CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zulkifleerahman

Dosa ke derma untukbangun gereja?

[Copy link]
Post time 16-10-2014 03:40 PM | Show all posts
mnm77 posted on 16-10-2014 12:20 PM
Khusyuk dalam solat tu CIRI-CIRI orang yang beriman... yang mana menunjukkan beriman pada rukun-ru ...
Khusyuk dalam solat tu CIRI-CIRI orang yang beriman... yang mana menunjukkan beriman pada rukun-rukun Iman yang 6.

Kalau tak percaya Allah, tak percaya Rasul, tak percaya Kitab Allah, masakan boleh khusyuk dalam solat?
Kalau tak khusuk maknanya tak beriman, kafir!!! kan??????

Jadi kalau para sahabat pun banyak yg tak khusuk tu, semuanya pun kafir la kan???
Saya TAK NAFIKAN AYAT ALLAH, itu salah faham tuan.

Pasal Yahudi, Nasrani yang beriman tu tu dah saya sebut berdasarkan tafsir, bukan saya nafikan. Sila baca balik apa yang saya tulis.
Jika mengaku beriman dengan ayat dan firman Allah, kenelah beriman sebenar benarnya beriman, ni beriman bersyarat berdasar tafsir la pulak???
.
Kafir ada banyak kategori, tapi tiada lapisan/cabang. Semua yang kafir tu samada TIADA IMAN, atau TERTOLAK IMAN. Setiap yang kafir dan kekal sebagai kafir, tidak akan masuk syurga.

Sedangkan IMAN ada banyak LAPISAN/CABANG, orang Islam yang paling rendah, ada Iman yang paling kecil atau lapisan yang paling rendah, akhirnya dia akan masuk Syurga walaupun terpaksa masuk neraka dahulu....

Para Nabi dan Rasul merupakan antara manusia yang paling tinggi lapisan IMAN kepada Allah.
Kafir tu jelas, orang yg tidak percaya, tak kiralah tak percaya walau satu baris ayat Allah(quran dan kitabnya yg lain), atau tak percaya hari akhirat, atau tak percaya Allah dan sebagainya yg dalam rukun iman tu.

Dan beriman tu percaya, walau satu pun dari cabang rukun iman tu, maknanya adalah jugak kepercayaannya, yg paling tinggi ialah kepercayaan pada Allah dengan mengucap kalimah Laillahaillallah


Orang yg beriman atau islam tapi engkar perintah Allah, melakukan dosa yg terang terang dah Allah beritau hukumannya kekal dineraka, ye kekal dineraka, takkan Allah nak bohong pulak? dan takkan kita memandai nak beri pelepasan pada mereka tu seolah kita yg jaga neraka tu???

Setuju, para nabi dan rasul merupakan manusia yg paling tinggi kepercayaan@imannya pada Allah, sedangkan kita entah mingkin diperingkat yg terendah.
ITU SALAH FAHAM TUAN. Tak khusyuk dalam solat bukan bermaksud kafir, tak khusyuk tu BUKAN CIRI-CIRI MUKMIN, akan tetapi dia masih Islam
Tak beriman atau belum beriman maknanya kafir, tapi kafir peringkat yg mana bergantung pada apa yg tak dipercayainya tu. Dan tuan berulangkali menyatakan bahawa ciri orang beriman ialah yg dalam surah Almukminun tu, yg utama iaitu orang yg khusuk dalam solatnya, jelas menunjukkan selain itu adalah tidak beriman, kafir!!! itu yg tuan jelaskan tapi saya guna bahasa agak kasar sikit, biar jelas!!!
Sila BERI dalil tuan pasal musyrik yang beriman. Kalau 'musyrik' berimankan Allah sebagai satu-satunya tuhan, tidaklah dipanggil musyrik. Kalau juga percaya pada tuhan-tuhan lain, tu dipanggil musyrik. Bagaimana musyrik boleh dikatakan beriman sedangkan dia ENGKAR, TAK BERIMAN pada kebenaran Kalimah Tauhid LAA ILAHA ILLALLAH?

