View: 6798|Reply: 1
|
Skype Untuk Windows 10 Umpama iMessage
[Copy link]
|
|
Microsoft akan mengintegrasikan Skype terus ke dalam Windows 10, menjadikannya seakan aplikasi iMessage dalam Mac OS X. Nampaknya Skype untuk Windows 10 memberikan pengalaman baru dalam permesejan Skype dan membawa kembali aplikasi Messaging yang ada pada Windows 8 tetapi dihapuskan dalam Windows 8.1.
Skype Untuk Windows 10 Umpama iMessageAplikasi baru Skype untuk Windows 10 dimanifestasikan dalam aplikasi Messaging yang mengintegrasikan Skype, membolehkan pengguna chat dengan rakan Skype atau membuat panggilan suara / video. Semua chat akan disegerakkan pada PC, tablet dan telefon pintar milik pengguna dan aplikasi tersebut tidak ubah seperti versi Skype yang lebih ringan.
Rekabentuk antaramukanya juga serupa dengan iMessage pada OS X, dengan rekabentuk dua panel dan gambar rakan berbentuk bulat di panel sebelah kiri serta panel kanan memaparkan mesej yang telah dihantar dan diterima. Microsoft juga telah mula memasangkan pengguna Skype dengan nombor telefon mereka untuk memudahkan pencarian rakan, sepertimana dilakukan Whatsapp.
Aplikasi Skype yang diintegrasikan pada versi telefon pintar Windows 8 juga boleh menghantar SMS, namun dijangka fungsi ini juga akan disegerakkan terus ke PC dan tablet pengguna memandangkan dalam dunia Windows 10, aplikasi pada semua platform adalah sama.
Microsoft belum memperincikan semua rancangannya untuk aplikasi Messaging, tetapi agak menarik untuk melihat syarikat tersebut bergerak ke arah pengintegrasikan Skype secara native dan bukannya aplikasi berasingan yang memang menyemakkan.
kredit:www.techkini.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sash window draught proofing is a fast and effective way to solve the draughts problem. We are offering you to check https://chameleon-decorators.co.uk/sash-window-draught-proofing/ and manage your draught proofing for sash window task easily. The sash window draught-proofing is an important part of home improvement projects which are done for increasing the worth of the home and also it has been designed by well-qualified engineers. |
|
|
|
|
|
|
| |
|