CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1578|Reply: 0

Mengapa Anda Perlu Insurans Perjalanan?

[Copy link]
Post time 25-2-2015 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Pernah atau tidak terlintas difikiran anda soal keselamatan diri atau sakit yang bakal menimpa diri sewaktu anda memulakan perjalanan ke luar atau dalam negara, sama ada untuk bercuti atau atas urusan kerja.

Oleh seba itu, insurans perjalanan adalah penting dan diperlukan demi melindungi diri anda daripada risiko yang tidak dijangka seperti kemalangan, sakit, kecederaan, kehilangan bagasi, penangguhan penerbangan atau bagasi, kehilangan dokumen perjalanan dan pembatalan penerbangan.

Insurans perjalanan juga penting buat anda yang kerap mengembara di dalam atau di luar negara supaya anda tidak lagi bimbang soal kebajikan diri. Tidakkah anda berasa lebih selamat dan terjamin walaupun anda berada jauh beribu batu jauh dari rumah anda.

Malah anda juga boleh memilih polisi tahunan jangka panjang jika anda sering membuat perjalanan. Di mana menerusi insurans perjalanan, perlindungan biasanya akan diberikan terhadap sebarang perkara yang berlaku di luar jangkaan seperti kemalangan diri, kemalangan maut, hilang keupayaan, kelewatan atau hilang bagasi, hilang dokumen perjalanan, perbelanjaan perubatan dan penghantaran pulang jenazah.  

Walau bagaimanapun anda perlu terlebih dahulu tahu dan memahami bahawa insurans perjalanan adalah bukan suatu bentuk pelaburan namun ianya adalah suatu biaya. Ini bermakna jika tidak ada perkara atau sebarang masalah berlaku ke atas diri anda maka duit tidak akan dikembalikan.

Apapun perlu diingat setiap polisi insurans akan menetapkan syarat-syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemegang polisi. Malah, tuntutan pampasan juga perlu mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian amat penting bagi anda yang ingin membeli perlindungan insurans supaya baca terlebih dahulu kandungan manfaat polisi serta syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang termaktub supaya tidak akan timbul sebarang masalah sewaktu membuat tuntutan pampasan kelak.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.070781 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list