View: 3537|Reply: 15
|
Contest Cerpen AidilAdha : Hadiah Untukmu
[Copy link]
|
|
AQIF termenung di pangkin yang terletak di bawah pokok ketapang di tepi padang yang terbiar. Matanya sayup memandang ke arah kambing yang dibelanya sejak kecil. Kambing yang pada mulanya hanya dua ekor itu kini sudah membiak menjadi sepuluh ekor. Kambing-kambing itu diperhatikan sedang asyik meragut rumput di situ. Angin petang meniup lembut ke pipi, rambutnya yang agak panjang itu terurai ditiup angin. Tubuhnya disandarkan ke batang pokok ketapang bila terasa lenguh. Melihatkan kambingnya enak meragut rumput itu, hatinya sedikit terhibur. Mungkin itu nasib hidupnya selama dua puluh tiga tahun hidup di dunia ini. Tidak seperti kakak dan abangnya yang lain. Mereka semua berjaya hingga menjawat jawatan besar di bandar Kuala Lumpur sedangkan dirinya hanya lulus setakat SPM sahaja. Seringkali dicemuh abang dan kakak sendiri atas alasan malas belajar. Mereka tidak pernah tahu dia sering tiada masa untuk belajar kerana selalu disuruh itu ini. Mana mungkin dia lulus dengan baik jika masa yang ada diisi dengan tugas lain.
Tanpa sedar, air matanya tumpah ke pipi. Air mata lelaki yang sepatutnya mahal untuk ditumpahkan. Hanya di pangkin itu sahaja dia berani menangis dan hanya pada kambing-kambing itu saja dia meluahkan isi hati walaupun binatang itu tidak mengerti perasaan manusia. Dia beristighfar berkali-kali. Kumat kamit lidahnya berselawat pada Rasulullah saw.
Kenangan lama kembali menerpa di benak. Sejak di tingkatan satu lagi, dia sudah seperti hamba di rumah sendiri. Malah ketika itu, ibu seperti menyokong kakak dan abangnya yang sering membuli dirinya menyuruh itu ini. Jika tidak dituruti perintah mereka maka penamparlah jawabnya nanti. Ibu pula sering memuji abang dan kakak kerana rajin belajar dan lulus dengan cemerlang sehingga berjaya menjadi orang yang berguna. Seorang abangnya menjadi doktor, seorang abang lagi menjadi arkitek dan kakak sulung pula menjadi guru. Bangga ibu setiap kali kakak dan abang pulang ke rumah. Megah ibu bercerita kepada jiran-jiran sedangkan dirinya sering dihina. Terasa dirinya bagai anak tiri di rumah itu. Ayah pula sudah lama meninggal.
Pandangan Aqif masih menala pada kambingnya. Tidak lama lagi, hari raya haji akan tiba. Seperti biasa, kambingnya itu akan menjadi korban untuk hari raya nanti. Kakak dan abang tidak pernah ingin menghulur wang walau sesen pun untuk itu. Penat dia menjaga dan membela kambing itu langsung tidak diambil tahu. Mereka hanya tahu kesenangan. Aqif menapak perlahan ke arah kambingnya. Hari sudah merangkak senja. Dia perlu membawa kambingnya ke kandang semula.
SAMPAI di rumah, Aqif melangkah lemah masuk ke rumah. Dia tahu ibu akan membebel seperti biasa namun dia tidak pernah meninggikan suara pada ibu walau diherdik sekalipun. Ibu adalah syurga baginya.
"Hah! Tahu pun nak balik!" Jerkah Zainab pada anak bongsunya.
Aqif pandang ibunya yang sudah menjerit kuat dari arah dapur. Dia segera mencium tangan orang tua itu walaupun ibu seperti tidak suka perbuatannya. Malah ibu ketawakannya setiap kali dia berbuat begitu. Pada ibu, mencium tangan hanya dilakukan pada pagi hari raya saja.
"Ibu..ni ada sedikit wang." Aqif hulur lima puluh ringgit kepada ibunya.
"Lima puluh saja?"
