CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1831|Reply: 10

Hikam Al-Ghazali

[Copy link]
Post time 2-6-2015 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pasarmalam at 2-6-2015 06:08 PM

Al-HIKAM AL-GHAZALI
HujjatulIslam Imam Al-Ghazali
1.
Akhirat itu di depan.
Dunia itu di belakang.
Ajal itu dekat.
Perjalanan itu jauh.
Perbekalan itu sedikit.
Bahaya itu besar.
Dan jalan itu tertutup.

2.
Berjalan ke akhirat dengan banyaknya tipu daya, jika tanpa penunjuk dan teman, adalah payah dan sukar.
Penunjuk-penunjuk jalan itu ialah kaum ulama. Merekalah pewaris para nabi.

3.
Pengetahuan menuju ke akhirat itu terbahagi kepada ilmu mu'amalah dan ilmu mukasyafah.
Dan ilmu mu'amalah itu adalah jalan kepada ilmu mukasyafah.
Adapun ilmu mukasyafah, mereka (para nabi) tidak memperkatakannya selain dengan jalan rumus dan isyarat, yang berupa contoh dan kesimpulan.Kerana para nabi itu tahu akan singkatnya pemahaman orang ramai untukmemikulnya.

4.
Ilmu mu'amalah itu terbahagi kepada ilmu zahir dan ilmu batin.
Ilmu zahir ialah ilmu tentang amal perbuatan anggota badan.
Ilmu batin ialah ilmu tentang amal perbuatan hati.

5.
Berlemah-lembut menarik hati orang kepada ilmu yang berguna dalam kehidupan abadi, adalah lebih penting daripada kelemah-lembutan menariknyakepada ilmu kesihatan, yang faedahnya hanya untuk kesihatan jasmaniah belaka.
Faedah ilmu (agama) ini ialah membawa kesihatan kepada hati dan jiwa,yang bersambung terus kepada kehidupan abadi.
Apalah ertinya ilmu kesihatan itu yang hanya dapat mengubati tubuhkasar sahaja, yang akan hancur binasa dalam waktu yang tidak lama lagi.

6.
Sesungguhnya makanan hati ialah ilmu dan hikmah. Dengan dua itulah hidupnya hati, sebagaiman tubuh hidup dengan makanan.
Orang yang tidak berilmu, hatinya jadi sakit dan kematian hatinyaitu suatu kemestian. Tetapi dia tidak menyedari hal itu kerana kecintaan dankesibukannya dengan dunia menghilangkan perasaan itu, sebagaimana kesangatantakut kadang-kadang menghilangkan kepedihan luka buat seketika, meskipun lukaitu masih ada.
7.
Kita berlindung dengan Allah dari hari pembukaan apa yang tertutup.Sesungguhnya manusia itu tertidur. Apabila mati, barulah dia terbangun.

8.
Ilmu itu jalan ke negeri akhirat, kebahagiaan akhirat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Tidak akan sampai kepadaNya melainkan dengan ilmu.

9.
Kedudukan yang tertinggi bagi seseorang manusia ialah kebahagiaan abadi. Dan yang paling utama ialah jalan kepadanya. Tidak akan sampai kepadanya selain dengan ilmu danamal. Dan tidak akan sampai kepada amal melainkan dengan mengetahui caraberamal.

10.
Dunia adalah tempat bercucuk-tanam bagi akhirat.
Dunia adalahalat yang menyampaikan kepada Allah Ta’ala,
bagi orangyang mahu mengambilnya sebagai alat dan tempat tinggal,
tidak bagiorang yang mengambilnya menjadi tempat tetap dan tanah air abadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2015 06:05 PM | Show all posts
11.
Yang paling mulia di atas bumi ialah bangsa manusia.
Yang paling mulia daripada bahagian tubuh manusia ialah hatinya.
Guru bekerja menyempurnakan, membersihkan, mensucikan dan membawa hati itu mendekati Allah.

Maka manakah pangkat yang lebih mulia daripada menjadi perantara antara Tuhan dan makhlukNya, untuk mendekatkan kepadaNya dan membawa mereka ke syurga tempat kediaman?

12.
Penguasa dan agama adalah dua anak kembar.
Agama itu pokok dan penguasa itu pengawal.
Sesuatu yang tidak berpokok, roboh.
Sesuatu yang tidak berpengawal, hilang.

