CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9510|Reply: 6

Jenis-jenis Hadis dan Cara Membezakannya

[Copy link]
Post time 11-10-2014 11:19 AM | Show all posts |Read mode

KOLEJMARA BANTING
KerjaKursus
PendidikanIslam
SEM1/2010
Jenis-jenisHadis dan Cara Membezakannya

NamaPensyarah
UstazAbdul Jamir bin Md Saad

Disediakanoleh
Nama:Muhammad Hakim bin Mohd Shokri
Kelas:M10E
No.Kad Pengenalan: 921127-14-5933

Pengenalan
Alhamdulillahdan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izin dan limpahkurnia-Nya, dapat juga folio ini disiapkan. Terima kasih kepadakedua-dua ibu bapa saya yang telah membantu saya dengan memberipeluang kepada saya untuk menerbitkan folio ini. Tidak lupa jugakepada Ustaz Jamir yang telah memberi saya panduan dalam mencaritajuk dan skop yang sesuai untuk dibuat. Folio yang bertajuk‘Jenis-jenis Hadis dan Cara Membezakannya’ ini asalnya di buatdengan tujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis hadis dan cara untukmembezakan hadis yang boleh dipercayai dan yang kurang atau tidakboleh dipercayai. Hal ini adalah amat penting untuk setiap orangIslam agar mereka dapat memelihara iman dan agama mereka agar tidakmenyeleweng daripada apa yang disampaikan oleh Nabi MuhammadRasulullah S.A.W. yang mana pada akhir zaman ini mana dipenuhi denganfitnah. Jika iman kita tidak dijaga, maka kita akan mudah diselubungioleh fitnah-fitnah ini. Oleh itu, mengenali hadis Nabi S.A.W. yangsebenar adalah amat penting kerana hadis merupakan salah satu wasiatbaginda kepada umat Islam yang perlu kita berpegang teguh dengannya.Berdasarkan apa yang terkandung dalam folio ini, terdapat pelbagaijenis hadis yang mungkin kita tidak pernah mendengarnya selama ini.Antaranya hadis Jayyid, Mauquf dan Mursal. Folio ini juga dapatmemberikan ciri-ciri hadis sahih, hasan, dhaif dan maudhu’ yangakan menjadi sanagt berguna sebagai panduan kita dalam mengenal pastijenis-jenis hadis. Oleh itu, saya amat berharap agar pembaca dapatmendalami isi-isi yang terkandung dalam folio ini.
Sekian,wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualikum warahmatullahiwabarakatuh.
Terimakasih.   




IsiKandungan

           
  • Pengenalan        -        2
  • Pengertian        hadis                -        3
  • Jenis-jenis        Hadis                -        3
  • Cara        Membezakan Hadis Sahih dan Hasan dengan Hadis Dhaif dan Hadis        Palsu                -        9
  • Bibliografi                -        17
  • Penutup                -        18



PengertianHadis
Hadisialah segala perkataan, perbuatan, ketetapan dan persetujuan dariNabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agamaIslam. Hadisdijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma danQiyas. Hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an)1.Hadis juga berfungsi untuk menjelaskan apa yang terkandung dalam al-Quran. Contohnya ayat yang bermaksud “Dirikanlah solat”dijelaskan oleh Rasulullah melalui hadisnya tentang kaifiat dan caramenunaikan solat)2.
Jenis-jenisHadis
Berdasarkanpada kekuatan sesuatu hadis, hadis dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

           
  • Hadis        maqbul atau hadis yang diterima
  • Hadis        mardud atau hadis yang ditolak

Hadis maqbul pulaterbahagi kepada 2 iaitu:

           
  • Hadis        Sahih

Hadisyang bersambung sanadnya dari mula hingga akhir dan tidak bolehbertentangan dengan hadis yang mutawatir dan ayat-ayat Al-Quran)3manakala perawinya pula haruslah:

           
  • Baligh
  • Berakal
  • Sempurna        hafalan
  • Berlaku        adil
  • Taat        kepada perintah Allah dan sentiasa menjauhi perbuatan-perbuatan yang        mendatangkan dosa


           
  • Hadis        Hasan


Hadis yangberhubung/bersambungan sanadnya dari mula hingga akhir danperawi-perawinya bersifat seperti Hadis Sahih tetapi mereka tidakmempunyai ingatan yang kuat)4.


