CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 0

Beruang Madu Mula Kehidupan Baharu

[Copy link]
Post time 26-5-2015 09:52 AM | Show all posts |Read mode

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Usaha pemuliharaan beruang madu yang semakin terancam mula menampakkan hasil apabila anaknya yang ditemui lima tahun lalu telah dilepaskan ke habitat semula jadinya di pantai timur daerah Lahad Datu.

Pembebasan beruang matahari betina bernama Natalie itu adalah yang pertama bagi Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) yang mula beroperasi di Sepilok, Sandakan tujuh tahun lalu.

Pengasas BSBCC dan Ketua Eksekutifnya Wong Siew Te berkata Natalie telah diterbangkan dengan helikopter dari Sepilok dan dibebaskan di Rizab Hidupan Liar Tabin pada 17 Mei.

Beliau berkata pegawai-pegawai hidupan liar akan mengesan pergerakan Natalie di Tabin melalui kolar satelit yang telah dipasang.






Natalie telah dibawa ke pusat itu selepas ia diserahkan kepada pegawai Jabatan Hidupan Liar di Lahad Datu oleh seorang individu.

Ibunya dipercayai telah diburu oleh pemburu haram.


"Sejak itu Natalie telah membesar secara sihat dan matang di bawah jagaan kita," kata Wong, sambil menambah pusat itu telah menyediakan kemudahan untuk membantunya dalam  pergerakan dan pembangunan kemahiran hidup yang penting seperti mencari makanan, memanjat, membuat sarang dan bersosial.

"Natalie membesar di kandang hutan semula jadi di BSBCC dengan pokok-pokok yang tinggi, tumbuhan tebal dan sejumlah besar makanan semula jadi seperti anai-anai, cacing tanah, serangga dan madu dari sarang lebah," katanya.



Beliau berkata pelepasan Natalie di Tabin merupakan usaha bersama BSBCC bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU), serta  Pusat Penyelidikan Danau Girang.

Pengarah Jabatan William Baya memuji BSBCC yang memulakan projek.

"Pembebasan Natalie adalah tanda kejayaan BSBCC dan saya percaya lebih banyak beruang akan dilepaskan ke dalam hutan pada masa akan datang," kata William.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.090991 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list