Sampai sekarang tuan masih pertikai dengan berpuluh-puluh soalan yang saya dah jawab berkali-kali, tetapi satu soalan saya yang saya tanya berkali-kali untuk membuktikan dakwaan tuan tu benar, sampai sekarang BELUM TERJAWAB
Saya dah berikan dalil, tapi tuan tak berimankan dalil tersebut
Kalau berimankan Allah sebagai satu satunya tuhan, ye tak dipanggil musyrik! atau syirik!! macam tu mudah pun tuan blurr?????Kalau berimankan Allah satu satunya tuhan, tentulah menyebut kalimah Laillahaillallah, tiada tuhan selain Allah, iman yg tertinggi! Kalau orang yg berlaku syirik tu tuan tanya, dia percaya tak Allah tu tuhan? dia tentu akan jawab percaya!!! kalau dah percaya, tuan kata dia tak percaya pulak??? tuan bukan dia, dia bukan tuan!!!

Sekali lagi, mengucap kalimah Laillahaillallah  tu ditingkatan iman yg mana??? habis lapisan iman yg lain tu tuan nak buang kemana????




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 04:19 PM | Show all posts
mnm77 posted on 16-10-2014 12:43 PM
Memang ayat tu dah JELAS pun, kenapa tuan TOKOK TAMBAH ayat Allah sehingga mengubah makna asal aya ...
Memang ayat tu dah JELAS pun, kenapa tuan TOKOK TAMBAH ayat Allah sehingga mengubah makna asal ayat tersebut? Kemudian TUDUH saya pusing pula?
Tuan yg pusing, dah jelas ayat tu kata berjayalah orang yg beriman itu iaitu yg khusuk dalam solatnya! dan tuan secara yakinnya mengatakan itulah antara ciri ciri orang beriman, maknanya apa???bukan  tuan bermaksud orang tak khusuk dalam solat adalah tidak@belum beriman, (kafir)!!!
Ayat tu dah sebut MUKMIN BERJAYA.... kemudian diikuti CIRI-CIRI MUKMIN..... bagaimana yang dikatakan MUKMIN itu... susah sangat nak faham?

Kenapa perlu ubah dan SELEWENG makna?

Kenapa tuan yang PUSING pula? CUBA LETAK TERJEMAHAN SATU PER SATU


قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

قَدْ =
أَفْلَحَ =
الْمُؤْمِنُونَ =

Apakah makna قَدْ ?

Kenapa tuan berpusing-pusing tanya soalan dengan ubah ayat tanpa berikan TERJEMAHAN di atas?
Ayat tersebut secara jelas menyebut, berjayalah mukmin itu , iaitu yg khusuk dalam solatnya,  dan itulah pegangan tuan sebagai antara ciri ciri mukmin, kan?? yg tak khusuk maknanya bukan mukmin, atau belum mukmin, bukan mukmin dipanggil apa??? kafir!!!

Mukmin lawannya kafir

Sedangkan saya berpuluh kali kata sesiapa saja yg percaya Allah dan hari akhirat adalah mukmin juga, walau bukan islam, cuma entah mukmin diparas yg mana
Memang MUKMIN tu dah sah-sah ISLAM, dah banyak kali saya sebut yang mana tuan tak tak boleh terima lalu timbul SALAH FAHAM.

Yang saya kata tolak ayat tu sebab tuan CIPTA istilah ada MUKMIN berjaya, ada MUKMIN gagal/celaka. Mana dalilnya? Walhal jelas ayat tu membawa makna MUKMIN berjaya.
Mukmin tu sah sah islam??? mana dalil Allah atau nabi beritau setiap yg mukmin mesti islam??? Kalau tuan guna dalil orang beriman vs ahli kitab tu, memang la tak kene, sebab ahli kitab pun beriman dengan kitab mereka, beriman pada Allah, kalau tak beriman pada kitab, mana mungkin mereka Allah gelar ahli kitab???