Hadismardud pula terbahagi kepada 2 iaitu:

           
  • Hadis        Dhaif

Hadisdhaif ialah hadis yang kurang atau lebih syaratnya daripada hadissahih atau hasan. Hadis dhaif tidak digunakan oleh para ulama sebagaisumber hukum)5.

           
  • Hadis        Palsu

Sebenarnyahadis palsu tidak layak dipanggil hadis memandangkan hadis palsumerupakan penyelewengan nyata yang cuba dilakukan oleh sesetengahpihak tertentu)6.
HadisSahih
Hadissahih terbahagi kepada 2 iaitu:

           
  • Sahih        Lizatihi merupakan hadis yang kuat dengan sendirinya tanpa sokongan        atau diperkuatkan dengan keterangan lain memandangkan hadis sahih        lizatihi sendiri sudah cukup kuat untuk digelar sebagai hadis        sahih)7.
  • Sahih        Lighairihi merupakan hadis yang mencapai status hadis sahih kerana        diperkuatkan dengan keterangan lain. Contohnya: “Kalau tidak        menyusahkan umatku, maka akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak        setiap kali hendak menunaikan solat.” (H.R. Hasan)

Berdasarkan sanadnya,hadis tersebut merukan hadis hasan, tetapi kerana diperkuatkan denganriwayat Bukhari, maka hadis tersebut menjadi hadis sahih lighairihi.
HadisHasan
Hadishasan juga terbahagi kepada 2:

           
  • Hasan        Lizatihi merupakan hadis yang dengan sendirinya menjadi hadis hasan        dan tidak diperkuatkan dengan keterangan lain untuk menjadi hadis        hasan)8.
  • Hasan        Lighairihi merupakan hadis yang diperkuatkan dengan keterangan lain        untuk mencapai status hadis hasan. Contohnya, “Sembelihan  bagi        janin dalam perut haiwan yang bunting, cukuplah dengan menyembelih        ibunya sahaja.” (Hadis Riwayat beberapa Imam, antara lain,        Tirmizi, Hakim dan Darimi)

Jikadilihat daripada  sanad Imam Darimi, Darimi meriwayatkan daripadaIshak bin Ibrahim daripada Itab bin Basir daripada Ubaidillah bin AbuZiyad daripada Abu Zubair daripada Jabir daripada Rasulullah S.A.W.Nama yang di atas, semuanya merupakan perawi yang baik, melainkanUbaidillah bin Abu Ziyad bukanlah seorang yang cukup bagus sebagaiperawi9.
Selainitu, terdapat juga beberapa jenis hadis yang dikenali dangan namalain:
       
       
2        Bantuan        Studi Lengkap SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5, Amir Abdul          Hameed, Sasbadi Sdn. Bhd. Cetakan 1999 – Al-Quran dan As-Sunnah,        m/s 107

       
3nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

       
4       
       

       
5       
       

       
6       
       

       
7        nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

       
8       
       

       
9        nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/


           
  • Sempurna        hafalan
  • Berlaku        adil
  • Taat        kepada perintah Allah dan sentiasa menjauhi perbuatan-perbuatan yang        mendatangkan dosa


           
  • Hadis        Hasan


Hadis yangberhubung/bersambungan sanadnya dari mula hingga akhir danperawi-perawinya bersifat seperti Hadis Sahih tetapi mereka tidakmempunyai ingatan yang kuat)1.


Hadismardud pula terbahagi kepada 2 iaitu:

           
  • Hadis        Dhaif

Hadisdhaif ialah hadis yang kurang atau lebih syaratnya daripada hadissahih atau hasan. Hadis dhaif tidak digunakan oleh para ulama sebagaisumber hukum)2.

