Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang
agak terpencil. Sedang seronok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat
ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan
kereta berdekatan dengan budak tadi.
‘Fasal apa adik menangis’, tanya Razi.
‘Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong,’ pujuk Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, ‘Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan
tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi
sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada
laa.’
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.
|