13.
Tentang solat, ahli fiqh berfatwa dengan sah apabila solat itu dikerjakan dengan bentuk segala perbuatan solat serta jelas syarat-syaratnya, sekalipun ia lengah (lalai) dalam seluruh solatnya dari awal hingga akhir, asyik berfikir menghitung penjualan di pasar, kecuali ketika bertakbir.
Solat seperti itu tidaklah bermanfaat di akhirat.

14.
Wara’ itu mempunyai 4 tingkat :
i.        Wara’ tingkat pertama (wara’ orang awam).
ii.        Wara’ para solihin.
iii.        Wara’ para muttaqin.
iv.        Wara’ para siddiqin (peringkat tertinggi).

15.
Ilmu mukasyafah itu ialah ilmu batin. Dan itulah kesudahan segala ilmu. Telah berkata sebahagian ‘ariffin : “Orang yang tidak mempunyai bahagian daripada ilmu mukasyafah ini, aku khuatir akan buruk kesudahannya. Sekurang-kurangnya ialah membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.”

16.
Kami maksudkan dengan ilmu mukasyafah itu ialah terangkat hijab yang menutupi sehingga jelaslah kenyataan kebenaran Allah pada semuanya itu dengan sejelas-jelasnya, laksana mata memandang, yang tidak diragukan lagi.


17.
Ulama zahir itu hiasan bumi dan kerajaan.
Ulama batin itu hiasan langit dan alam malakut.

18.
Adapun mengenal Allah Ta’ala, sifat dan af’alNya serta sekalian yang telah kami isyaratkan dalam ilmu mukasyafah, maka tidaklah diperoleh dari ilmu kalam. Malahan hampir sahaja ilmu kalam itu menjadi hijab dan penghalang.

19.
Tauhid mempunyai dua kulit.
Kulit pertama - mengucapkan Laa Ilaahaillallaah.
Kulit kedua – hati tidak berlawanan dengan ucapan tadi.

Manakala isi tauhid – melihat seluruh keadaan daripada Allah Ta’ala dengan tidak menoleh kepada perantaraan. Dan beribadah kepadaNya dengan ibadah yang tunggal kepadaNya. Tidak ia beribadah kepada yang lain.

20.
Tiap-tiap orang yang mengikut hawa nafsunya, dia telah mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2015 06:09 PM | Show all posts
21.
Seorang yang bertauhid, dia tidak melihat melainkan Yang Esa dan tidak menghadapkan wajahnya melainkan kepada Yang Esa itu.

22.
dapun ilmu yang terpuji setinggi-tingginya ialah ilmu tentang Allah Ta’ala, sifatNya, af’alNya, sunnahNya dalam menjadikan makhlukNya dan hikmahNya pada tertibnya akhirat di atas dunia.

23.
Ilmu (tasawuf peringkat tinggi) itu adalah laut yang tak diketahui dalamnya. Para perenang hanya dapat merenangi pantai dan tepinya sahaja, sekadar yang mungkin ditempuhnya. Tidak dapat menempuh segala tepinya selain para nabi, wali dan para ahli menurut tingkat masing-masing, yang berbeza kesanggupan dan berlebih kurang takdir yang dianugerahi Allah Ta’ala.

Itulah ilmu yang tersembunyi, yang tidak ditulis pada halaman kitab. Yang menolong untuk mengetahuinya ialah dengan jalan belajar dan menyaksikan perihal keadaan ulama akhirat.

24.
Ilmu terpenting yang disia-siakan semua orang ialah ilmu sifat hati, yang terpuji dan yang tercela daripadanya. Kerana tidak ada manusia yang terlepas daripada sifat yang tercela seperti haloba, dengki, riya’, takbur, sombong dan sebagainya. Semua itu membinasakan.

Menyia-nyiakan kewajiban tadi serta mementingkan amal zahiriyyah, samalah halnya dengan melakukan perbuatan menggosok badan zahir ketika menderita penyakit kudis dna bisul, tetapi melupakan usaha untuk mengeluarkan benda (punca) penyakit dari tubuh dengan berbekam dan mencuci perut.