Aqif mengangguk. Wajah mencebik ibunya jelas terlihat tadi. Dia faham makna riak itu. Selalunya abang dan kakak, bila pulang ke rumah, beratus dihulur kepada ibu. Dia hanya mampu sebanyak itu sahaja, yalah, kerja kampung. Bela kambing dan bila kambing dibeli untuk tujuan aqiqah, barulah dia ada wang lebih sikit. Itu pun dia simpan di dalam tabung haji ibunya untuk ibunya guna menunaikan haji kelak. Sudah lama dia daftarkan ibunya ke sana. Mengikut pegawai tabung haji, insyaAllah ibunya akan pergi ke Mekah tahun depan. Dia juga akan turut sama menunaikan haji.
"Ibu, saya nak mandi dulu. Lepas balik dari masjid nanti saya makan ya bu?" Lembut Aqif menutur. Sudah menjadi kebiasaannya untuk menunaikan solat jemaah di masjid sampai waktu Isyak.
Begitulah setiap hari rutin hidup Aqif. Malam, dia mengadu pada Allah tentang nasib hidupnya. Bertahajjud dan bermunajat sepertiga malam di kala manusia sedang lena dibuai mimpi. Siang hari, pagi lagi selepas subuh, dia akan bawa kambingnya ke padang rumput sehingga ke petang. Masa antaranya pula dia akan mengambil upah memetik buah kelapa dengan Pak Samad. Jika dia diperlukan ke kampung lain, kambingnya akan berada di dalam kandang seharian. Rumput sudah siap dilonggokkan di situ untuk kambingnya makan nanti.
KINI hari raya haji sudah tiba. Hanya kakak sulungnya sahaja yang pulang beraya tahun ini. Aqif seperti biasa akan melayan kakak dan abang iparnya dengan baik. Anak buahnya juga dilayan baik. Dia tahu kepulangan mereka hanya untuk membodek ibu menyerahkan harta pusaka kepada mereka. Sejak ayah meninggal, tidak jemu mereka memujuk ibu menyerahkan harta kepada mereka.
"Kak long, itukan harta pusaka yang sudah dibahagi mengikut faraid, kenapa nak ambil?" Aqif beranikan diri bersuara.
"Kau tahu apa? Kau tu, dahlah SPM hanya takat makan saja, menyusahkan orang lain nak tanggung makan pakai kau tu.Duit yang akak bagi kat ibu, tentu kau yang habiskan?"
Aqif tunduk. Menyinga kakak sulungnya setiap kali berbicara soal wang dan harta. Sungguh dia tidak sedikit mengusik wang yang dihulurkan kak long kepada ibu.
Hari raya aidiadha tahun itu sama juga seperti tahun-tahun yang dulu, seekor kambing pasti menjadi korban untuk jamuan di pagi raya. Kakak dan ibu pula senang hati mencanang semua itu adalah usaha mereka sendiri dan pernah juga ibu dan kakak menjual kambing yang dibelanya secara senyap-senyap. Seperti biasa juga, kakak akan pulang bersama suaminya dan anak-anak tanpa pedulikan ibu. Ibu tidak pernah diajak ke rumah mereka di Kuala Lumpur.
HARI berganti bulan. Aqif sabar menghadapi karenah ibunya yang sering berleter walaupun kesalahannya hanya sebesar biji sawi. Tidak pernah dia membalas semula kata-kata ibunya itu dan kini kesihatan ibu tidak begitu baik. Demam ibu tidak kebah-kebah. Pernah ibu muntah teruk dan tidak boleh bangun dari baringnya. Sudah banyak kali dia bawa ibu ke klinik dengan bantuan jiran yang ada kereta. Dia hanya ada motorsikal kapcai saja. Masih tidak kebah demam ibu. Kakak dan abangnya dimaklumkan tentang keadaan ibu namun mereka langsung tidak pulang menjenguk ibu.
"Aqif...ibu lapar.." Lemah suara Zainab.
Aqif segera ke dapur memasak bubur untuk ibu. Usai memasak, dia segera ke tempat pembaringan ibunya di atas tilam dan menyuap perlahan ke mulut ibu.
"Perlahan-lahan ibu.." Aqif sapu sisa bubur yang melekat di bibir ibunya.
"Aqif...mana kakak dan abang kamu? Mengapa mereka tak jenguk ibu?"