           
  • Hadis        Palsu

Sebenarnyahadis palsu tidak layak dipanggil hadis memandangkan hadis palsumerupakan penyelewengan nyata yang cuba dilakukan oleh sesetengahpihak tertentu)3.
HadisSahih
Hadissahih terbahagi kepada 2 iaitu:

           
  • Sahih        Lizatihi merupakan hadis yang kuat dengan sendirinya tanpa sokongan        atau diperkuatkan dengan keterangan lain memandangkan hadis sahih        lizatihi sendiri sudah cukup kuat untuk digelar sebagai hadis        sahih)4.
  • Sahih        Lighairihi merupakan hadis yang mencapai status hadis sahih kerana        diperkuatkan dengan keterangan lain. Contohnya: “Kalau tidak        menyusahkan umatku, maka akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak        setiap kali hendak menunaikan solat.” (H.R. Hasan)

Berdasarkan sanadnya,hadis tersebut merukan hadis hasan, tetapi kerana diperkuatkan denganriwayat Bukhari, maka hadis tersebut menjadi hadis sahih lighairihi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2014 11:22 AM | Show all posts
Hadis Hasan
Hadis hasan juga terbahagi kepada 2:
  • Hasan Lizatihi merupakan hadis yang dengan sendirinya menjadi hadis hasan dan tidak diperkuatkan dengan keterangan lain untuk menjadi hadis hasan)5.
  • Hasan Lighairihi merupakan hadis yang diperkuatkan dengan keterangan lain untuk mencapai status hadis hasan. Contohnya, “Sembelihan bagi janin dalam perut haiwan yang bunting, cukuplah dengan menyembelih ibunya sahaja.” (Hadis Riwayat beberapa Imam, antara lain, Tirmizi, Hakim dan Darimi)

Jika dilihat daripada sanad Imam Darimi, Darimi meriwayatkan daripada Ishak bin Ibrahim daripada Itab bin Basir daripada Ubaidillah bin Abu Ziyad daripada Abu Zubair daripada Jabir daripada Rasulullah S.A.W. Nama yang di atas, semuanya merupakan perawi yang baik, melainkan Ubaidillah bin Abu Ziyad bukanlah seorang yang cukup bagus sebagai perawi6.
Selain itu, terdapat juga beberapa jenis hadis yang dikenali dangan nama lain:
1

2

3

4 nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/

5

6 nurmohd.blog.friendster.com/2006/07/jenis-jenis-hadis/


           
  • Hadis        Maudhu’
  • Hadis        Jayyid
  • Hadis        Mursal
  • Hadis        Mauquf
  • Hadis        Mutawatir
  • Hadis        Masyhur
  • Hadis        Muttasil
  • Hadis        Mahfuz
  • Hadis        Muajwwad
  • Hadis        Tsabit
  • Hadis        Salih
  • Hadis        Mudha’af
  • Hadis        Ahad

HadisMaudhu’
Hadisyang diriwayatkan oleh sesetangah dengan mendustakannya dari Nabi sawpada halnya nyata tidak. Hadis ini turut digelar Hadis Palsu yangmana periwayatannya mengandungi motif-motif tertentu)1.
Berikutmerupakan antara faktor pemalusan hadis berlaku:

           
  • Perbezaan        politik
  • Kaum        yang berdasarkan kepercayaan
  • Penyelewengan        oleh pembidaah
  • Penyelewengan        oleh penglipur lara
  • Sebab-sebab        peribadi
  • Peribahasa        yang ditukar menjadi hadis

HadisJayyid
Hadisyang dikatakan baik dan sahih oleh ahli dan para penyelidik hadis)2.
HadisMursal
Hadis yang diriwayatkan oleh tabi’in dengan mangatakannyabahawa sesuatu hadis itu diriwayatkan secara terus daripadaRasulullah S.A.W. padahal mana mungkin tabi’in pernah bertemudengan Nabi S.A.W. memandangkan tabi’in ialah orang yang tidakpernah bertemu Nabi S.A.W.
3

HadisMauquf
Perkataandan perbuatan para Sahabat yang disampaikan sebagai nasihat.Contohnya, kata-kata Saidina Umar al-Khattab, “Handaklah kamusekalian mengerjakan perintah Allah dan Rasulnya.” Hadis mauquftidak boleh dijadikan dalil dalam agama)4.