25.
Ulama kosong – menunjukkan jalan kepada amal zahiriyyah, sepertilah tabib-tabib di jalanan yang menunjukkan jalan dengan menggosok badan zahiriyyah.
Ulama akhirat – tidak menunjukkan jalan selain dengan mensucikan batin, mencabut benda-benda jahat yang merosakkan tanaman dan akar-akarnya dari hati.

26.
Orang kebanyakan menempuh amal zahiriyyah, bukannya amalan batin iaitu mensucikan hati nurani. Kerana amal zahiriyyah itu mudah, sedangkan amalan hati itu sukar. Samalah seperti orang yang berasa payah meminum ubat yang pahit lalu menggosok badan yang zahir sahaja. Maka terus-meneruslah dia bersusah-payah menggosok dan bertambah pula benda-benda yang digosokkan, sedangkan penyakitnya terus bertambah juga.

27.
Jika engkau mahu akan akhirat, mencari kelepasan dan melarikan diri daripada kebinasaan abadi, maka berusahalah mempelajari ilmu penyakit batin dan cara mengubatinya.

28.
Sesungguhnya apabila hati kosong daripada sifat yang tercela, maka penuhlah ia dengan sifat yang terpuji. Apabila bumi telah bersih daripada rumput, maka tumbuhlah padanya pelbagai tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Jika tidak kosong daripada rumput, maka tidaklah tumbuh yang tersebut tadi.

29.
Janganlah engkau menghabiskan waktu dengan fardhu kifayah, apatah lagi apabila sudah berdiri segolongan anggota masyarakat yang mengerjakannya. Orang yang mengorbankan dirinya sendiri untuk kebaikan orang lain itu bodoh. Alangkah dungunya orang yang telah masuk ular dan kala ke bawah kain bajunya dan akan membunuhnya, lalu ia mencari alat pembunuh lalat untuk membunuh lalat itu pada orang lain, yang tidak akan menolong dan melepaskannya daripada ular dan kala itu.

30.
Janganlah engkau menghabiskan umur pada suatu ilmu sahaja daripada ilmu-ilmu itu kerana benar-benar hendak mendalaminya. Hal ini kerana ilmu itu banyak sedangkan umur itu pendek.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2015 01:03 PM | Show all posts
31.
Orang-orang yang asyik bertengkar itu menyia-nyiakan urusan yang telah disepakati fardhu ‘ainnya. Orang yang dihadapkan kepadanya untuk mengembalikan barang simpanan sekarang juga, tetapi dia terus berdiri tegak bertakbir melakukan solat – suatu ibadah yang mendekatkan manusia kepada Tuhannya – adalah berdosa.

32.
Ulama ada tiga jenis :
i.        Yang membinasakan diri sendiri dan orang lain – iaitu mereka yang terus-terang mencari dunia dan memusatkan seluruh perhatiannya kepada dunia.
ii.        Yang membahagiakan dirinya sendiri dan orang lain – mereka yang mengajak manusia ke jalan Allah, zahir dan batin.
iii.        Yang membinasakan dirinya dan membahagiakan orang lain – iaitu yang mengajak manusia ke jalan akhirat, dia sendiri menolak dunia pada zahirnya padahal batinnya bermatlamat mempengaruhi orang ramai danmenegakkan kemegahan diri.

33.
Sebagaimana tidak sah solat yang menjadi tugas anggota zahir kecuali dengan menyucikan anggota zahir itu daripada segala hadas dan najis, maka begitu jugalah tidak sahnya kebaktian batin dan kemakmuran hati dengan ilmu pengetahuan kecuali sesudah sucinya ilmu itu daripada kekotoran budi dan kenajisan sifat.

34.
“Sesungguhnya orang musyrik itu najis.” (Al-Baraah : 28)

Kesucian dan kenajisan tidaklah ditujukan kepada anggota zahir yang dikenal dengan pancaindera. Orang musyrik itu kadang-kadang kainnya bersih, badannya dibasuh, tetapi dirinya najis. Ertinya, batinnya berlumuran dengan kotoran.

