View: 3897|Reply: 0
|
Facebook Memperkenalkan Fungsi Membayar Rakan Anda
[Copy link]
|
|
Facebook Memperkenalkan Fungsi Membayar Rakan Anda Melalui Aplikasi Facebook Messenger
Aplikasi permesejan seperti LINE telah menyokong sokongan pembayaran terus kepada rakan-rakan anda, dan kini Facebook turut membawakan sokongan sama melalui aplikasi Facebook Messenger.
Melalui kemaskini baru, Facebook menambah sebuah ikon wang pada bahagian papan kekunci, dan pengguna boleh menghantar wang kepada rakan mereka yang lain dengan klik padanya.
Untuk menghantar wang, terlebih dahulu, pengguna perlu menambah kad debit mereka pada akaun Facebook, dan seterusnya menggunakan Facebook Messenger untuk menghantar dan menerima wang daripada rakan-rakan anda.
Facebook juga turut menambah ciri-ciri keselamatan – termasuk penggunaan sebuah PIN khusus untuk pengguna menghantar wang. Pengguna iPhone turut boleh menggunakan kelebihan TouchID untuk tujuan tersebut.
Fungsi ini mungkin akan memberikan impak yang besar kepada para pengguna dalam menghantar dan menerima wang daripada rakan-rakan, apatah lagi dengan penggunaan laman sosial tersebut yang amat sinonim di seluruh dunia.
Facebook akan memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat – bermula daripada Amerika Syarikat.
kredit:www.amanz.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|