Aqif tunduk. Sayu suara ibunya bertanyakan hal kakak dan abangnya yang langsung tidak nampak batang hdung. Dia tahu mereka akan pulang jika ibu setuju menyerahkan harta pusaka milik ibu kepada mereka. Malah tanah seluas empat ekar miliknya juga ingin diambil kakak dan abang, kononnya dia sudah ada kambing-kambing itu, kambing peninggalan arwah ayah.
"Ibu..rehatlah. Ibu kan tak sihat. Makan bubur ni.." Aqif menyuap lagi bubur ke mulut ibunya.
"Aqif..ibu..ibu nak muntah.."Zainab sudah merasa loya dan mual.
Aqif letak mangkuk bubur di atas meja. "Ibu..muntahlah kat sini.." Kedua tangannya ditadah dekat dengan mulut ibunya. Muntah ibunya bertakung di atas tapak tangan Aqif.
Aqif biarkan saja sehingga ibunya lega dari muntah. Perlahan dia menapak ke dapur dan membersihkan tangannya. Dia kembali ke tempat ibunya dengan membaw segelas air pula. Lalu diberi minum kepada ibunya.
"Ibu..rehat ya." Aqif selimutkan tubuh tua itu.
AQIF menjaga ibunya bagai menatang minyak yang penuh. Walaupun sibuk dengan kambing dan kerja kampung, dia tidak pernah lupa pada ibunya. Pagi sebelum ke kandang kambing, dia akan menyediakan sarapan dan tengahari pula, dia seboleh mungkin akan pulang menjenguk ibu. Alhamdulillah, ibu sudah semakin baik kesihatannya.
Waktu begitu cepat berlalu. Kini sudah masuk tahun baru. Aqif gembira kerana ibu tidak lagi membebel seperti dulu. Ibu sudah mula menyayanginya. Dia lega kerana ibu kini sudah rajin membaca Quran dan menunaikan solat. Kalau dulu, ibu hanya menunaikan mana yang sempat sahaja. Puas dia menasihati ibu tentang kewajipan solat. Semuanya bagai mencurah air ke daun keladi malah dia dituduh kurang ajar pada orang tua. Kini dia merasa lega. Ibu semakin rajin belajar agama. Dia pandang laci meja belajarnya. Laci itu ditarik perlahan. Buku tabung haji miliknya dan ibu dibelek sekilas. Dia senyum puas. Tabungan di dalam akaun itu sudah cukup untuk dia dan ibu menunaikan haji tahun ini. Tidak lama lagi pun. Sekarang ini, kursus haji sudahpun bermula. Dia perlu beritahu ibu dan bawa ibu ke kursus itu yang dikendalikan oleh tabung haji. Aqif mula mencatat semua itu di dalam sebuah nota kecil. Segala surat tawaran dan kursus haji yang perlu dihadiri ibu dan dirinya juga nanti disimpan kemas dalam laci.
"Ibu...Aqif ada hadiah untuk ibu." Aqif cium dahi ibunya.
"Apa dia?"
"Ni, insyaAllah tahun ni kita akan menunaikan haji." Aqif hulur buku akaun kepada ibunya bersama surat tawaran dari tabung haji.
Bergenang air mata Zainab tatkala menatap semua itu.
Aqif senyum bila ibunya mula memeluknya dengan erat.
"Ibu..minggu depan kursus akan bermula. Kita pergi ya?" Aqif seka air mata di pipi ibunya.
"Aqif..maafkan ibu. Selama ini ibu tak nampak permata di depan ibu, ibu hanya nampak kaca saja." Zainab menyeka air mata.
"Sudahlah ibu. Restu ibu penting untuk Aqif." Aqif peluk tubuh tua ibunya.
WAKTU begitu cepat berlalu. Kini tiba masa untuk Aqif dan ibunya berangkat ke Mekah menunaikan haji. Segala persiapan sudah dilakukan. Saat mereka ingin bertolak di KLIA, kakak dan abang langsung tidak nampak muka. Malah mereka menuduhnya memujuk ibu dan mengambil harta itu sebab itulah mampu ke Mekah bersama ibu. Perjalanannya menuju ke rumah Allah berjalan lancar. Mereka antara jemaah haji yang terawal tiba di bumi Madinah. Di sana mereka tinggal selama lapan hari sebelum bertolak ke Mekah. Aqif tidak pernah lekang dan berenggang dari ibunya sepanjang berada di sana. Ibunya dijaga sebaik mungkin.