Semua Orang yg mengerjakan solat tu mukmin atau tidak tuan??? kalau tuan kata belum mukmin sebab belum khusuk, mengapa mereka mengerjakan solat?? dan kalau mereka lalai atau leka dan tak khusuk dalam solat,  tak celaka lah ye??? Allah salah beritau dalam Quran la tu kan???
Saya minta tafsir bukan kata Nabi perlukan tafsir (tuan ada banyak salah faham), yang saya maksudkan, ELOK TUAN BAWA TAFSIR untuk menyokong hujjah tuan. Dalam Al-Quran ada perintah BERTANYA KEPADA YANG AHLI (berilmu).
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasaara (Nasrani) dan orang-orang Saabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Ayat tersebut samar samar ye tuan??? memerlukan tafsir, kene bertanya kan yg ahli,(tuan la konon yg ahli tu), sebab apa ye??? kat mana yg samar tu???
Itu lah masalahnya tuan tak mahu rujuk tafsir ayat tu.... adakah tuan ingat kaum-kaum tu semua KAFIR belaka sebelum kerasulan Nabi Muhammad? Lalu bolehlah tuan berhujjah dengan istilah KAFIR yang BERIMAN dari ayat tu? Itu salah faham, sebab tu kena rujuk tafsir.

SESIAPA SAHAJA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH, dari kalangan umat terdahulu ( disebut Yahudi, Nasrani, Sabiin....), bukannya disebut sesiapa yang kafir.... jangan salah faham....

Sedangkan Ahli Kitab ada yang KAFIR, ada yang BERIMAN.... (dalil Al-Quran)

Ayat tu merujuk kepada sesiapa sahaja Ahli Kitab yang BERIMAN pada ALLAH... juga yang bukan dari kalangan ahli kitab pun, sesiapa sahaja yang beriman pada ALLAH, serta amal soleh, tak akan berduka-cita

Banyak kali dah saya ULANG-ULANG-ULANG-ULANG-ULANG.... tapi tuan masih kata saya tolak ayat tu. Saya minta dalil MANA DIA KAFIR yang tuan kata beriman?

Bukan 2 kali saja saya ulang... dah BANYAK KALI...
perkataan dari kalangan umat terdahulu tu tuan ambik dari mana??? sampai 2 ayat yg sama makna pun perlu nak rujuk tafsir lain???

Ahli kitab(dizaman nabi Muhammad) ada yg kafir dan ada yg beriman, apa maksud kafir dan maksud beriman disitu?? kafir pada apa? adakah kafir pada kitab AlQuran atau kafir pada Allah????

Tuan dah setuju, iman tu banyak lapisan, ayat tersebut ditujukan iman kat lapisan yg mana tuan???


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:02 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 16-10-2014 12:44 PM
Tuan beretorik dgn perkataan tak semua org muslim itu beriman dan tak semua yg beriman itu muslim  ...
Tuan beretorik dgn perkataan tak semua org muslim itu beriman dan tak semua yg beriman itu muslim yer?

Atau islam itu satu bahagian, iman itu satu bahagian lain dan ihsan itu pula satu bahagian yg lain? Dgn kata lain pintu iman atau/dan ihsan boleh sahaja dilalui tanpa melalui pintu islam?
Tak semua orang muslim tu beriman ada dalam firman Allah

Allah jelaskan "Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".Hujurat 14

Islam satu bahagian, iaitu agama, sedangkan iman tu pula adalah bukan agama, tapi kepercayaan dan kepercayaan pada yg digariskan dalam asas keimanan itu biasanya melalui rasul rasul atau kitab kitab Allah



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:16 PM | Show all posts
mnm77 posted on 16-10-2014 12:49 PM
Kat mana yang saya nafikan pasal cabang/lapisan iman? Lagi tuduhan SALAH FAHAM tuan....

