kredit foto: azuanzahdi.com8. Seksyen 13, Stadium Shah Alam Bazaar Ramadhan yang terletak di Seksyen 13, Stadium Shah Alam ini merupakan Bazaar paling besar di Selangor. Bazaar ini terkenal dengan juadah lazat seperti Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango “Oshin”, Kebab Cucuk dan Kambing Golek. Kredit foto: haizanrunsah.blogspot.com9. SS18, Subang Jaya Bazaar di SS18 ini adalah Bazaar terbesar di Subang Jaya, dan dikatakan ramai orang berpusu-pusu untuk singgah ke sini seawal jam 3 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Juadah terlaris di sini adalah Ayam Golek dan Kambing Golek Grill! Kredit foto: blogspot.com10. Kelana Jaya Bazaar Ramadhan Kelana Jaya terletak di seberang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya. Terdapat beberapa gerai yang menawarkan juadah Rendang Daging Lembu, Kari Kambing dan Kari Ayam bersama Nasi Kukus. Selain itu, di sini juga terkenal dengan Air Kelapa dan Tebu, Nasi Goreng dan Sotong Bakar. Kredit foto: xcarpathia.wordpress.com11. Putrajaya Bazaar Ramadhan Putrajaya terletak di Presint 2. Juadah yang menjadi pilihan pengunjung di sini adalah Roti John, Ikan Bakar, Nasi Briyani dan Lai Chi Kang. Kredit foto: menara-kehidupan.blogspot.comwanista
|