Aqif pandang ibunya yang sedang memandang Kaabah. Dia mendekati ibunya di situ yang tidak lekang berzikir sambil memegang tasbih di tangan kanannya.
"Aqif..ibu sangat gembira dan terharu. Ibu sentiasa berdoa depan Kaabah, semoga Aqif ditemukan jodoh yang baik."
Aqif terharu mendengar kata-kata ibunya. Dia hanya ingin melihat ibunya gembira sahaja. Tidak pernah terfikir untuknya menikah. "Ibu..Aqif hanya nak ibu gembira."
"Terima kasih nak..ibu dah banyak buat salah pada Aqif. Maafkan ibu.."
"Ibu..Aqif yang sepatutnya minta maaf pada ibu. Aqif takut jika Aqif sudah menyingung perasaan ibu walaupun dengan perkataan 'ah'. Aqifg mohon ampun dari ibu." Kedua tangan ibunya dikucup lama. Air mata berjurai di pipi.
"Ibu dah lama maafkan Aqif."
Aqif mendongak. Dia cium pula dahi ibunya. Mereka kemudian bersama mengerjakan tawaf wada', tawaf selamat tinggal sekembalinya mereka dari Mina. Usai melakukan tawaf, Aqif bersama ibunya segera meninggalkan Mekah dan bertolak ke Jeddah sebelum berlepas ke tanah air semula.
TIBA di Malaysia, Aqif bersama ibunya kembali ke kampung. Mulanya ibu ingin singgah di rumah kakak dan abang tapi tiada seorang pun yang datang menjemput mereka di lapangan terbang KLIA. Jelas Aqif melihat wajah kecewa ibunya ketika itu. Kini sudah hampir seminggu mereka pulang dari menunaikan haji.
"Ibu..nanti berilah sikit pada orang kampung, air zamzam dan kurma ni." Aqif pesan pada ibunya.
"Aqif nak ke mana?"
"Aqif nak jenguk kambing kejap. Hari nak hujan ni." Aqif pandang langit yang sudah kelam. Angin semakin kuat bertiup. Sempat dia cium tangan ibunya dan meminta maaf.
"Hati-hati!" Zainab mula merasa pelik. Tiba-tiba saja Aqif meminta maaf padanya tadi.
ZAINAB jenguk ke dada langit. Kilat dan guruh semakin menggila. Hujan lebat mula mencurah-curah ke bumi. Dia mundar mandir di jendela. Aqif belum pulang lagi. Dia pandang jam di atas meja kecil. Hampir waktu maghrib. Dia mula risau, selalunya Aqif sudah pulang waktu begini. Bergegas dia ke laman dan menyarung selipar. Payung dicapai dari tepi tangga. Laju langkah Zainab ke rumah jiran sebelah. Dia minta bantuan Mail untuk mencari Aqif yang tidak pulang-pulang sejak tadi.
Zainab dan beberapa orang lain bergegas pula meredah hujan lebat menuju ke padang tempat yang Aqif selalu tambat kambingnya di situ. Jenuh mereka mencari kelibat Aqif. Hanya kambing saja berada di situ, basah dalam hujan. Zainab segera menyuruh Mail mengambil kambing itu semua dan masukkan ke dalam kandang. Dia bersama dua orang lagi orang kampung meneruskan mencari Aqif.
"Makcik! Makcik!! Aqif ada kat sini!" Lan memanggil ibu Aqif.
Zainab bergegas ke arah Lan yang sudah berada di pangkin. Dia segera mendekati Aqif yang terbaring kaku di situ.
"Aqif!! Anak ibu!!"Zainab meraung di situ dalam hujan.
"Makcik..Aqif dah tak ada..sabarlah makcik.." Lan cuba tenteramkan Zainab yang sudah menangis memeluk tubuh Aqif yang sudah rentung sedikit. Aqif mungkin meninggal akibat terkena petir yang kuat berdentum sejak hujan lebat tadi.
