saya jumpa 1 video ni ...
betul lah apa yang di katakannya , penyebaran bait bait lagu seharusnya disandarkan dengan kebaikan untuk memurnikan islam sebagai agama yang indah
i know hukum Islam ade tentang muzik ( alat muzik ) yg string based
Ustaz sy yg keras pendpt dia mengenai muzik kata termasukla piano yg klasik.
Dia pernah bercerita, guru dia boleh nmpk najis melimpah ruah keluar dr tv ketika ada sorang penyanyi wanita tgh menyanyi. Kita yg tercongok dpn tv terkenala jugak najis virtual ni.
Dia jugak pernah bercerita alunan music ala2 lagu negaraku yg slow tu adalah music yg dim dimainkan dlm majlis2 syaitan yg org biasa tak nmpk. Mcm yg dimainkan church atau classic orchestra.
Begitu jugak bunyi2 penonton distadium semasa sukan sama seperti grammy award bila iblis2 ni dpt award sesatkan manusia.
Yg agak selamat set2 gendang kompang, tu pun ada khilaf dan kena berhati2 spy tiada elemen haram.
mbhcsf posted on 10-10-2014 02:50 PM
Yg seruling dan string based ni ...boleh disertakan dalil naqli atau aqli?
Sorry, sy takde dalil2 tu sb benda ni dibincangkan secara off hand bila kariah sy bertanyakan ustaz ni bab ni . Pd waktu tu ada pihak yg setuju dan ada yg tak setuju bawak kalangan artis2 insaf ke surau sebagai promosi menggalakkan kariah ke surau. Kena waktu tu ajk dok berangan nak bwk sham kamikaze dan guitarnya. Last2 sham kamikaze datang tanpa gitar dan itulah jemputan terakhir utk artis2 insaf.
Satu yg sy ingat ustaz cerita, asal usul seruling tu dicipta iblis sebagai membuang masa sebab depa mati kutu nak sesatkan nabi adam. Begitu jugak diasaskan pd hadith yg dimana aisyah dimarahi saidina abu bakar ketika rasulullah tgh berehat. Dimana music tertentu dan nyanyian budak2 perempuan taraf hamba hanya diharuskan waktu raya.
mbhcsf posted on 10-10-2014 02:50 PM
Yg seruling dan string based ni ...boleh disertakan dalil naqli atau aqli?
Today is your lucky day. Pagi tadi semasa ustaz tgh mengajar hadith berkenaan zikrullah, someone popped up a question on music and musical instruments. Ni tak masuk sgt bab nyanyian.
Secara amnya, nak ada music kena ada alat muzik. Maka kalau nak tau muzik aka melodi tu harus ka haram ka kena tengok alat muzik. Antara point ustaz tadi:
1. Ustaz ada quoted beberapa ayat alQuran yang mengharamkan alat muzik. Bab ni klu guna terjemahan takkan jumpa punya. Kena berguru bab asbabun nuzul dan tafsir ayat quran. Antara maksud ayat yg diquote, "nyanyian yg disertakan alat muzik yg melekakan dari ingat Allah".
2. Hadith sahih berbunyi lebih kurang "Aku diutuskan Allah untuk menghapuskan alat muzik", menjadi dalil kuat alat2 muzik diharamkan dan tidak seorang pun sahabat bayinda dan para salafussoleh ada skill bermain alat muzik, menjadikan amalan or hobby, tidak jugak mempromosikan alat2 music dan melodius stuffs. Ada satu hadith lg disebut "...sebarkan pernikahan, buat di masjid & dufur (sorry x sure spelling). Kata ustaz dufur ni sejenis gendang yg ada satu jenis bunyi ie, klu dia keluarkan A minor, ketuk kot mana pun dia ttp keluar A minor. Takkan bunyi flat ka sharp ka etc.
3. Diceritakan, semasa zaman sebelum jadi nabi, sekiranya ada perayaan atau parades yg melibatkan alat music dan nyanyian Allah pelihara telinga Rasulullah dgn menidurkan baginda.
4. Abdullah bin Massoud menceritakan, apabila Rasulullah berjalan2, sekiranya terdengar seruling yg masa tu commonly played by shepherd s, baginda akan menutup ke d ua belah telinga.