HadisMutawatir
Hadisyang mempunyai banyak sanad dan tigak diragui langsung akankesahihannya memandangkan sesetengah hadis itu sanadnya terlalubanyak sehingga adalah mustahil untuk perawi hadis seramai itubersepakat untuk memalsukan hadis tersebut. Hadis mutawatir jugaselalunya jumlah sanadnya tidak diketahui, namun yang pasti adalahsandnya sangat banyak seperti “Barangsiapa yang berdusta atasnamaku dengan sengaja, maka tempatnya adalah di neraka.” (H.R.Bukhari,Muslim, Ad-Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Hanifah,Tabrani, dan Hakim)5.
Menurutpara ulama, hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih seratus orangSahabat dan mempunyai seratus sanad yang berlainan. Namun, jumlahhadis mutawatir tidak banyak.
Hadismutawatir juga terbahagi kepada 2:

           
  • Mutawatir        Lafzi; perkataan Nabi
  • Mutawatir;        Amali; perbuatan Nabi

HadisMasyhur
Hadisyang diriwayatkan oleh berbilang perawi hadis; sekurang-kurangnya 3orang ataupun mempunyai 3 sanad yang berlainan)6.
Contohnya,“Orang Islam ialah orang-orang yang tidak mengganggu orang Islamlain dengan lidah dan tangannya.” (H.R. Bukhari, Muslim danTirmizi)
SanadBukhari, iaitu Bukhari daripada Adam, daripada Syubah, daripadaAbdullah bin Abu Safar, daripada As-Syabi, daripada Abdullah binAmir,. daripada Nabi Muhammad S.A.W.

SanadMuslim, iaitu Muslim daripada Sa'id, daripada Yahya, daripada AbuBurdah, daripada Abu Musa, daripada Nabi Muhammad S.A.W.

SanadTirmizi, iaitu Tirmizi daripada Qutaidah, daripada Al-Lais, daripadaAI Qa'qa, daripada Abu Salih, daripada Abu Hurairah, dari Nabi S.A.W.

HadisMuttasil
Hadismuttasil ialah hadis yang berhubung dan bersambung sanadnya dansetiap perawi yang meriwayatkan hadis itu mendengar daripada orangyang meriwayatkan hadis itu sendiri sehingga sampai kepada NabiS.A.W. dan para Sahabat)7.
HadisMahfuz
Hadisyang terpelihara yang manamereka yang meriwayatkan hadis tersebut, adalah mereka yang mempunyaikepercayaan yang tidak bertentangan dengan kepercayaan golonganlain)8.(tidak ada kepentingan peribadi).
HadisMuwajjad
Merupakannama lain bagi hadis sahih)9.
HadisTsabit
Merupakannama lain bagi hadis hasan)10.
HadisSalih
Hadisyang status kesahihannya setingkat di bawah hadis hasan, namun tidakterlalu lemah. Contohnya, "Barang siapa yang menyembunyikan ilmuyang diketahuinya, maka dia akan dikekang dengan api neraka pada harikiamat." (H.R. Ibnu Majah) Menurut Tarmizi, hadis ini dikenalisebagai hadis salih)11.
HadisMudha’af
Hadisyang lemah matan dan sanadnya. Contohnya, "Asal setiappenyakit adalah dingin." (H.R. Anas dengan sanad yang lemah))12.
HadisAhad
HadisAhad ialahsebuah hadis yangdiriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi sahaja, khasnyaketika masih lagi di peringkat para Sahabat)13.
Iniberbeza dengan HadisMutawatir dimana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi(melebihi 4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalammeriwayatkannya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:24 AM | Show all posts
Cara Membezakan Hadis Sahih dan Hasan dengan Hadis Dhaif dan Hadis Palsu
  • Hadis Sahih

Untuk mengenal pasti hadis sahih, terdapat bebrapa kriteria yang perlu diambil kira:
  • Menurut Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Nukhbatul Fikar, yang dimaksud dengan hadits shahih adalah adalah “Hadis yang dinukil (diriwayatkan) oleh rawi yang adil, sempurna ingatan, sanadnya bersambung-sambung, tidak ber’illat dan tidak janggal.”)14

  • Rawi yang adil bermaksud seorang perawi yang taat, sentiasa menjauhi kemungkaran, dosa-dosa kecil dan perkara-perkara yang boleh merosakkan iman serta tidak mengikuti mana-mana mazhab yang bertentangan dengan syarak)15.
  • Sempurna ingatan bermaksud seorang perawi haruslah mengingati lebih daripada lupanya, kebenaran lebih daripada kebatilannya dan memahami maksud dan makna apa yang diriwayatkannya)16.
  • Sanadnya bersambung-sambung bermaksud sanad yang tidak digugurkan dan sanad seseorang perawi itu dapat bertemu atau menerima secara terus dengan Rasulullah S.A.W)17.
  • Tidak ber’illat bermaksud kesamaran yang dapat meragui kesahihan sesuatu hadis)18.
  • Tidak janggal bermaksud tidak ada pertentangan antar hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi dengan hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang lebih baik daripadanya)19.

