sesungguhnya kebaikan itu terlalu banyak ,bukankah dalam al quran ada menyebutkan yang bermaksud sesungguhnya kami telah menunjukkan kepada manusia itu dua jalan iaitu jalan kebaikan dan jalan kekejian ...inilah perspektif takrif dari surah al asr bahawa semua manusia itu semuanya dalam kelalaian kecuali dari mereka mereka yang berbuat kebaikan
hari ini saya nak berkongsi dengan kawan kawan semua , beberapa contoh yang baik yang boleh dikuti , antaranya
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.
2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.
3. Beli makanan khas untuk burung-burung dan lainnya seperti kucing yang banyak berkeliaran
4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin atau membeli mushaf al quran untuk dihadiahkan kepada masjid,kawan kawan kita atau kita cari rakan baru yang biasa terdapat dibuku buku majalah dan kita postkan mushaf al quran tersebut kepadanya. Atau kita simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti atau kita terserempak peminta sedekah,maka hulurkan lah sumbangan kepadanya
5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.
6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.
7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...
8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.
9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.
10.jika ternampak kat jalan raya ..ranting ranting kayu atau atau apa jua yang menghalangi jalan ..buang lah ranting kayu tersebut ketepi bagi memudahkan lalu lintas
11.jika ternampak orang melambai lambai hendak menumpang kenderaan kita , maka tumpangi lah ia
12. jika ternampak orang menolak motor yang kehabisan petrol di jalan jalan raya ...dermalah sikit petrol kepadanya
lain lain pandangan korang kalau ada ....
encikWawad posted on 11-9-2014 04:42 PM
kecil tapi besar~insyallah cuba buat sikit2
betul tu bro ...kita sesama manusia adalah sama ....
kita hidup dibumi ni bukan semata mata untuk diri kita sahaja ...diri kita ,orang lain , haiwan semua adalah saling melengkapi diantara satu sama lain..
11.jika ternampak kelibat orang hendak menumpang kenderaan kita , maka tumpangi lah ia <<<<< yang ini kena hati hati...dengan keadaan sekarang....takut gak nak saja saja tumpang orang.
إِنَّ سَعۡيَكُمۡ لَشَتَّىٰ
4.sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.
-ii. Sesekali bila teringat IbuBapa ..terutama yg dah meninggalkan kita, baca Al Fatihah & hadiahkan kepada mereka..juga doakan kesejateraan kepada Ibubapa kita.
Kadang2 tak sedar..hati kita bernyanyi ikut lagu tak apa2...kadang hati merepek , merewang ...just ambil seketika...buatlah yg dia atas....
endus posted on 14-9-2014 10:13 AM
ye ....betul bro ..
dalam dunia ni ada terdapatnya dua jalan iaitu jalan kebaikan dan jalan kekej ...
salam
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا
فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ
فَسَوَّٮٰهَا
13. Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu,
maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka,
lalu Allah menyama-ratakan mereka [dengan tanah]
semoga segala kebaikan itu d'terima Allah .. insyAllah amin ..
semoga d'anugerahkan takwa .. bukanlah fujur ..
saya tertarik benor dengan lagu chosen one dari maher zin berserta klip video yang menarik yang boleh kita ikuti , percayalah kawan kawan semua , kita hidup ni tidak lama , entah esok , entah lusa entah bila bila masa kita akan dijemput , jadi apa bekalan kita untuk menuju kesana
10.jika ternampak kat jalan raya ..ranting ranting kayu atau atau apa jua yang menghalangi jalan ..buang lah ranting kayu tersebut ketepi bagi memudahkan lalu lintas
kalau jenis yg ni
kena sembang sikit....................sikit jeeeeeeee
sebagaimana HADITH NABI:
IMAN ITU LEBIH DARI 70 TINGKAT
SERENDAH-RENDAH IMAN SINGKIRKAN RANTING DIJALANAN
SETINGGI TINGGINYA KALIMAH LAILAHAILLALLAH
eisshhhhhh,,,,,baru serendah-rendah iman yeeee
kalau bawah pada tu - maksudnya tiada iman le kot