Tuan se ...
Kat mana yang saya nafikan pasal cabang/lapisan iman? Lagi tuduhan SALAH FAHAM tuan....

Tuan sendiri kata ada musyrik yang beriman...  

Sekarang saya tanya bagaimana musyrik yang TAK BERIMAN dengan cabang iman YANG PALING UTAMA:
LAA ILAHA ILLALLAH

.... tuan boleh kata ada musyrik yang beriman pula?

LAA ILAHA ILLALLAH tu makna apa?  Sila jelaskan, kemudian beri dalil dan hujjah tuan.

Mudah saja soalan saya...
Iman adalah percaya,

musyrik beriman pada Allah, tapi dalam masa yg sama dia menyekutukan Allah dengan lainnya, ada yg menyekutukan Allah dengan duit, dengan berhala, dengan pemerintah, dengan guru, dengan taghut dll

Berimannya musyrik bukan diperingkat tertinggi iaitu ucapan Laillaha illallah, mereka tidak menyebut kalimah tersebut kerana mereka percaya ada tuhan selain Allah. Adakah saya ada beritau tuan yg musyrik tu mengakui kalimah Laillahaillallah??? tak de kan, tapi adakah mereka tak berimankan(percayakan) Allah???

Jadi, kalau mereka tidak menyebut kalimah Laillahaillallah, adakah menunjukkan mereka tak percayakan/berimankan Allah???

Jika tuan kata, setiap orang beriman mesti menyebut kalimah Laillaha illallah, itu diperingkat iman tertinggi, so mana tuan nak letakkan iman yg 60 lebih lapisan tu??? atau tak percaya langsung hadis tu???

Al Ankabut 63
"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad): Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)."

Lukman 25
"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik). "

Masih tak percaya pada dua ayat tersebut diatas???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 07:24 PM | Show all posts
hantukiller posted on 16-10-2014 05:02 PM
Tak semua orang muslim tu beriman ada dalam firman Allah

Allah jelaskan "Orang-orang "A'raab" b ...

Ah-haaa, masa saya reply tu saya teringat tulisan Dr MAZA dlm FBnya menghurai tentang "saabien", tapi dah lama dah.

Melalui kefahaman saya & memori, point yg Dr MAZA raise tu ada yg menyamai maksud some points yg Tuan tuliskan. Then ada 1 reply follower Dr MAZA  yg menyanggah kefahaman / tulisan Dr MAZA. Saya suka huraiannya dan anggap point dia lebih kuat. Nak cuba cari tadi tapi tak tau nak pakai keyword apa.

Sayang saya tak mampu nak reconstruct perkataan tu utk taip kat sini, anywhere, tiada pun tak apa. :-)

Saja nak respon kat topik, kalau kita hanya org biasa, apa maslahatnya nak bantu buat gereja? Kalau kita tokoh masyarakat atau pemimpin atau pemerintah ada jugak logiknya nak bantu kerana dalam sejarah islam sepanjang perang salib ada tercatat tentang pemimpin islam yg membantu atas kapasitinya sebagai pemimpin masyarakat ketika itu. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 10:17 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 16-10-2014 07:24 PM
Ah-haaa, masa saya reply tu saya teringat tulisan Dr MAZA dlm FBnya menghurai tentang "saabien", t ...
Saja nak respon kat topik, kalau kita hanya org biasa, apa maslahatnya nak bantu buat gereja? Kalau kita tokoh masyarakat atau pemimpin atau pemerintah ada jugak logiknya nak bantu kerana dalam sejarah islam sepanjang perang salib ada tercatat tentang pemimpin islam yg membantu atas kapasitinya sebagai pemimpin masyarakat ketika itu. Sekian
"Mereka akan bertanya kamu tentang apa-apa yang mereka belanjakan. Katakanlah (Muhammad): "Apa jua yang baik yang kamu belanjakan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, pengembara dan apa jua kebaikan yang kamu lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui".Baqarah 215

Allah maha mengetahui niat kita, katalah sami budha datang pada kita hulur mangkuk, patut tak kita bagi derma? sedangkan kita tak tau untuk apa duit tu akan digunakan, mungkin untuk dia guna untuk makan, untuk pakaian, untuk bantu manusia lain, untuk bangunkan rumah ibadat mereka, untuk kembangkan agama mereka(tapi budha manalah kembangkan@dakwah agama mereka kan) segalanya berkemungkinan!

