CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4853|Reply: 4

waaah... best gila bilik ni!! jom pegi bali!

 Close [Copy link]
Post time 9-12-2014 11:58 AM | Show all posts |Read mode
                    WOW! Bilik Tidur Yang Berlantaikan Kaca Di Bali Dengan Pemandangan Air Di Bawah Membuatkan Kami Mesti Tidur Di Sini
Bagi mereka yang  merasakan mereka telah bermalam di hotel-hotel yang hebat di serata dunia, fikirkannya kembali kerana pengalaman bermalam di Rumah Udang di Bali ini membawa suasana alam semulajadi yang sangat berbeza.
Rumah Udang ini terletak di Bambu Indah Hotel di Bali dan rumah udang ini mempunyai satu bilik tidur khas yang sangat istimewa, yang mungkin membuatkan anda terjaga sepanjang malam dengan perasaan teruja melihat pemandangan di bawah bilik tidur ini.

Di ruang kamar inilah anda akan berhubung dengan alam semulajadi dengan berlantaikan kaca dimana tereletaknya kolam udang segar di bawahnya.
Lantai kamar tidur yang diperbuat dari kaca ‘Tempered Glass’ ini sangat kukuh, di mana anda boleh menghabiskan masa berjam-jam memandang pemandangan bawah air yang cantik di bawah.

Di bahagian lain Rumah Udang juga amat mengkagumkan dan sangat mewah dengan alam semulajadi.

Rumah ini dibina dengan menggunakan kayu jati daripada Jawa sejak seabad lalu. Anda dapat merasakan kesan sejarah Bali dan berhubung dengan alam.
Adakah anda rasa kos penginapan di Rumah Udang ini adalah mahal? Sebenarnya tidak, harga penginapan satu malam pada musim kemuncak hanyalah sebanyak USD200 jauh murah berbanding penginapan hotel lima bintang di luar negara.
Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan!
Sumber Telegraph
Like page The Vocket di Facebook.
                       
                                       

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 12:03 PM | Show all posts
cantik..
tp skeri klau ada momok ngendap kt bawah air tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:14 PM | Show all posts
Kaannn ada hantu ayaq satgi nighmare pulakk...kayu2 tu xdak penunggu ka...

byk sgt folo bod mps kan ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:27 PM | Show all posts
fulamak...cantiknyo, igt kat maldives je ada hehee..skali negara jiran pon ada..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:36 PM | Show all posts
xper lahhh... kl bagi free aku sedekah kan la kat org lain... tgk di siang hari pun sedikit merinding bulu roma...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.229928 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list