View: 2034|Reply: 2
|
ISLAM & ISU : KRISIS GENDER & PENDAPAT AHLI IKIM
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum para pembaca,
Saya tampalkan artikel yang berguna untuk pembacaan dan kupasan.
semoga bermanfaat:
sila perhatikan unsur ini -
- konsep 'gender' dalam perspektif Islam
- kepentingan sistem nilai dalam menghadapi kemelut buatan tempias kesan apabila Al HAQ tidak dijadikan sebagai asas dalam hikmah dan kebenaran ( truth and wisdom)
- peranan ilmuwan dan agamawan dalam hal hal tersebut dalam memahami isu gender & etc.
- perhatikan serapan agenda tertentu berpaksikan pemikiran liberalisme.
saya sebenarnya berasa lega kerana pihak IKIM ( yg saya katakan jangan asyik tidur , je ) mengambil inisiatif untuk mengupas isu ini,
saya berharap akan ada artikel bertaraf publik juga disebarkan dalam akhbar arus perdana untuk pihak kita umat Islam yg prihatin akan isu isu yang memugar sistem nilai ni diperhalusi dan difahami. Fahami yang mana satu isu 'tulen' atau kes yg tulen mana satu kes yg hanya menggunakan isu gender dysphoria untuk meloloskan diri.
apabila ada kefahaman mantap maka kita akan tahu di mana hendak meletakkan standpoint - tak terlalu apologetik mahupun liberal habis tetapi sebaliknya tapat dikendalikan dengan lebih bijak.
ini kerana ekoran sebelum ini keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan mahkamah Syariah berhubung isu transgender.
- saya percaya dengan memahami konsep biological gender dan konsep konsep gender yg lahir dari perspektif psychosexual barat kita dapat mengendalikan kes kes seperti ini atau melihatnya dengan cara yg lebih Al hAQ oriented dan pendekatan lebih hikmah serta boleh mengesan elemen 'menangguk di air keruh' .
- apa yg saya ingin lihat yg berlaku ialah terdapatnya kolaboratif IKIM dan profesional Islam dalam bidang psikologi , psychiatry, dan undang undang keluarga dalam mengeluarkan satu bentuk rangka kerja dalam isu ini.
- why - kita kena sedar yg isu hak asasi manusia dan salah satu unsur dilihat mereka ialah ini .
- kita tak mahu apa yg terjadi seperti dakwaan COMANGO menjadikan ini sebagai 'bahan isuan'.
untuk tahu lebih lanjut rujuk DSM V - gender dysphoria
ICD 10 ? gender dysphoria
cross dresser
isu isu gender identity crisis.
so, saya melihat isu isu sebagai ujian , ujian yg bergantung pada persepsi kita - positif atau negatif - tetapi kalau dilihat dengan isu positif ia dapat memperkukuahkan Islam itu dengan ujian. Ujian yg diberikan sebenarnya semua ada nilai positif , Allah lebih Mengetahui.
wassalam.
Last edited by mbhcsf on 28-11-2014 06:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Memporak-peranda hukum-Nya
Tindakan mengubah ketetapan Allah SWT sama seperti menafikan perancangan-Nya
27 November 2014 9:13 PM
Lelaki dan wanita mempunyai peranan masing-masing terutama dalam
Lelaki dan wanita mempunyai peranan masing-masing terutama dalam institusi kekeluargaan. - Gambar hiasan
MELIHAT kemampuan serta rupa paras individu lain yang lebih sempurna, pastinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemburu terhadap kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT itu kepada individu tersebut. Apatah lagi dalam bentuk fizikal semula jadi.
Justeru, disebabkan kurang keyakinan diri, secara tidak langsung perasaan iri hati tersebut membuatkan sesetengah individu yang menginginkan kesempurnaan cenderung untuk menjadi seperti yang diidamkan, sekali gus menafikan ciptaan yang telah dijadikan kepada dirinya.
Dibantu dengan kemudahan teknologi serta penguatkuasaan yang dilihat kurang dititikberatkan, tidak hairanlah berlaku pelbagai kes mengubah ciptaan tuhan dengan pelbagai cara dan penampilan termasuklah sehingga sanggup mengubah gender (jantina).
Mengakui fenomena yang berlaku, Pengarah pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Mohd. Farid Mohd. Shahran ( rasaya siapa yg membaca bukunya amat familiar dengan nama ini ) menyifatkan, perbuatan yang dilihat semakin berleluasa itu seperti memporak-perandakan hukum Allah SWT terhadap ketetapan kejadian manusia.