35.
Najis ialah sesuatu yang tidak suka didekati dan diminta menjauhkan diri daripadanya. Kenajisan sifat batin adalah lebih penting untuk dijauhkan kerana kekotorannya kini membawa kepada kebinasaan pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2015 01:03 PM | Show all posts
36.
“Tidak masuk malaikat ke rumah yang di dalamnya ada anjing.” (Bukhari, Muslim)

Sifat-sifat yang rendah seperti marah, hawa nafsu, dengki, busuk hati, takbur, ‘ujub dan sebagainya adalah anjing-anjing yang galak. Maka bagaimanakah malaikat itu dapat masuk ke dalam hati yang sudah penuh dengan anjing-anjing?

37.
Seseorang pelajar itu janganlah menyombong dengan ilmunya dan janganlah (mudah-mudah) menentang gurunya, tetapi hendaklah menyerah seluruhnya kepada guru dengan keyakinan kepada segala nasihatnya, sebagaimana seorang pesakit yang bodoh yakin kepada doktor yang ahli dan berpengalaman.

38.
Tidaklah layak bagi seorang pelajar bersikap sombong terhadap gurunya. Termasuk sebahagian daripada menyombong kepada guru itu ialah apabila tidak mahu belajar kecuali kepada guru yang terkenal benar keahliannya.

Ini adalah tanda kebodohan. Hal ini kerana ilmu itu ialah jalan pelepasan dan kebahagiaan. Orang yang mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terkaman binatang buas, tentunta tidak akan membeza-bezakan sama ada jalan itu ditunjukkan oleh seorang yang termasyhur ataupun oleh seorang yang dungu.

Terkaman kebuasan api neraka kepada orang yang jahil adalah lebih hebat daripada terkaman segala binatang buas.

Ilmu pengetahuan itu adalah barang yang hilang dari tangan seorang mu’min, yang mesti dikutipnya di mana sahaja yang diperolehinya. Dan mestilah diucapkannya terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membawanya kepadanya.

39.
Ilmu pengetahuan itu tidak tercapai selain dengan merendahkan diri dan memberi sepenuh perhatian.

40.
Hendaklah pelajar itu bersikap kepada gurunya seumpama tanah kering yang disirami hujan lebat. Maka meresaplah ke seluruh bahagiannya dan meratalah keseluruhannya air hujan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2015 12:54 PM | Show all posts
41.
Bertanya itu disuruh, tetapi tentang persoalan yang diizinkan guru bertanya kepadanya. Bertanya tentang soal yang belum sampai tingkatanmu untuk memahaminya, adalah dicela. Kerana itulah maka Khidhir melarang Musa bertanya.

Oleh itu, tinggalkanlah bertanya sebelum waktunya. Guru lebih tahu akan keahlianmu dan bila sesuatu ilmu boleh diajarkan kepadamu. Sebelum waktu itu datang dalam tingkat manapun, maka belumlah datang waktunya untuk bertanya.

42.
Seorang murid pada peringkat permulaan hendaklah memelihara diri daripada mendengar pertentangan orang tentang ilmu pengetahuan. Sama sahaja jika yang dipelajarinya itu ilmu keduniaan ataupun ilmu keakhiratan.

Kerana hal yang demikian itu meragukan fikirannya, menghairankan hatinya, melemahkan pendapatnya dan membawanya kepada berputus asa dari pada mengetahui dan mendalaminya.

Tetapi yang wajar ialah meneliti pertama kalinya suatu cara yang terpuji dan disukai gurunya. Setelah itu barulah boleh mendengar mazhab-mazhab dan keserupaan yang ada di antaranya.

43.
Laut dengan tenaganya dapat mengubah najis kepada air, lalu zat najis bertukar kepada sifat air. Sedangkan najis yang sedikit itu mengalahkan kendi dan mengubah kendi kepada sifat najis.

Atas sebab seperti inilah, maka dibolehkan bagi Nabi saw apa yang tidak dibolehkan bagi orang lain, hinggakan Nabi saw dibolehkan mengahwini sembilan wanita, kerana baginya kekuatan keadilan untuk para isterinya melebihi daripada orang lain sekalipun isterinya ramai.

44.
Apabila usia itu biasanya tidak berkesempatan mempelajari segala ilmu pengetahuan, maka yang lebih utama diambil, iaitu yang lebih baik daripada segala pengetahuan itu dan dicukupkan dengan sekadarnya. Lalu dikumpulkan seluruh kekuatan dari pengetahuan tadi untuk menyempurnakan suatu pengetahuan yang termulia dari segala macam ilmu pengetahuan, iaitu ilmu akhirat.

