Telekom Malaysia : Pakej RM38 Untuk 1Mbps Akan Dihadkan Kepada 1GB Data, Langgan Pakej RM110 Untuk Tanpa Had
Semalam, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengumumkan perancangan untuk menawarkan perkhidmatan jalur-lebar pada kadar lebih rendah dalam usaha membolehkan lebih ramai pengguna seluruh Malaysia untuk mengakses internet. Selang sehari, kini Telekom Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengannya. Menurut Telekom Malaysia, pakej jalur-lebar baru ini akan menawarkan kelajuan rangkaian sehingga 1Mbps pada harga RM38 sebulan, dan ia adalah untuk perkhidmatan jalur-lebar talian tetap. Tetapi, malangnya penggunaan data akan dihadkan untuk hanya 1GB sahaja. Ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah caj tambahan akan dikenakan oleh pihak Telekom Malaysia. Pada masa yang sama, seperti dikongsikan semalam, Telekom Malaysia turut mengatakan mereka akan menawarkan langganan UniFi 10Mbps pada harga RM179. Penawaran pakej jalur lebar 1Mbps pada harga RM38 akan ditawarkan bermula 16 Jun kelak, sementara pakej UniFi 10Mbps pada harga RM179 akan ditawarkan bermula 15 Julai 2015 kelak. *speechless!*
|