5. imam Syafie dan Imam Ghazali mengharamkan alat muzik. So you know where pengikut Mazhab Syafue should stand from these 2 stands. Cuma, yg dibenarkan imam Ghazali ialah seruling ketika berperang.
6. Ustaz bercerita kisah sorang syeikh taraf wali yang stationed di Masjidil Haram pada zaman org masih bertawaf duduk atas unta. Wali ni kasyaf dan dapat melihat malaikat. Jadi, ibadah tawaf ni dikira majlis zikrullah, maka sepatutnya malaikat berpusu2 nak join sekali. Tetiba, satu2 malaikat zup-zup naik ke atas mcm permata. Si wali ni pun perhatikanlah sekeliling, apa yg menyebabkan malaikat2 majlis zikrullah ni cabut dari situ. Rupa2nya ada seekor unta yg dilehernya tergantung loceng2 yg mengeluarkan pelbagai melodi; ie menghasilkan muzik. Itulah sebabnya.
7. BTW, cerita mengenai asal usul alat muzik oleh iblis tu adalah dari AlHakim Al Trmizi. Ustaz x sebut pulak kitab mana. Menurut ceritanya selepas iblis diturunkan ke bumi, dia pun beranak pinak. Satu hari anak2 iblis rasa boring dan pi mengadu pd ayah mereka macam mana nak menghiburkan diri. Ketika di syurga ada bunyi music, maka bapak iblis pun menggunakan pengetahuan dia masa di syurga, ajar anak dia buat instrument. Anak pertama disuruh cari pokok tebang, adjust sikt, jadi drum. Anak kedua pun nk join jugak, maka bapak iblis kata hang buat lubang angin dan tiup maka jadilah seruling. Mai anak lain, disuruh tambah tali sebegitu sebegini jadilah gitar. Maka tertubuhlah band pertama di bumi yg dianggotai anak2 iblis dgn instrumen muzik pertama di dunia.
well..cool explanation boleh plak anak anak iblis kate : daddy i am dead board walhal dah jahat berapi , kan? hmm...you make me smile a bit cayalah cara tulis
Post time 12-10-2014 08:15 PM
Pengajarannya:
1. Semua ulama sepakat alat muzik yg be rasa zmn Rasulullah dan bercirikan alat2 muzik zmn itu (seperti bertali dan jenis seruling) adalah haram.
2. Ulama ada berkata kalau terima in sangat naik main music main alat2 music yg mainkan satu note je. Mcm dufur tu atau ketuk buluh mcm org kadazan main lompat Antara buluh tu. Klu nak main piano, kena piano tu ada satu key je.
3. Hukum asal alat muzik tidak berubah. Yg khilaf ialah alat muzik yg di keluarkan oleh software computer. According to the ustaz ada geng nasyid yg nk elak Hukum haram depa mix music depa guna computer mcm ni. Hak ni je yg khilaf. Yg bertali dan ala seruling etc dh clear haram.
4. TETAPI umat2 akhir zaman je tukar hukum dan ikut suka buat fatwa tak ikut kaedah betul. Contoh, Syeikh alQardhawi yg pioneer dalam melonggarkan hukum berkaitan muzik. Menurut ustaz ni, kita tak boleh ikut ulama yg bukan mujtahid dan tak bermazhab seperti syeikh ni.
Dalam Al Quran takdak kata muzik itu haram...yang haram nya ialah haram2 jadah yang mereka2 dlm al quran tu ada ayat yang mengharamkan muzik...masa zaman nabi kat arab takdak string instrument....so camna nabi nak haramkan string instrument...string instrument later saja masuk dlm islam bila ia tersebar ke india dan iran.nabi pun dah meninggal time tu.Fret kat uitar tu org islam spaIN yg ci[ta...bahasa arab nya ialah frada.
1. Tanah Arab ni dah wujud sebelum Islam lagi. Pagans spt most Bani Quran sy, puak2 kristian dan yahudi dah lama bertapak di Tanah Arab specifically di Mekah dan Madinah. These 2 places dah lama jadi pusat perdagangan, budaya. Jangan tak tau pulak yg kaabah tu dah lama wujud sebelum nabi lahir dan ramai menunaikan haji versi masing2.
2. String instruments macam harp or versi guitar kuno dah lama wujud sebelum biblical era lagi. Firaun2 suka music bertali ni.Cek hieroglyphs kat muzium di Mesir klu belum sampai ke pyramid. Google pun boleh. Tu tak cerita lagi kerajaan2 kuno babylon sekeliling tanah Arab lagi tu.