Ia tambahnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT menerusi ayat di atas berhubung kejadian manusia sebagai salah satu daripada kepelbagaian ciptaan Allah SWT dan mempunyai tanggungjawab masing-masing yang tidak boleh dipertikaikan.
“Penciptaan lelaki dan wanita adalah merupakan dua jantina yang menjadi pasangan asas dalam penciptaan manusia. Kedua-duanya dicipta dengan ciri dan sifat yang sesuai dengan kejadian dan peranan mereka dalam kehidupan di dunia ini.
“Oleh sebab kegagalan memahami peranan lelaki dan wanita dalam kerangka kekeluargaan, akan menyebabkan perbahasan berkaitan gender pada awalnya kepada wacana persamaan hak yang ekstrem dan tidak selari dengan maqasid syariah.
“Kesannya, fitrah penciptaan manusia yang berlainan jantina bertujuan untuk saling mengenali dan melengkapi antara satu sama lain akan menjadi kacau bilau sekali gus memporak-peradakan ketetapan yang Allah SWT, di samping mendatangkan pelbagai kemudaratan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja, “Ayat-ayat al-Quran berkaitan gender: Rujukan Khas al-Tafsir al-Kabir” dalam persidangan meja bulat, Gender dalam kerangka Maqasid, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam persidangan itu iaitu, “Perjuangan wanita: keadilan atau kesamaan,” “Pandangan Islam tentang peranan wanita dalam kepimpinan negara,” “Perwalian dalam perkahwinan,” “Jaminan perlembagaan terhadap hak-hak wanita” dan “Akses wanita kepada keadilan di mahkamah.”
Sehubungan itu Farid berkata, mengetahui asal-usul serta tujuan hidup penciptaan manusia yang sebenar penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perdebatan hak persamaan gender yang akhirnya sehingga mengakibatkan tindakan mengubah jantina.
“Surah an-Nisa ayat 34 menjelaskan peranan lelaki sebagai pemimpin kepada kaum wanita dan bertanggungjawab memelihara kehidupan wanita yang berada di bawah penjagaannya. Berbeza dengan peranan wanita yang bertanggungjawab memelihara hak suami, kehormatan diri dan memelihara rumah tangga.
“Malangnya, aspek perbezaan ini kadang-kala diangkat dan diperdebatkan sehingga berlaku perpecahan dan akhirnya melupakan matlamat akhir penciptaan manusia iaitu tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT dan mencapai ketakwaan terhadap-Nya.
“Menurut ahli tafsir terkemuka, Fakhr al-Din al-Razi menerusi kitab tafsirnya, al-Tafsir al-Kabir mengatakan hakikatnya semua manusia adalah sama, namun perbezaannya adalah antara iman dan kufur. Oleh itu ketakwaan menjadi neraca terpenting bagi membezakan seseorang,” ujarnya.
Keadilan bukan kesamaan
Sementara itu, Felo kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM, Md. Asham Ahmad berkata, bukan menuntut kepada kesamarataan, sebaliknya menurut ajaran Islam menitikberatkan hak keadilan dalam memperjuangkan hak wanita.
Ia sekali gus menyangkal prinsip kesamaan yang difahami dalam pemikiran sekular dan juga dituntut oleh pertubuhan feminis, Musawah yang menyifatkan gerakan mereka sebagai menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam keluarga Islam.
“Keadilan seperti yang difahami dalam pemikiran sekular adalah merujuk kepada hubungan antara dua belah pihak, seperti hubungan seorang manusia dengan manusia lain atau hubungan rakyat dengan negara. Ia bermakna keadilan dalam konteks tersebut boleh berubah-ubah.
“Sementara itu, keadilan yang diajarkan menurut Islam iaitu bermula dengan diri sendiri. Ia sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran merujuk kepada mereka yang melakukan kekufuran, dosa dan kesalahan sebagai zalim terhadap diri sendiri.
“Ia berbeza dengan keadilan yang berpunca daripada masyarakat dan negara, faham keadilan Islam itu paksinya tetap, iaitu tidak berubah-ubah kerana ia merupakan perjanjian dengan Allah SWT,” katanya.
Bagaimanapun tambahnya, keadilan yang diperjuangkan oleh kumpulan sekular adalah menjurus kepada kesamaan yang menuntut kepada persamaan martabat dan darjat.
