CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: obelisk

Kenapa Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah melarang tahlil / kenduri arwah?

[Copy link]
Post time 25-2-2015 11:27 AM | Show all posts
Pendek kata something yg menyusahkan keluarga si mati tu tak perlu laa...
Islam itu agamanya mudah & x menyusahkan penganutnya...

#Benda2 mcm ni x payah laa kita nak bertelagah.. nak tunjuk hebat..
sebabnya ilmu yg kita ada tu tiadalah apa sgt berbanding ilmu Allah... Muhasabah diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 03:58 PM | Show all posts
Saya lagi setuju yg bagi pendapat kalau nak buat...buat kecil-kecilan.
Aktiviti dlm majlis tahlil tak haram....semuanya bagus.
Saya faham concern yg pro-majlis tahlil....ianya bagus, takder amalan salah.

Tapi yg jadi masalah bila ia dibiasakan. Biasakan benda baik pun masalah? Well....
kalau ada tak buat majlis tahlil. Pasal takder duit. Sebenarnya sikit pun tak salah.
Tapi jauh dalam hati yg tak buat tu....rasa macam tak kena.
orang pun ada tanya...."tak buat tahlil ke?"....kenapa tanya? Pasal semua orang dah set, itu yg sepatutnya dibuat. Hasil dari dah terlalu biasa di buat. Sampai tahap kalau tak buat, rasa macam kurang.

Jadi, kalau nak buat juga, lagi manafaat kalau buat kecil-kecilan, lagi baik dikalangan ahli keluarga terdekat.
Semua yg terlibat dlm majlis memang ada rasa sayang kat arwah, pasal keluarga.
Kalau dah biasa gini...kalau ada yg tak boleh nak buat pasl kewangan, takder rasa salah pun. Pasal memang patut tak payah rasa salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 04:05 PM | Show all posts
fbukhary replied at 24-2-2015 08:23 AM
Assalamualaikum.

Post ini meyakinkan saya bahawa tiada bida'ah yg 'baik' atau 'buruk'. Bida'ah ad ...

yup...

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab4.htm

Amaran daripada al-Sunnah tentang bid‘ah:

Hadith Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang memberi amaran kepada pembuat dan pengamal bid‘ah sangat banyak jumlahnya. Kebanyakan para penyusun kitab hadith tidak ketinggalan memasukkan satu bab khas mengenainya di dalam kitab-kitab mereka. Di sini disebutkan beberapa riwayat, antaranya:

Pertama:

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

...فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.[1]

Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.

                                Kedua:
               
                Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:                
               
                                مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
               
                                “Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini                 (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 02:51 PM | Show all posts
obelisk replied at 25-2-2015 04:05 PM
yup...

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab4.htm

ya saya pun ada baca buku jgk ttg ni. pada pendapat saya, bida'ah ni muncul dari perbezaan pemahaman yang didorong oleh budaya yang berbeza. oleh sebab itu terdapat perbezaan walaupun perkara pokok adalah sama. yang dikhuatiri ialah perbalahan yang timbul dari perbezaan ini yang akhirnya mendorong kepada pemesongan dari ajaran sebenar yang telah terbukti kesannya yang sangat buruk. Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:18 PM | Show all posts
Tugas muslim/muslimim ialah menyempurnakan jenazah mengikut syariat.

Tugas ahli keluarga si mati selepas selesai pengkembumian jenazah ialah menguruskan wasiat, harta, hutang-piutang dan yg berkenaan si mati atau jika tiada waris, ia kembali kepada baitulmal.

Lain2 hal seperti majlis mengenang kematian tu bukanlah perkara agama. Ia lebih kepada adat puak2. Puak2 non-muslim yg saya kenal pun ada majlis kenduri 3, 7, 14, 40 & 100 hari, hanya berbeza dari segi perisian majlis.

Apabila dimasukkan nilai2 agama, maka perkara bukan amalan agama dianggap amalan agama ditambah lagi ada yg berani memberi nilai2 pahala sekian2 atau ancaman jika tidak dibuat.

Samalah macam perubatan alternatif yg mengguna label islam dan menguar2kan pelbagai ayat2 utk dibaca bagi penyakit sekian2, walhal, yg sunnahnya hanya sedikit dan sangat straight-forward.

Apabila ada seruan utk berpada pada sunnah, org awam jadi reluctant kerana yg mengajar mereka pun bukan sebarang org2 yg hanya lepak2 dijalanan dgn gitar tong.

Nabi SAW dah ajar selawat ibrahimiyyah, tapi, ada lagi yg mencipta selawat lain dan self-claimed pahala atau manfaatnya lebih besar lebih hebat, dan dgn beraninya menyebarkan hingga perlu pula kepada pengizajahan dan mahar sekali.

Inilah kita umat islam zaman sekarang. Yg menyusun bacaan dan doa dalam tahlil pun kita tak tahu siapa. Amalan 'agama' yg kita warisi pun tak tahu dari mana puncanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 05:45 AM | Show all posts
salam

tiap² kali khutbah jumaat ..
khatib ada mendoakan orang yang hidup dan mati ..

اللهم اغفر
ya Allah ampunilah
للمسلمين والمسلمات
musllimin dan muslimat,
والمؤمنين والمؤمنات
dan mu’minim dan mu’minat
الأحياء منهم والأموات
yang hidup daripada mereka dan yang mati

wassalam




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2015 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok noted.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.619866 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list