CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6740|Reply: 12

Apa Hukum beli rumah lelong ?

[Copy link]
Post time 19-9-2014 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Assalamuaikum semua

saya nak tanya, apa hukum beli rumah lelong ?

sekiranya pemilik asal tidak redha rumahnya diambil orang lain secara lelong, apa hukumnya ?

adakah jika pemilik asal membuat pinjaman secara islamik atau konvensional mempengaruhi hukum orang lain untuk membeli rumah tersebut secara lelongan ?

harap dapat pencerahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 10:30 AM | Show all posts
Wa alaikum salam.

Melelong sesuatu asset adalah mengikut proses undang-undang dan keputusan untuk melelong adalah arahan mahkamah.  Sebelum dilelong, ada proses undang-undang yang melibatkan pemegang gadaian dan penggadai.  

Jadi tidak timbul masaalah samada pemilik asal redha atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 01:09 PM | Show all posts
Saya pernah tanya soalan ini kepada seorang ustaz yg juga orang kanan kepada tuan guru haji hadi awang,

Dia bermuzakarah dgn beberapa ustaz lain, dan dia memberitahu kepada saya - tidak digalakkan, ada unsur kezaliman sedikit sebanyak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukum membeli rumah lelong panjang ceritanya. Tuan Ibnur menjelaskan pada maksud undang2 dan sewajarnya bekas pemilik rumah memahami isi kandungan perjanjian.

Maka bila bekas pemilik rumah MELANGGAR PERJANJIAN, dari sudut agama, bekas pemilik rumah memungkiri janji. Org yg memungkiri janji termasuk dlm kategori golongan munafik. Soalan : Adakah golongan munafik diredhai Allah? So? Nak beli rumah lelong silakan JIKA mendatang kebaikkan kpd semua pihak. Bukankah tugas khalifah itu memakmurkan alam ini? Dan bukankah tugas hamba itu menyucikan diri?

Dari segi hukum : Harus. Jika rumah itu dijadikan asbab utk menambah kebajikan ukhrawi, maka dihukumkan WAJIB. Diharamkan kepada yg sedar diri beriman kpd Allah mendoakan keburukkan kerana diri sendiri yg menerima perjanjian sambil memungkiri janji.

Adapun kpd para mukmin, harap pihak2 zakat ALERT kerana para mukmin jika dalam keadaan bermasaalah melibatkan KESILAPAN LAMPAU, yg mana Allah kembalikan fitrah agama pada dirinya, yg ini PERLU DIPERHALUSI. Para mukmin pasti dibantu Allah jika mereka benar2 pada makna mendengar dan mentaati Allah.

Para mukmin TAK AKAN MENDOAKAN sesuatu yg buruk atas takdir yg telah ditetapkan olehNya. Jika kita buka Alquran, ada klausa membayar hutang pada makna zakat. So, carilah mukmin, dan nescaya mereka tidak memerlukan zakat.

Hehehehe. Pejabat zakat kena tahu, PARA MUKMIN ALLAH SWT TIDAK CIPTAKAN SEBAGAI PEMINTA ZAKAT. Mereka itu redha walaupun rumah mereka dilelong. Dan pupusnya para mukmin dizaman ini kerana dunia hari ini bersifat selfish (mementing diri sendiri). So tak hairanlah ramai para mukmin gagal mempertahankan title mukmin kerana tiada ruang utk bertaqwa.

So, beli ajelah rumah lelong itu. Nak susah hati tanya tok guru yg TAK PAHAM HUKUM buat apa?

Kita duduk di zaman penuh syubahat. Maka hukum asal membeli rumah lelong it syubahat. Pecahan kpd syubahat walaupun harus dan wajib, tetap juga akan ke arah haram atas faktor dunia dan juga masa.

Syarah saya maybe merapu sket. Jika ada kesalahan, sememangnya patut ditegur dan diperbaiki mana2 part yg salah itu.

Allah Itu Maha Pengampun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:08 PM | Show all posts
Kalau situasi mcm nie plak, ada kah kita salah atau tidak?

Kereta kena tarik sebab bayar bulanan tertunggak, Masa kena tarik tu nilai hutang 80k. Kereta kena jual by tender pada indicative price 80k. kemudian saya bid harga 40k (sebab condition memang value 40k). Bank agree jual. Adakah kita berdosa sebab bank memang akan tuntut 40k yg kurang tu pada pemilik asal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya nak tahu, kereta dan rumah tu kategori makanan ke? Jika bukan, ada masaalah ke jika kita mampu beli kereta lelong dgn harga itu dan bank setuju dgn harga itu?

Zaman Rasullullah pun ada lelong juga tak gitu?

Jika tanya dari perspektif duniawi, tak salah pun. Dari perspektif ukhrawi, salah satu dari syubahat pada makna wang kertas dan bukan pula kereta. Nak selamat, comvert RM jadi dinar emas dan trade dgn kereta kerana mengikut Sunnah Rasullullah. Maknanya bank kenalah sediakan dinar emas dan dirham perak utk kemudahan. Kurang2 ada gak pahala bagi pihak pembeli dan penjual. Bukan ke 1 kebaikkan 10 pahala? 1 kejahatan 1 dosa? Tak reti nak hitung pahala dan dosa ke?

Itu just susgestion. Rumah nak beli pun boleh buat gitu jugak. Cuma syarat utama tuan punya tubuh WAJIB PEGANG DINAR DAN DIRHAM itu. Sebarang bentuk elektronik TIDAK DIKIRA sebagai sesuatu yg sah kerana JELAS RIBA.