So, katalah dia nak bangunkan rumah ibadah mereka, ada tak kebaikannya pada mereka??? pada kita?? setiap satu perkara tu mesti ada baik dan ada buruknya, so kalau mereka buat rumah ibadat mereka, tak la mereka menumpang untuk beribadat kat mesjid atau surau kita, kan dah berlaku kat Sedeli Johor tu! tapi jangan la ikut kata aku ni, ni cuma fikiran aku je Kalau kita pemerintah pulak, dah la duit cukai kita ambil dari mereka, takkan depa nak guna untuk kebajikan mereka sikitpun kita tak bagi, bukan pemerintah yg adil la kita tu namanya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2014 10:50 AM | Show all posts
Ni pandangan aku tentang kafir vs iman

Bersandarkan Hadis nabi tentang lapisan iman 70 lebih tu, yg paling tinggi ialah yg beriman pada kalimah Laillahaillallah, banyak lapisan iman bawahnya yg tak sampai beriman pada kalimah Laillaha illallah.

Rukun iman 6, rukun islam 5, Islamnya manusia tu jika dia sebut kalimah laillahaillallah, iaitu rukun islam yg pertama. Ini menunjukkan sesiapa yg menyebut dan meyakini kalimah Laillahaillallah tu dah berada dilapisan iman tertinggi. Dan dilapisan iman yg tertinggi ni pula pun berbagai peringkat lagi, ada juga yg masih lum beriman pada semua rukun iman tu, ada yg beriman sebahagian, ada yg beriman hanya satu dua saja terutama pada Allah dan hari akhirat.

Katalah kita yg dah mengucap kalimah Laillaha illallah dengan sepenuh jiwa, tapi dalam masa yg sama kita masih ada ketidak percayaan pada apa yg Allah beritau dalam kitabnya, hilangkah iman kita? tidak berimankah kita??

Bagaimana pula kalau kita melakukan perbuatan yg Allah larang seperti makan riba, membunuh jiwa yg tak berdosa, makan harta anak yatim, sihir, dsb???? hilangkah iman kita???


Katalah pula kita yakin sebenar benarnya segala rukun iman terutama apa yg tertulis dalam kitabNya, tapi ada beberapa perkara dalam kitab tu kita tak percaya(kafir), adakah kita kafir? adakah kita beriman? atau iman kita dengan kafir kita sebahagian sebahagian???

Contoh mudah Allah beritau, :
Iblis tu Allah yg menyebabkan@menjadikan dia sesat, tapi kita tak percaya, kafir kah kita??? atau kita masih tergolong dalam golongan orang beriman???
Allah beritau, celakalah orang(beriman atau belum beriman) yg bersolat,  iaitu yg lalai(tak khusuk) dalam solatnya, tapi kita tak percaya, kafirkah kita??
Allah beritau sesiapa makan riba secara berterusan balasannya kekal dineraka, tapi kita tak percaya, kafirkah kita?
Allah beritau, sesiapa yg makan harta anak yatim secara zalim, (sesiapa=tak kira siapapun dia) balasannya kekal di neraka, kita tak caya, kafirkah kita???
Allah beritau, sesiapa saja tak kira orang beriman(islam), yahudi, nasrani, saabiin yg beriman(percaya) akan Allah dan hari akhirat serta melakukan amal soleh, tiada kebimbangan bagi mereka diakhirat nanti, tapi kita tak percaya, kafirkah kita???