“Antara Kerangka Kertas Kerja Tindakan Musawah menggariskan, ‘kebanyakan undang-undang dan amalan dalam negara-negara Islam tidak adil dan ketidakadilan ini melemahkan kehidupan harian ahli keluarga terutama wanita’ dan ‘Piawai hak asasi manusia antarabangsa memerlukan maruah, kesaksamaan yang sebenar tanpa diskriminasi bagi semua umat manusia.’
“Istilah keadilan yang ditegaskan oleh kumpulan pertubuhan hak asasi bertaraf global itu dilihat berpaksikan kesaksamaan. Justeru, bagi mereka keadilan terhadap wanita hendaklah diterjemahkan dalam bentuk kesamarataan hak antara lelaki dan wanita di sisi undang-undang Islam, khususnya undang-undang keluarga.
“Perjuangan itu juga menunjukkan agama Islam seperti agama lain dan ideologi ciptaan manusia adalah hasil daripada kebudayaan manusia,” jelasnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Perjuangan wanita: Keadilan atau kesamaan.’
Beliau berkata, walaupun Musawah pada zahirnya berusaha mengubah undang-undang keluarga Islam, hujah yang dikemukakan pada hakikatnya menjurus kepada mengubah Islam keseluruhannya.
Malah, faham keadilan mengikut kumpulan itu juga tidak bersumberkan kepada al-Quran, sedangkan Allah SWT menegaskan pada kalimahnya terkandung pengajaran secara paling sempurna kebenaran dan keadilan tanpa sebarang perubahan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.zaBsWDJx.dpuf Last edited by mbhcsf on 28-11-2014 06:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Berpakaian, berlagak seperti wanita di tempat awam boleh didakwa
09 Oktober 2015 1:28 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.j1aM2N9c.dpuf
PUTRAJAYA 8 Okt. – Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah sah di sisi undang-undang dan boleh terus dikuatkuasakan terhadap kaum lelaki yang memakai pakaian perempuan ataupun berlagak seperti wanita di tempat awam.
Perkara itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sewaktu mengetepikan penghakiman kontroversi Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan seksyen berkenaan, melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian ketika membenarkan bantahan awal Kerajaan Negeri Sembilan dan lima pihak lain berhubung semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga jurumekap pengantin bagi mencabar kesahan seksyen berkenaan.
Seksyen itu disandarkan untuk pihak berkuasa agama Negeri Sembilan mendakwa Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.
Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim.
Hakim Md. Raus ketika membacakan keputusan itu menyatakan, semakan kehakiman yang difailkan oleh tiga pondan tersebut tidak mengikut prosedur kerana ia gagal mematuhi Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.
Pada hemat panel itu, Mahkamah Tinggi melakukan kesilapan yang serius pada peringkat awal lagi kerana membenarkan permohonan semakan kehakiman ketiga-tiganya untuk mempersoal kesahan seksyen itu.
Ujar Hakim Md. Raus, permohonan semakan kehakiman itu sepatutnya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi atas alasan mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa mendengarnya.
Panel itu berpendirian, ketiga-tiga mak nyah tersebut sepatutnya memfailkan permohonan kebenaran di Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu untuk mencabar kesahan sesyen berkenaan melalui isu-isu perlembagaan.
Jelas Hakim Md. Raus, jika kebenaran diberikan, mereka selanjutnya boleh meneruskan tindakan dengan memfailkan petisyen di mahkamah tertinggi negara untuk mendapat perisytiharan berhubung isu yang dibangkitkan.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan tersebut manakala Mahkamah Rayuan turut tidak mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan mereka.
Pada 7 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap kaum lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Selain Kerajaan Negeri Sembilan, lima pihak yang lain ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai penguat kuasa syariah, ketua pendakwa raya syariah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Keputusan mengejutkan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga mereka.
Muhammad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol mengemukakan semakan kehakiman dengan mendakwa bahawa Seksyen 66 tidak terpakai kepada mereka sebagai penghidap kecelaruan identiti jantina (GID) yang mana penyakit itu telah disahkan oleh satu laporan kesihatan dari Hospital Kuala Lumpur.
Ketiga-tiga mereka dilahirkan sebagai lelaki dan beragama Islam sebelum membuat pembedahan pertukaran jantina.
Dalam prosiding tersebut, peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili pemohon pertama hingga kelima manakala Datuk Sulaiman Abdullah bagi pihak pemohon keenam. Aston Paiva mewakili ketiga-tiga responden.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.j1aM2N9c.dpuf |
|
|
|
|
|
|
| |
|