3. Guna logic akal x mustahil musicians and seniwati2 ni di import or export utk buat show walau travel atas unta saja. Tak kira lagi individu2 korporat kabilah arab yg ada theatre depa sendiri.
4. Nak di jadikan cerita, setelah kerasulan Muhammad dan waktu tu khamar belum diharamkan, terjadilah peristiwa ketika ketika sekumpulan kaum Muslim dlm perjalanan pulang, depa di jemput seorg syeikh ni ke rumah sebab ada biduanita khas sedang buat show dgn pelbagai alat muzik. Dan peristiwa ini menjadi asbabun nuzul pada dalil pengharaman muzik, alat muzik berkaitan, penyanyi wanita etc.
5. Since saudara shaaz familiar dgn alQuran pasti sedara boleh cek asbabun nuzul ayat alQuran dan kepelbagain tafsir ulama.
6. Seperti sy rekodkan sahabat dan salafussoleh takde yg pro music and its element jadi selepas zmn ni tak mustahil ada pihak yg gagal ikut sunnah Rasulullah.
baulu posted on 12-10-2014 04:44 PM
1. Tanah Arab ni dah wujud sebelum Islam lagi. Pagans spt most Bani Quran sy, puak2 kristian dan yah ...
string based music like harpsichord dah wujud dah lama ...
memang ada sarjana ilmuwan Islam yang menyumbang kepada pengetahuan muzik
- muzik atau acoustic - adakah ini perlukan pentakrifan semula
sebab al farabi ke sapa ke pernah cipta alat muzik like gambus ( but then ia tak string based), qanun etc ...
dan Puan ada access kepada buku buku tokoh tamadun islam ke tentang alat muzik ?
sebab nak tengok apa bentuk sumbangan ilmuwan Islam kepaad muzik dari segi KNOWLEDGE BASED ke dari segi manifestasi muzik itu ?
saya ada membaca tokoh muzik dalam era kerajaan Islam tu tapi depa bukan dalam erti kata sebenar buat orkestra ke buat sonata or aria , like mozart etc etc tu semua yg zaman renaissance tu..
tapi depa kepada pengetahuan note muzik melodies - you see depa kaji ritma/rhythm , melodies dan tones...pitch yankni pada acoustics , bunyi - part of kuantiti physics ...
tapi masalahnya org Islam sendiri yg dok manifest muzik as nyanyian la sahaja tanpa yg nak buat kajian ilmu tentang acoustics ...sains bunyi
tu lah kita orang silam ni suka benda yg mudah mudah goyang kaki ...tak jenuh pikiaq macam tu aah.... tang hujung hujung melalak nyayi kita akan involved pada keasa hiliran bukan penyumbang..
ada PDF zulkifli hasan - dunno who this guy is actually.
Alhamdulillah wassholatu wassalam 'alaa rosulillah, amma ba'du;
Maaf, mencelah secara tiba-tiba. sekadar ingin memberi pencerahan. Saya nukil secara ringkas dari kitab ibnu qoyyim al-jawziyyah yang bertajuk "kasyful ghitho' 'an hukmi samaa'il ghinaa" (membongkar tutupan tentang hukum mendengar nyanyian). Dan ini adalah petikan dari perkataan ibn katsir asy-syafi'e rohimahulloh:
Al-bukhori telah meriwayatkan hadits dalam shohihnya dari 'abdurrohman bin ghonim al-asy'ari, dia berkata: telah menceritakan kepadaku abu amir atau abu malik, demi Alloh, dia tidak berdusta kepadaku bahawa dia mendengar rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud): "Akan muncul di kalangan umatku nanti beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khomr (minuman yg memabukkan) dan al-ma'azif (alat-alat muzik)."
'Abdulloh ibn mas'ud (semoga Alloh meridhoinya), cukuplah bagi kita kedalaman fiqih dan ilmu beliau, amal serta nasihat beliau, berkata: nyanyian dapat menumbuhkan benih kemunafiqan sebagaimana musim bunga menumbuhkan tanaman.
Ucapan ini berkait dengan firman Alloh yang bermaksud:
"Dan di antara manusia (ada) orang yang menggunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Alloh..." (luqman: 6)
'Abdulloh ibn mas'ud berkata: demi Alloh, maksudnya adalah nyanyian.