Sudah tentu kita kafir terhadap ayat Allah tersebut, tapi adakah kita kafir yg sebenar benarnya kafir?? sedangkan kita beriman kepada segala ayat allah yg selain dari perkara itu????? jawabnya kita masih dalam kalangan orang beriman, tapi kafir sebahagian ayat Allah


Tentang hadis, Nabi kata iman tertinggi tu yg mengucap kalimah Laillaha illallah(islam), tapi kita kata yg buat kerja mengalih rintangan dijalan tu mesti islam(ucap Laillahaillallah) baru ada iman, kalau tak ucap kalimah tu(islam) tak de iman, menunjukkan kita menyangkal hadis tu iaitu kita letakkan yg terendah ialah mengucap kalimah tu, kafirkah kita?? atau berimankah kita pada hadis tu

Waulohua'lam


Minta saudara saudara beri ulasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 11:19 AM | Show all posts
Salam tuan ghostbuster ,
Saya trtunggu jugak ulasan dari  yg ariff...tak pe lah ,saya cuba.

Al baqarah  3-20 ,allah berfirman tentang ciri ciri orang brtakwa(tak di sebut ISLAM)
Ciri ciri Orang kafir dan orang munafik.
Al maidah 3 ..allah redha islam sebagai agama manusia.

Sesaorang yg bersyahadah maka islam la dia dan jatuh la tanggung jawab melakukan
Perintah allah. Klau buat bertakwa ,tak buat atau skjap buat skjap tak buat, maka
Di kira fasik. Ini yg di katakan iman kekadang meningkat kekadang menurun.
Yg makan riba, harta anak yatim, bunuh org etc. kurang la iman mereka.

Kita sedia maklum , untuk mendapat kan syurga allah bukan lah dgn bnyak nya
Ibadah sesaorang tetapi dgn redha dan rahmat NYA jua. So...the FIRST STEP mesti
La bersyahadah dan jadi orang Islam( kerana itu la ugama yg allah redha)
Tak kira yahudi , nasrani etc ..mesti nak jadi islam dulu.

Lagi ciri org bertakwa ,allah terang kan mesti la percaya / beriman pada yg ghaib.
Orang jahiliyah ,org kafir pun beriman pada yg ghaib tapi tak islam = allah tah redha
Iman bukan setakat percaya pada allah dan hari kemudian aje.
Iman adalah mempercayai dgn hati ,di kuat kan dgn lidah dan di sempurna kan
Dgn perbuatan (tauhid uluhiyah) baru complete ,
Apalagi kaum jahiliyah  atau sesiapa aje la yg ada tauhid rubbubiyah tetapi
Mengada kan tandingan/ perantaraan dgn allah maka trbatal la iman mereka.

Saya lebeh cenderung mengatakan perbedaan pendapat tentang ayat ayat allah
Di antara kita semua..bukan tak percaya atau menafikan. Para ulamak dar dulu
Hingga sekarang masih trdapat perbedaan pendapat. Selagi tak merosak kan
Aqidah tak kisah kerana ini sebahagian dari rahmat.

Tentang hadis nabi , saya berpendapat yg alih kan rintangan mesti la islam untuk
Di kira beriman atau setidak tidak nya org islam yg fasik. Orang ugama lain ... Macamana
Nak di kira beriman klau allah tak redha ugama mereka.

Wallahu alam.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2015 06:38 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 24-9-2014 01:13 AM
TT, saya seorang Buddha tapi benarkan saya jawab dari sudut seorang bukan Muslim ya?
Saya pernah me ...

line last mengingatkan es kepda mcd.Lol.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 06:40 PM | Show all posts
Haiya.apalah derma untuk kuil . Haihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2015 10:46 PM | Show all posts
Esmiria replied at 31-5-2015 06:38 PM
line last mengingatkan es kepda mcd.Lol.

Jom sayang kita pergi makan McD bersama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 1.025458 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list