  • Dalam kitab Muqaddimah At-Thariqah Al-Muhammadiyah disebutkan bahawa definisi hadits sahih itu adalah Hadis yang lafaznya selamat dari keburukan susunan dan maknanya tidak bertentangan dengan ayat al-Quran)20.

  • Dengan ini, dapatlah kita ungkapkan bahawa hadis yang sahih mestilah tidak berterabur aturan dan susunannya dan tidak menyimpang daripada apa yang terkandung dalam al-Quran)21.

  • Hadis Hasan

Untuk mengenal pasti hadis Hasan kriteria sepert di bawah mestilah dipenuhi:
  • Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nukhbatul Fikar berkenaan definisi hadis Hasan ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang yang adil, yang kurang kuat ingatannya, yang muttasil (bersambung-sambung sanadnya), yang musnad jalan datangnya sampai kepada nabi SAW dan yang tidak cacat dan tidak punya keganjilan.

  • Melihatkan definisi hadis hasan di atas, ia menyerupai hadis sahih kecuali yang mana perawinya seorang yang tidak kuat ingatan sekali gus menjadikan sesuatu hadis itu hadis hasan.

  • At-Tirmizy dalam Al-Ilal menyebutkan tentang pengertian hadis hasan yang merupakan Hadis yang tidak ada ‘illat dan syuadzudz dan dari orang yang tertuduh dusta dan diriwayatkan seperti itu dalam banyak jalan)22.
  • Al-Khattabi menyebutkan tentang pengertian hadits hasan Hadits yang mana terkenal makhrajnya dan dikenal para perawinya)23.

  • Maksud makhraj di atas ialah tempat seseorang perawi itu meriwayatkan hadis itu dikenali seperti Qatadah di Basrah, dan Atha’ di Makkah.


  • Hadis Dhaif

Hadis dhaif ialah hadis yang kurang satu atau lebih syarat hadis Sahih atau Hasan. Hadis ini ditolak oleh para ulama sebagai sumber rujukan hukum atas beberapa sebab:
  • Kelemahan Perawi

  • Dusta (Hadis Maudlu’)
  • Tertuduh dusta (hadis Matruk)
  • Fasik, banyak salah lengah dalam menghafal
  • Banyak prasangka
  • Manyalahi riwayat orang yang lebih dipercayai
  • Tidak diketahui identitinya (Hadis Mubham)
  • Penganut Bida’ah (Hadis Mardud)
  • Tidak baik hafalannya (Hadis Syadz dan Mukhtalith)

  • Sanadnya Tidak Bersambung

  • Jika sanad pertamanya digugurkan, ia disebut hadis mu’allaq
  • Jika sanad terakhirnya digugurkan (sahabat), ia disebut hadis mursal
  • Jika 2 sanad atau lebih digugurkan secara berturut-turut, ia disebut hadis mu’dlal
  • Jika tidak berturut-turut, ia disebut hadis munqathi

  • Matan (Isi kandungan) yang Bermasalah)24

  • Hadis yang dianggap dhaif berdasarkan matannya digelar hadis mauquf dan hadis maqthu’
  • Hadis dhaif tidaklah dianggap sebagai salah dan palsu, Cuma statusnya sangat diragui sama ada ia sebuah hadis atau tidak.
  • Mengikut para ulama


  • Hadis Palsu (Hadis Maudhu’)

  • Hadis palsu merupakan pendustaan yang dilakukan seseorang dengan menggunakan Nabi S.A.W.)25
  • Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandarkan sesuatu perkataan,, perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.)26
  • Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka definisi hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (sumber: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m/s 301, cetakan: Darul Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).)27
  • Antara ciri-ciri hadis maudhu` ialah terdapatnya lafaz Humaira seperti yang tersebut di dalam riwayat ini:


Ambillah separuh agama kamu daripada al-Humaira’. ”

Al-Mizzi berkata: Setiap hadis yang menyebutkan lafaz Ya Humaira’ iaitu adalah hadis maudhu` kecuali sebuah hadis dalam al-Nasa’i. (al-Masnu` hal. 212)