Yang aku maksudkan dengan ilmu akhirat ialah dua jenis iaitu ilmu mu’amalah dan ilmu mukasyafah.

Tujuan ilmu mu’amalah ialah ilmu mukasyafah. Dan tujuan ilmu mukasyafah ialah mengenal Allah Ta’ala.

45.
Ilmu yang paling mulia dan matlamat yang paling utama ialah mengenal Allah Ta’ala. Itulah lautan yang dalamnya tidak dapat diduga. Tingkat yang tertinggi untuk itu dari manusia ialah tingkat para nabi, kemudian para wali, kemudian orang-orang yang mengikuti mereka.

46.
Jangan menceburkan diri ke dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan bidang yang sebelumnya. Hal ini kerana pengetahuan itu tersusun dengan tertib. Sebahagiannya menjadi jalan menuju kebahagiaan yang lain. Mendapat petunjuklah kiranya orang yang dapat memelihara tata tertib dan susunan itu.

47.
Hasil daripada ilmu agama itu ialah kehidupan abadi dan hasil daripada ilmu kedoktoran itu ialah kehidupan duniawi. Jadi, ilmu agamalah yang paling mulia.

48.
Yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah ‘Azza wa Jalla, tentang para malaikatNYa, tentang kitab-kitabNYa, tentang rasul-rasulNya, dan ilmu tentang jalan yang menyampaikan kepada yang demikian. Berwaspadalah agar kegemaran tidak ditumpahkan kepada selain ilmu-ilmu tadi, dan bersungguh-sungguhlah mempelajarinya.

49.
Matlamat pelajar ialah menghiasi batinnya dan mencantikkannya dengan sifat keutamaan. Dan nanti mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, mendaki untuk mendekati alam yang tinggi dari para malaikat dan orang-orang muqarrabin.

Dan tidaklah dimaksudkan dengan menuntut ilmu itu untuk menjadi ketua, untuk mendapatkan harta dan kemegahan, untuk melawan orang-orang bodoh dan untuk membanggakan diri kepada teman-teman.

50.
Kebahagiaan adalah di belakang ilmu mukasyafah. Dan ilmu mukasyafah adalah di belakang ilmu mu’amalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-6-2015 12:51 PM | Show all posts

Yang berjalan kepada Allah untuk mencapai dekatNya adalah hati, bukan badan. Bukanlah maksudku dengan hati itu daging yang boleh dilihat, tetapi adalah suatu rahsia daripada rahsia Allah ‘Azza wa Jalla yang tidak diketahui oleh pancaindera. Sesuatu yang halus daripada segala yang halus kepunyaan Allah. Sesekali disebut dengan perkataan “ruh”, sesekali dengan perkataan “an-nafs al-mutmainnah (jiwa yang tenteram)”.

Agama menyebutnya sebagai “al-qalb” (hati) kerana hatilah kenderaan pertama bagi rahsia itu. Dan dengan perantaraan hatilah maka seluruh badan menjadi kenderaan dan alat kenderaan untuk tubuh halus itu.

Menyingkap tabir sir itu adalah sebahagian daripada ilmu mukasyafah – payah diperolehi bahkan tidak mudah menerangkannya.

Hikmah Al-Ghazali 51 (208)


Seluruh makhluk dihubungkan kepada Tuhan, tetapi hubungan ruh (al-qalb) kepadaNya adalah lebih mulia daripada hubungan seluruh anggota badan yang lain. Kepunyaan Allah seluruh makhluk dan ruh. Ruh lebih tinggi daripada makhluk lain.

Zat yang sangat bernilai itu yang membawa amanah Allah, suatu tugas yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan bukit tetapi enggan menerimanya dan takut kepada zat yang bernilai itu.

Dan janganlah difahamkan dari hal tersebut sekaan-akan dibayangkan dengan qadimnya zat itu. Orang yang mengatakan qadimnya ruh adalah tertipu dan bodoh, tidak mengerti apa yang harus dikatakannya.

Hikmah Al-Ghazali 52 (209)


Tubuh halus itulah yang berusaha mendekati Tuhan kerana dia daripada urusan Tuhan. Dari Tuhan sumbernya dan kepada Tuhan kembalinya.

Adapun tubuh badan adalah kenderaan tubuh halus itu, yang dikenderainya dan diusahakannya sesuatu dengan perantaraannya.