Lan pandang wajah Aqif, sedikiipun tidak terjejas kulitnya. Wajah itu putih dan tersenyum. Dia mengarahkan seorang lagi untuk mengangkat tubuh Aqif. Jenazah Aqif dimandikan dan disembahyangkan di masjid. Ramai yang datang untuk sama-sama menyembahyangkan jenazah Aqif. Bau harum menusuk segenap ruang masjid dan bau itu kekal sehingga jenazah Aqif dikebumikan.
"Makcik..sabarlah. Ajalnya sudah tiba. Aqif pun meninggal dengan baik." Pujuk Mail yang melihat dari tadi Zainab menangis di kubur Aqif.
"Makcik sedih bukan apa. Dialah yang jaga makcik selama ini. Makcik pula banyak buat salah padanya." Zainab mengesat air mata.
"Makcik..sudahlah.Redalah dengan semua ini. Doakan yang terbaik untuk Aqif. Dia pun pergi dengan baik sekali. Bau harum kubur ni masih terasa." Pujuk Mail lagi.
Zainab mula bangun dan bersama Mail menapak meninggalkan tanah perkuburan itu. Sejak itu Zainab tidak lekang menghadiahkan doa dan zikir untuk anaknya. Setiap kali hari raya haji, dia akan korbankan seekor kambing dan dijamu kepada penduduk kampung dengan niat sedekah untuk arwah Aqif. Dia teringat pada satu surat yang pernah diberitahu Aqif dulu. Surat itu diambil dari laci meja belajar Aqif. Perlahan Zainab membaca.
'Assalamualaikum ibu,
Aqif minta maaf terlebih dahulu dari hujung kaki sampai hujung rambut. Ibu, Aqif sedar Aqif banyak buat salah dan berdosa pada ibu. Aqif tak ada harta yang banyak. Tidak seperti kakak dan abang. Harta paling berharga dalam hidup Aqif adalah ibu. Sebelum Aqif menutup mata, Aqif ingin melihat ibu menunaikan haji. Terimalah hadiah dari Aqif untukmu ibu.'
Zainab menyeka air mata. Buku akaun Aqif dan buku akaun miliknya dicapai dari laci itu. Air matanya tumpah semakin laju. Baki wang di dalam akaun itu hampir tiga ratus ribu.
"Aqif..ibu doakanmu di sana, semoga dirimu ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Hanya inilah hadiah yang mampu ibu berikan untukmu anakku.."
HARI RAYA AIDILADHA masih terasa saat ini.
TAMAT..sekian secebis kisah masyarakat..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 22-10-2014 11:29 PM
ni contest cik Es..ipo dah janji nak join
terpaksa rajinkan diri
hihi..sori. hanya kata. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 23-10-2014 07:30 AM
hihi..sori. hanya kata.
tak apa..ipo tak ambil hati pun,cik Es tak join contest ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 22-10-2014 11:32 PM
tak apa..ipo tak ambil hati pun,cik Es tak join contest ke?
join. cerpen tu tajuk Adriz. Ada tu..cerpen tu di thread baru..hihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 23-10-2014 07:33 AM
join. cerpen tu tajuk Adriz. Ada tu..cerpen tu di thread baru..hihi.
oh..ok..rasanya yang ada nama Nicki tu kan? ipo dah baca sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 22-10-2014 11:38 PM
oh..ok..rasanya yang ada nama Nicki tu kan? ipo dah baca sikit
eee..yang ada nama @Nicki_Meow tu di thread andah.
yg contest ni
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=835436&mobile=yes |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 23-10-2014 07:40 AM
eee..yang ada nama @Nicki_Meow tu di thread andah.
yg contest ni
oh maaf..tersilap la kot..
ok nanti ipo baca, thanks dear
|
|
|
|
|
|
|
|
nangis... sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
ipo....
berdebar2 membaca...
sayu je... |
|
|
|
|
|
|
|
pendek pulok |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 23-10-2014 02:15 PM
nangis... sedihnya
ksiah benar..hanya tokok tambah sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 24-10-2014 08:49 AM
pendek pulok
ipo dah janji nak join tapi hanya satu post saja Nay..ok kan??
|
|
|
|
|
|
|
|
tersentuh membaca cerpen ni.sob3. thumbs up utk TT |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|