Amat baik kalau dapat dijadikan amalan membaca doa sebelum dan selepas mengaji atau membaca surah-surah Al-Quran. Bermohonlah agar Allah سبحانه وتعالى memberi kelapangan, menerima ilmu serta mohon diberi hidayah dan petunjuk pada kita yang sentiasa berharap semata-mata hanya kepada-Nya. Berikut adalah antara doa membaca Al-Quran yang boleh dibaca sama ada pada sebelum memulai bacaan atau sesudah membaca kitab suci tersebut.