Hikmah Al-Ghazali 53 (IU210)


Barangsiapa berilmu, beramal dan mengajar, maka dialah yang disebut sebagai orang besar dalam alam malakut tinggi. Dia laksana matahari yang menyinarkan cahayanya kepada yang lain-lain dan menyinarkan pula kepada dirinya sendiri. Dia laksana kasturi yang membawa keharuman kepada lainnya dan dia sendiripun harum.

Hikmah Al-Ghazali 54 (IU212)

Orang berilmu yang tidak beramal menurut ilmunya adalah seumpama suatu daftar yang memberi faedah kepada lainnya tetapi dia sendiri kosong daripada ilmu pengetahuan. Dan seumpama batu pengasah yang menajamkan lainnya tetapi dia sendiri tidak dapat memotong. Atau seumpama jarum penjahit yang dapat menyediakan pakaian untuk lainnya sedangkan dia sendiri telanjang. Atau seumpama sumbu lampu yang dapat menerangi lainnya tetapi dia sendiri terbakar.

Hikmah Al-Ghazali 55 (IU212)


Hak seorang guru (kerohanian) adalah lebih besar daripada hak ibu bapa. Ibu bapa menjadi sebab lahirnya anak itu dan dapat hidup di dunia yang fana ini. Sedangkan guru (kerohanian) menjadi sebab anak itu memperoleh hidup kekal. Sekiranya tidak adalah guru (kerohanian), maka apa yang diperolehi si anak daripada orang tuanya dapat membawa kepada kebinasaan terus-menerus.

Hikmah Al-Ghazali 56 (IU213)


Sesungguhnya para ulama dan putera-putera akhirat itu adalah para musafir kepada Allah Ta’ala dan berjalan kepadaNya, dari dunia. Tahun-tahun dan bulan-bulannya adalah tempat-tempat persinggahan dalam perjalanan. Sayang-menyayang dalam perjalanan antara orang yang sama-sama berangkat ke kota, adalah menyebabkan lebih eratnya hubungan dan kasih sayang.

Maka bagaimanakah berjalan ke Firdaus tinggi dan sayang-menyayang dalam perjalanannya dan tak ada sempit pada kebahagiaan akhirat?

Oleh itu, tidak ada pertentangan antara putera-putera akhirat.

Sebaliknya dalam mengejar kebahagiaan duniawi, jalannya tidak lapang. Oleh itu sentiasalah dalam keadaan sempit berdesak-desakan.

Hikmah Al-Ghazali 57 (IU213)


Guru itu tidak mencari upah, balasan dan terima kasih dengan mengajar itu. Tetapi dia mengajar kerana Allah dan mencari kedekatan diri kepadaNya. Tidak ia melihat dirinya telah menanam budi kepada murid-murid itu meskipun murid-murid itu mesti mengingati budi baik orang kepada mereka.

Hikmah al-Ghazali 58 (IU214)


Termasuk hal yang halus-halus dalam mengajar ialah guru mengherdik muridnya daripada jahat kelakuan dengan cara sindiran selama mungkin dan bukannya secara terus-terang. Melalui cara kasih sayang, bukan dengan mengejek. Kerana jika secara terus-terang, merosakkan takut murid kepada guru dan mengakibatkan dia berani menentang dan suka meneruskan sifat jahat itu.

Hikmah Al-Ghazali 59 (IU217)


Guru mestilah menyingkatkan pelajaran menurut keupayaan pemahaman murid. Jangan diajarkan pelajaran yang belum sampai otaknya ke sana, nanti ia lari ataupun otaknya tumpul.

Hikmah Al-Ghazali 60 (IU218)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2015 07:05 PM | Show all posts
61.
Al-abrar (orang-orang baik) adalah kuburan ilmu al-asrar (ilmu yang tinggi-tinggi). Oleh itu, tidak wajarlah bagi seseorang yang berilmu menyiarkan seluruh ilmu pengetahuannya kepada orang.

62.
Tidaklah kurang zalimnya antara memberikan kepada yang tidak berhak dengan tidak memberikan kepada yang berhak.

63.
Guru mestilah mengamalkan sepanjang ilmunya. Janganlah perkataannya membohongi perbuatannya kerana ilmu dilihat dengan mata hati dan amal dilihat dengan mata kepala. Yang mempunyai mata kepala adalah lebih banyak.