Saya dah kaji semua perkara ini sejak dulu lagi. So undang2 dunia hari ini tak benarkan trade guna dinar dan dirhamkan? So, lu org fikirlah sendiri kerana SAYA BUKAN PRESIDENT UNITED STATE OF AMERIKA k? Saya hanyalah penglipur-lara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekanisma ekonomi MACAM KACANG GORENG nak paham. Cuma org tak paham, kenapa saya tak mau usaha jadi kaya?

Kecian saya tgk org yg akan menganiaya diri sendiri. Jika kaya sambil diugut lebih BIJAK atau biar aje yg merasa diri bijak itu DIPIJAK?

Saya suka sampaikan kisah penglipur-lara aje. Bukan betul sgt ayat saya selama ini. Ada beberapa ekor kata saya sesat sebelum ini. Saya nak tahu, saya yg tersesat atau anda yg menyesatkan?

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya cadangkan, korang tunjuk post dekat para Sheikh yg paling handal di dunia ini kemudia tanya, BETUL atau SALAH? Apa nama tu Tuan Guru Hj Hadi? Kata aje org merapu diinternet bagi jawapan yg berbeza dari Tuan guru. Suruh dia KOMEN KAW KAW. Last2 nasihat saya, BUANG AJE SERBAN ganti songkok. Itu nasihat saya.

Saya selalu dgr komen Sheikh Imran Hosein. Try tunjuk post saya dan tanya dier, baju dia dibeli guna duit apa? Bukan apa, kekadang kena bagi slow down voice kerana ada perkara sensitif yg perlu dipelihara perihal (yakjuj dan makjuj). Kerana jawapannya TAK TEPAT LANGSUNG pada maksud negara kerana ianya hanya diketahui olehNya sahaja.

Wallah Hu'alam Last edited by Abangcute on 19-9-2014 11:33 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu soalan yg baik terbit dr hati yg ada perasan. Sesetengah manusia walau ilmu penuh dada kununnya bukannya peduli.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 10:53 PM | Show all posts
Perasaan tu memang sangat baik.  Walaupun begitu, kena lihat dari beberapa sudut.

Jika asset berkenaan tak dapat dilelong, dapat tak ia menyelesaikan masaalah penghutang?  Jika dapat dilelong, sekurangnya dapat mengurangkan 'jumlah perlu dibayar'.

macamana pun, dalam masaalah tunggakan hutang kereta dan rumah, ada perbezaan perjanjian kalau berlaku tunggakan.

Paling bagus sekali, sebelum berlaku penghutangan, eloklah kita buat penilaian sekadar mana kemampuan kita dan samada ia satu keinginan atau keperluan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:35 PM | Show all posts
contoh : jika seorang itu berhutang kepada bank RM100k , bank mengenakan bunga, jadi dia kena bayar RM200k

katalah dia sudah bayar selama beberapa tahun RM40k kepada bank, tiba-tiba pada tahun ke 5 contohnya, beliau tidak mampu membayar, dan bank lelong rumah dia

macam mana dengan duit dia yang berjumlah RM40k yg sudah dibayar kepada bank itu ? duit pun ambik, rumah pun lelong....tidak kah itu boleh dikatakan zalim ? apa pendapat tuan2 ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:22 PM | Show all posts
amirgo posted on 25-9-2014 02:35 PM
contoh : jika seorang itu berhutang kepada bank RM100k , bank mengenakan bunga, jadi dia kena bayar  ...
contoh : jika seorang itu berhutang kepada bank RM100k , bank mengenakan bunga, jadi dia kena bayar RM200k

katalah dia sudah bayar selama beberapa tahun RM40k kepada bank, tiba-tiba pada tahun ke 5 contohnya, beliau tidak mampu membayar, dan bank lelong rumah dia

macam mana dengan duit dia yang berjumlah RM40k yg sudah dibayar kepada bank itu ? duit pun ambik, rumah pun lelong....tidak kah itu boleh dikatakan zalim ? apa pendapat tuan2 ?
Sistem hutang sebegini bukan sistem islam

Semasa meminjam, peminjam telah bersetuju akan segala apapun syarat yg digariskan dalam perjanjian. Maksudnya dia pun dah setuju kalau tak mampu bayar, harta  tu akan kene tarik.

Katalah dah dilelong(kalau rumah biasanya harga akan lebih tinggi dari baki nilai pinjaman kecuali pinjaman yg ada penipuan harga masa pembelian). Pihak bank akan melelong dengan harga tertinggi, dan akan mendapatkan sebolehnya semua baki terhutang, jika ada baki, biasanya setelah tolak kos lelong dan mahkamah, pihak bank akan memulangkan bakinya pada peminjam. Zalimkah????

Jika takut pihak pemberi pinjam berlaku zalim, jangan sesekali meminjam, belilah dengan duit simpanan sendiri.

Waulohua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 12:17 PM | Show all posts
amirgo posted on 25-9-2014 02:35 PM
contoh : jika seorang itu berhutang kepada bank RM100k , bank mengenakan bunga, jadi dia kena bayar  ...

Pada pendapat saya, tuan beli rumah dan rumah tu tak pernah kena lelong.  Atau, tuan tak pernah beli rumah.  Atau, tuan beli rumah secara tunai.

Alhamdulillah syukur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.078881 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list