  • Pengakuan dari mereka yang memalsukan hadis tersebut. Sebagai contohnya ketika Ibnu Abi Al-Auja’ ditangkap dan hendak dipenggal lehernya dia telah berkata: “Aku telah membuat di antara kamu empat ribu Hadis yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.”)28


  • Terdapat petunjuk atau bukti bahawa perawi merupakan seorang pendusta dan hadis tersebut tidak diriwayatkan oleh perawi lain. Sebagai contohnya perawi dari kalangan pengikut Syi’ah al-Rafidhah seperti Abu Mikhnaf.)29


  • Perawi hadis tersebut berdusta bahawa dia telah mengambil riwayat daripada seseorang yang tidak pernah ditemuinya. Hal ini boleh diketahui melalui tarikh lahir dan wafat seseorang perawi mahupun tempatnya bermukim. Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:30 AM | Show all posts

                                                   
  •                         hadis                        daripada Hisyam bin ‘Amman abang kepada Ibnu Hibban, maka Ibnu                        Hibban bertanya: “Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun                        menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu Ibnu Hibban                        berkata: “Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.” Dari                        sini dapat diketahui bahawa Ma’mun sebenarnya tidak pernah                        bertemu dengan Hisyam.)1


                           
  •                         Apabila                        seorang perawi itu mengaku bahawa Nabi s.a.w. telah melakukan                        sesuatu perkara di hadapan para sahabat yang lain, tetapi mereka                        bersepakat untuk menyembunyikan perkara tersebut dan tidak                        menyebarkannya. Sebagai contohnya hadis palsu ini: “Sesugguhnya                        Rasulullah s.a.w. meraih tangan ‘Ali bin Abi Thalib r.a di                        hadapan seluruh sahabat. Mereka baru sahaja tiba dari melaksanakan                        haji wada’. Kemudian Nabi (membuat ‘Ali) berdiri                        ditengah-tengah mereka sehingga dapat dilihat oleh orang ramai.                        Kemudian baginda bersabda: “Ini adalah waashiku (orang yang                        menerima wasiat) dan saudaraku serta khalifah (orang yang                        menggantikan) setelah aku. Maka dengarkanlah oleh kamu semua                        (perkataannya) dan taatilah (perintahnya).”)2

                           
  •                         Hadis                        yang bertentangan dengan ayat al-Qur’an sebagai contohnya: “Anak                        Zina tidak akan masuk ke syurga sampai tujuh keturunan”                        yang bercanggah dengan firman Allah S.W.T.: “Dan                        tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang                        melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan                        seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan                        orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).”                        Al-An’aam (6 : 164))3


                           
  •                         Hadis                        yang bertentangan dengan logik akal contohnya: “Bahawasanya                        bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu,                        maka apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah                        batu hampar itu.”                        Termasuk dalam kategori ini adalah hadis-hadis khasiat dan                        fadhilat sesuatu jenis makanan terhadap kesihatan manusia namun                        ianya ternyata bercanggah dengan ilmu perubatan seperti hadis                        palsu ini: “Buah                        terung itu adalah penawar bagi segala penyakit.”)4

                           
  •                         Hadis                        yang susunan katanya dan gaya bahasanya tidak mencerminkan ianya                        keluar dari mulut seorang Nabi yang mana Allah s.w.t. telah                        berfirman)5

    “Dan                        dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama                        Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang                        diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain                        hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” An-Najm                        (53:3-4))6

    Misalnya                        hadis palsu ini: “Melihat                        wajah yang tampan itu boleh mempertajamkan pandangan mata.”


                           
  •                         Matan                        hadis yang mencemari sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna dari                        sebarang bentuk kecacatan dan tidak menyerupai makhluknya seperti                        hadis palsu ini: “Bahawasanya                        Allah s.w.t. menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga                        berpeluh, maka Dia menciptakan dirinya dari kuda itu.”                        Termasuk dalam konteks ini adalah hadis yang menceritakan tentang                        perbuatan Allah s.w.t. secara tidak benar seperti: “Sesungguhnya                        Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari ‘Asyuraa.”)7


                           
  •                         Hadis                        yang menerangkan pahala yang sangat besar untuk sesuatu kebajikan                        yang sangat kecil. Sebagai contohnya: “Sesuap                        makanan yang diberikan kepada orang lapar lebih utama dari membina                        seribu jamek (masjid).”)8