64.
Dosa orang berilmu mengerjakan perbuatan maksiat adalah lebih besar daripada dosa orang bodoh. Hal ini kerana dengan terperosoknya orang yang berilmu, maka terperosoklah orang banyak yang menjadi pengikutnya.

65.
Amat penting untuk mengetahui tanda-tanda yang membezakan antara ulama dunia dengan ulama akhirat. Yang kami maksudkan dengan ulama dunia ialah ulama su’ yang tujuannya dengan ilmu pengetahuan itu adalah untuk memperoleh kesenangan duniawi, kemegahan dan kedudukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2015 07:06 PM | Show all posts
66.
Dijadikan orang Yahudi lebih jahat daripada orang Nasrani, padahal orang Yahudi tidak mengaku Allah mempunyai anak dan tidak mengatakan bahawa Allah itu yang ketiga dari tiga, adalah disebabkan orang Yahudi itu engkar sesudah tahu.


67.
Tanda-tanda ulama akhirat :
i.        Tidak mencari dunia dengan ilmunya.
ii.        Tidak bertentangan perbuatannya dengan perkataannya.
iii.        Bersungguh-sungguh dalam ilmu akhirat, menjauhkan diri daripada ilmu yang sedikit manfaatnya atau yang banyak pertengkaran.
iv.        Tidak terpengaruh dengan kemewahan pada makanan, minuman, pakaian, perabot dan tempat tinggal.
v.        Menjauhkan diri daripada para penguasa.
vi.        Tidak mudah-mudah memberi fatwa.
vii.        Banyak memberi perhatian kepada ilmu batin dengan mujahadah dan muraqabah.
viii.        Bersungguh-sungguh menguatkan al-yaqin.
ix.        Selalu berasa sedih, hancur hati, menunduk kepala dan berdiam diri. Bekas takutnya akan Allah tampak pada dirinya.
x.         Banyak membicarakan tentang perkara-perkara yang merosakkan amal.
xi.         Berusaha menjadi orang berilmu, tidak sekadar menjadi karung ilmu.
xii.         Kuat berusaha mengelakkan perbuatan-perbuatan bid’ah.

(*Tanda-tanda ulama dunia pula ialah ;
i.        Mencari dunia dengan ilmunya.
ii.        Banyak perbuatannya yang bertentangan dengan perkataannya.
iii.        Kurang bersungguh-sungguh dalam ilmu akhirat, banyak melibatkan diri dalam ilmu-ilmu yang kurang bermanfaat dan dalam ilmu-ilmu yang banyak pertengkaran.
iv.        Mudah terpengaruh dengan kemewahan pada makanan, minuman, pakaian, perabot dan tempat tinggal.
v.        Asyik bergelumang dengan pihak penguasa.
vi.        Asyik dan mudah memberi fatwa.
vii.        Kurang beri perhatian kepada ilmu batin.
viii.        Kurang beri tumpuan untuk menguatkan al-yaqin).
ix.        Jarang-jarang berasa sedih, hancur hati, menunduk kepala dan berdiam diri. Bekas takutnya akan Allah tidak tampak pun pada dirinya.
x.         Kurang membahaskan perkara-perkara yang merosakkan amal.
xi.         Lebih bersifat karung ilmu.
xii.         Kurang berusaha mengelakkan perbuatan-perbuatan bid’ah.)

68.
Orang yang tidak mengenal kehinaan dunia, kekotoran dan kecampur-bauran kelazatan dengan kesakitannya, kemudian keseraman apa yang kelihatan bersih dari dunia itu, maka orang itu adalah manusia yang sudah rosak akal.

69.
Janganlah engkau menyangka bahawa meninggalkan harta kekayaan itu sahaja sudah cukup untuk menghubungkan diri dengan ulama akhirat, kerana mencari kemegahan itu lebih lagi membawa kemelaratan daripada harta.

Merasa lazat dengan kemegahan membuat sesuatu jasa dan memperoleh kedudukan memberi petunjuk kepada orang, adalah kelazatan terbesar daripada seluruh kenikmatan duniawi. Barang siapa memperkenankan hawa nafsunya membicarakan, dia dalam kalangan anak-anak dunia.