Diriwayatkan juga oleh imam at-tirmidzi dan yang lainnya, sebuah hadits yang menyebutkan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan para biduanita dan penegasan bahawa wang penghasilan mereka adalah haram hukumnya.
Adapun menjadikannya sebagai alat mendekatkan diri kepada Alloh dan sebagai ajaran agama yang dijalankan untuk meraih pahala, maka itu adalah bid'ah yang sangat keji, tidak ada seorang nabi pun yang mengatakan sedemikian. Dan tidak pernah sama sekali diturunkan dalam kitab-kitab suci dari langit. Bahkan hal itu sangat menyerupai dengan orang-orang yang diceritakan Alloh subhanahu wa ta'ala (yg bermaksud):
"Dan tinggalkan orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai mainan dan senda gurau,..." (al-an'am: 70)
Juga dalam sebuah hadits shohih diriwayatkan oleh muslim dalam shohihnya disebutkan bahawa rosululloh shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda (maksudnya): "Loceng itu adalah seruling syaithon"
selesai penukilan, semoga bermanfaat walhamdulillahi robbil 'alamiin Last edited by irbadh on 13-10-2014 07:49 PM
mbhcsf posted on 12-10-2014 07:25 PM
haa...yup alhamdulillah.
rezeki ...
Personally, kalaulah fatwa local kita turut mengambil pendapat Dr YQ secara pendapat yg kuat, sy jadi cautious dan cek dgn ustaz sana sini. Masa saya mula2 nak ambik tahu ilmu2 agama, saya berpendapat pendapat 'alternative' yg tak mainstream dan liberal Dr YQ amat cool. Tapi lepas saya start ikut pengajian dari pelbagai ustaz yg mempunyai cara mengajar berlainan, saya seriyau even nk pegang buku2 karya Dr YQ. Dah baca Fiqh Allawiyat?. Bila saya berguru dgn ustaz2 tasawuf, lagi la...... I'd rather stay on the safe side ie mazhab2 yg 4 dari ikut mazhab baru. My academic background bukan agama jadi sy jadi follower je.
WRT to Al Tantawi dan Azhar Al Syarif, nasihat seorang ustaz bekas pelajar Azhar ASyarif pd amnya, berhati2 dgn apa yg disebarkan melalui media. Al Azhar ASyarif adalah 'kiblat' ASWJ. Jadi ulama2 disini insya allah stick pd mazhab yg 4.
mbhcsf posted on 12-10-2014 07:48 PM
string based music like harpsichord dah wujud dah lama ...
memang ada sarjana ilmuwan Islam yan ...
Hahaha..... no, I'm now not into music. My interest yg bertahap global has been landscape architecture for quite some times already. So, I dont own any books on musics, wpun mak saya mungkin masih simpan my piano musical notes dan gambar2 saya dlm brass band main saxophone.
Let's just say umat selepas rasulullah wafat, same day dah ada yg murtad. But at least zmn sahabat yg pernah berjumpa dgn rasulullah adalah contoh terbaik klu nk dijadikan contoh, termasuk lah para tabiin. Manusia mungkin islam atas nama tp tak semestinya dia ikut hukum 100%. To say seorg islam, sebab nama dia arab sound, berasal dr negeri berpadang pasir, tak semestinya dia mampu bagi contoh terbaik pd muslim yg lain.
Sy masih ingat, kata2 seseorg, klu Allah nk kita kaji sesuatu secara detail, lihat dlm Al Quran sama ada Allah sebut kalimah tu dlm positive notes. Contohla, dinosaurs. Org2 alim kata, buat apa buang masa kaji dinosaur yg Allah tak mention pun. Klu pentingnya ilmu tu dh tentu disebut dlm Al Quran dan Rasulullah. Lebih baik belajar pasal bulan bintang, international relation dari dok korek tulang dinosaur semata2 nk display kt museum. Same thing like music, kalau patut dikaji dh lama Allah sebut dan double-confirmed dgn rasulullah yg main alat music waktu lapang dari naik kuda berpanah etc.
You may study sounds, but not necessarily turn it to make musical instrument. Macam la ni, org study sonic sb nk cari kat mana ada ikan byk or even bangkai plane crash.