                           
  •                         Hadis                        yang menunjukkan amal ibadah yang melampau serta menyusahkan                        seperti solat tanpa henti semalaman dan memilki jumlah rakaat                        ratusan bahkan mencecah ribuan seperti solat al-Raghaaib pada hari                        Jumaat yang pertama dalam bulan Rejab, zikir-zikir yang mencecah                        ribuan kali dan dilakukan pula tidak sesuai dengan sunnah Nabi                        s.a.w. seperti berteriak serta menari-nari)9.                        Sebagai contohnya: “Jangan                        kalian melalaikan Jumaat pertama pada bulan Rejab kerana                        sesungguhnya Jumaat pertama pada bulan Rejab adalah malam yang                        dinamakan malaikat dengan malam Raghaaib.”

                           
  •                         Hadis                        yang menunjukkan sifat perkauman serta mencela kaum yang lain                        seperti: “Rasulullah                        melihat makanan, lantas baginda bersabda: “Milik siapa ini?”                        Al-Abbas berkata: “Milik orang-orang Habsyah, (makanan) milik                        mereka.” Rasulullah bersabda: “Jangan kamu lakukan (berikan),                        Sesungguhnya mereka jika lapar akan mencuri dan jika kenyang akan                        berzina.”)10

                           
  •                         Hadis                        yang menerangkan dosa dan seksaan yang sangat besar atas kesalahan                        yang kecil. Umpamanya: “Barangsiapa                        memakan bawang putih

           
       

                                                   
  •                         pada                        malam Jumaat, maka hendaklah dia masuk Neraka selama tujuh puluh                        tahun.”)1Hadis                        tersebut jelas sangat melampau dan keterlaluan dan tidak masuk                        akal sehinggakan kita dapat mengenal pasti bahawa hadis tersebut                        palsu dengan hanya membacanya sahaja.                        

           







Bibliografi












Penutup
Dengan ini, diharap agarapa yang terkandung dalam folio ini dapat dimanfaatkan sepenuhnyaoleh para pembaca. Sesungguhnya hadis tinggalan nabi S.A.W. merupakanpanduan utama kita dalam hidup selepas al-Quran. Jika panduan kitasendiri kita susah hendak menganalinya maka sudah pasti kita akanmudah untuk terikut-ikut panduan yang salah secara tidak langsungmembabitkan kita dalam ajaran-ajaran yang menyimpang daripada ajaranRasulullah S.A.W. Sebagai tambahan, untuk lebih mudah mengenal pastibahawa sesuatu hadis itu sahih atau tidak, rujuk sahajalah hadis yangdiriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang menulis kitab Sahih al-Bukhari dan Imam Muslim yang telah menulis kitab Imam Muslim yangditauliahkan sebagai kitab yang kedua dan ketiga yang paling sahih diatas muka bumi ini selepas al-Quran. Justeru, saya berharap agar parapembaca dapat beramal menyampaikan segala ilmu yang diperolehi denganmembaca folio ini. Sekian, itu sahaja daripada saya, Terima kasih.
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.



       


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 12:19 PM | Show all posts
Wa alaikum salam.... terima kasih atas perkongsian kertas kerja.

Yang menjadi persoalan dari saya, kenapa bahan-bahan rujukan dia adalah bukan rujukan-rujukan authentic?  Contohnya: Wikipedia, blog individu, cari forum.

Adakah masa ni, semua sumber rujukan ni boleh diterima sebagai rujukan oleh pusat-pusat pengajian?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 09:10 PM | Show all posts
ibnur posted on 12-10-2014 12:19 PM
Wa alaikum salam.... terima kasih atas perkongsian kertas kerja.

Yang menjadi persoalan dari saya ...

persoalan tuan lebih layak di jawab oleh pensyarah itu sendiri, Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2014 09:55 PM | Show all posts
abgsedapmalam posted on 12-10-2014 09:10 PM
persoalan tuan lebih layak di jawab oleh pensyarah itu sendiri, Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad.[/ba ...

Minta maaf, saya bukan hendak berdebat dengan tuan.  Harap maklum.

Sekiranya setiap persoalan hendak dituju kepada individu tertentu sahaja, sebaiknya artikel artikel yang di C&P di alam maya di C&P oleh tuan punya artikel sahaja supaya senang nak tanya soalan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.087700 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list