70.
Orang yang mengenyampingkan pengetahuan untuk beramal tetapi sibuk dengan pertengkaran adalah seumpama orang sakit yang pada tubuhnya bermacam-macam penyakit. Dia berjumpa seorang doktor yang ahli pada waktu yang sempit yang hampir habis. Si sakit tadi menggunakan waktu yang sedikit itu untuk menanyakan kegunaan resep, ubat dan keganjilan-keganjilan dalam ilmu kedoktoran dan meninggalkan kepentingannya yang mendesak untuk mendapatkan rawatan Orang seperti itu bodoh sekali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 06:45 PM | Show all posts
71.
Semakin bertambah keinginan ke arah sedikit, semakin bertambahlah dekat denganAllah Ta’ala dan tinggi kedudukannya dalam barisan ulama akhirat.


72.
Menghiasi diri dengan yang mubah (yang dibolehkan) tidaklah haram, tetapi berkecimpung dengan yang mubah itu, membuatkan suka kepadanya sehingga sukar meninggalkannya.

73.
Sesungguhnya dunia itu manis menghijau, tali-temalinya di tangan sultan-sultan (para pemerintah). Orang yang bercampur-baur dengan mereka tidaklah terlepas daripada bersusah-payah mencari kerelaan dan menarik hati mereka, sedangkan mereka (pihak pemerintah) itu adalah orang yang zalim.

74.
Sentiasalah diam itu menjadi sifat ahli ilmu, kecuali ketika diperlukan.

75.
Kitab-kitab dan pengajaran, tidaklah cukup dengan itu sahaja. Tetapi hikmah yang di luar hinggan dan tak terhitung itu sesungguhnya terbuka dengan mujahadah, muraqabah, langsung mengerjakan amalan zahir dan amalan batin, dan duduk beserta Allah ‘Azza wa Jalla dalam khilwah, serta menghadirkan hati dengan fikiran yang putih bersih, terputus daripada yang lain, langsung kepada Allah Ta’ala. Itulah kunci ilham dan sumber kasyaf.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2015 06:45 PM | Show all posts
76.
Berapa ramai pelajar yang sudah lama belajar, tetapi tidak sanggup dengan sepatah kata pun melewati daripada apa yang didengarnya.
Dan berapa ramai pelajar memilih yang penting sahaja dalam pelajarannya, menyempurnakan amal dan muraqabah hati, yang dibukakan Allah kepadanya ilmu hikmah yang halus-halus, yang menghairankan akal orang-orang yang bermata hati.

77.
Berapa banyak pengertian-pengertian halus daripada rahsia-rahsia Al-Quran yang terguris dalam hati orang-orang yang berzikir dan berfikir kepada Tuhan semata-mata, yang tidak disebutkan dalam kitab-kitab tafsir dna tidak sampai kepadanya pandangan ahli-ahli tafsir yang utama.

78.
Ada ulama mengatakan bahawa tidak ada pakaian yang dianugerahkan Tuhan kepadaham baNya yang lebih baik daripada khusyuk dalam ketenangan batin. Itulah pakaian para nabi, tanda orang-orang soleh, siddiq dan para alim ulama.

Adapun perkataan batil, bersenda-gurau yang tidak dijaga, tertawa terbahak-bahak, bergerak sembrono dan berbicara tajam, semua itu adalah bekas-bekas kesombongan, merasa aman dan lengah daripada seksaan Tuhan Yang Maha Besar dan kesangatan amarahNya. Sifat tersebut adalah kebiasaan anak-anak dunia yang lupa kepada Allah, bukan kebiasaan para ulama.


79.
Empat pengertian akal :
i.        Akal yang berupa sesuatu yang membezakan antara manusia dengan haiwan.
ii.        Akal yang berupa ilmu yang tumbuh pada diri anak kecil.
iii.        Akal yang berupa ilmu yang diperolehi melalui pengalaman.
iv.        Akal yang berupa kekuatan diri untuk menundukkan hawa nafsu.

Dua akal yang pertama bersifat semulajadi.
Dua akal kemudiannya bersifat usaha.

80.
Jiwa seumpama orang yang menunggang kuda dan badan seumpama kuda.
Buta yang menunggang adalah lebih berbahaya berbanding buta kuda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.401372 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list