View: 2600|Reply: 3
|
Suplemen Bantu Memberi Tenaga Tambahan
[Copy link]
|
|
Edited by easicircle at 6-4-2015 05:35 PM
Kehidupan harian yang semakin hari semakin sibuk turut menjejaskan amalan pemakanan secara sihat bagi sesetengah individu. Ramai diantara individu yang terkejar-kejar kerana ingin menguruskan rutin harian secepat mungkin akan terdorong memilih makanan segera sebagai menu pilihan utama.
Seperti yang kita sedia maklum makanan segera tidak mempunyai nutrisi yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh badan untuk menyerap tenaga serta vitamin. Tidak sama khasiatnya seperti kita mengambil satu hidangan lengkap seperti nasi, sayur, ikan ataupun ayam.
Nutrisi daripada pemakanan tersebut mampu membekalkan nutrisi semulajadi untuk tubuh menyerap segala vitamin yang diperlukan untuk tubuh badan. Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai makanan tambahan demi memastikan ia bergerak aktif.
Bagi mereka yang terlalu sibuk dengan rutin harian sering mengabaikan gaya pemakanan sihat. Jadi pengambilan makan akan jadi tidak seimbang. Justeru dengan mengambil makanan tambahan ataupun suplemen mampu membantu untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk suplemen yang boleh diperolehi di pasaran masa kini. Termasuk dalam bentuk kapsul, cecair, tablet dan pil. Cuma anda sendiri perlu bijak dalam memilih suplemen yang bersesuaian untuk keperluan diri sendiri.
Sebagai contoh untuk mereka yang sering mengamalkan gaya hidup yang aktif, cepat letih, kurang masa tidur dan rehat. Makanan tambahan seperti Vitamin B12 sesuai untuk diambil bagi menjana tenaga tambahan.
Selain itu, jika anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Pengambilan suplemen yang mengandungi zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga dapat membantu.
Apapun, kita sendiri perlu tahu apakah fungsi makanan tambahan itu sendiri buat tubuh badan kita. Ini kerana, suplemen hanya sekadar membantu mengekalkan kesihatan tetapi bukan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku amalkan makan vitamin c & b complex.
tp ttp letih jgk. no effect ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by easicircle at 8-4-2015 11:29 AM
Jangan salah faham suplemen membantu dalam mengekalkan kesihatan. Namun kita sendiri perlu ubah gaya hidup sihat sebagai contoh rajinkan diri melakukan aktiviti fizikal supaya mampu mengeluarkan peluh dan ubah gaya pemakanan.
Faktor usia, pemakanan, pencemaran dan gaya hidup masa kini menjadi faktor utama kenapa kita memerlukan makanan tambahan. Tetapi kita tidak boleh bergantung pada suplemen semata-mata untuk memberi tenaga dan mengekalkan kesihatan kerana ia bergantung kepada tindak balas tubuh badan seseorang. Mungkin kesan yang bakal diperolehi akan mengambil masa. Cuba konsisten dalam pengambilan suplemen jangan sehari makan sehari tak makan. Masa pengambilan juga perlu konsisten seperti kita makan ubat yang diberi doktor perlu mengikut masa. Apa yang penting makan suplemen yang diperlukan oleh badan.
Sebagai contoh, kalau kita nak kurus. Jika hanya semata-mata bergantung kepada ubat diet mungkin sukar untuk seseorang itu mengurangkan berat badan tanpa usaha lain bersenam dan diet dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat.
|
|
|
|
|
|
|
|
salam bro, saya ada seorang kenalan pakar doktor dan sy juga dulu sama selalu rasa letih even dah makan bnyak supplement b-complex/vitamin c/minyak ikan etc. Then doktor tersebut bgtahu mmg bagus utk ambik semua supplement tersebut,tapi ada satu benda yg kurang iaitu supplement coenzymeQ10(boleh goggle utk lebih lanjut). Badan manusia mmg naturally menghasilkan coenzyme tersebut ketika usia muda mmg penghasilan coenzyme tinggi tapi bila dah smakin tua kadar penghasilannya menjadi surut. CoenzymeQ10 nih purpose dye utk menghasilkan energy deep dalam sel mitochondria kita dgn extract drp hasil pemkanan kita setiap hari(bnyak terdapat dkat bahagian jantung/hati/buah pinggang/otak). Ia juga act sebagai antioxidant utk neutralise radikal bebas dimana amat berbahaya sbb ia dapat menyerang sel2 kita dan menyebabkan kita nampak tua(cpt tua) dan alhamdulillah selepas ambil suplement coenzymeQ10 seperti disarankan doktor tersebut dalam masa 2hari je sy mmg dapat dapat rasa kelainan. Ibu saya juge ade ambil dan beliau turut rasa perubahan. Kalau berminat atau ingin tahu lebih lanjut tuan/puan bleh la pm tnye saya ye.
0172656511![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|