CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2039|Reply: 15

Shalat jama' dan qashar

[Copy link]
Post time 10-9-2014 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 08:42 AM | Show all posts
mohon pencerahan...apa itu solat jamak dan apa itu solat qasar...yg saya tahu jamak qasar kombine..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 11:23 AM | Show all posts
Simunggu posted on 12-9-2014 08:42 AM
mohon pencerahan...apa itu solat jamak dan apa itu solat qasar...yg saya tahu jamak qasar kombine..: ...

Saya rasa dah ada bebenang yang bincang panjang lebar pasal isu solat jamak dan qasar. Tapi saya cuba jelaskan secara ringkas.

Jamak / jama' = gabungkan/himpunkan (2 solat fardhu dalam satu masa).
Qasar = Ringkaskan/Pendekkan (4 rakaat kepada 2 rakaat)

Ketika musafir, kita boleh jamak dan qasar solat fardhu yang TERTENTU.

Solat fardhu ketika musafir:
Jamak: Himpun Zohor dan Asar, atau himpun Maghrib dan Isya. Subuh tak boleh jamak.
Qasar: Zohor, Asar, dan Isyak boleh dipendekkan kepada 2 rakaat. Maghrib TAK boleh qasar.

Biasanya amalan dalam Mazhab Syafi'i, bila Jamak solat, akan qasar juga (Zohor, Asar, Isyak). Mazhab Hanafi tidak boleh jamak kecuali ketika haji, tetapi boleh qasar ketika dalam musafir.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 03:33 PM | Show all posts
mnm77 posted on 17-9-2014 11:23 AM
Saya rasa dah ada bebenang yang bincang panjang lebar pasal isu solat jamak dan qasar. Tapi saya c ...

terima kasih pencerahan anda...amat berguna...semoga anda dimurahkan ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 09:30 AM | Show all posts
Simunggu posted on 17-9-2014 03:33 PM
terima kasih pencerahan anda...amat berguna...semoga anda dimurahkan ilmu...

Sama-sama ameennn...

Tambahan sikit lagi...

Taqdim = mengawalkan
Tak-khir = mengakhirkan

Jamak taqdim: himpunkan 2 waktu solat dalam waktu yang awal
- Zohor dan Asar dalam waktu Zohor
- Maghrib dan Isyak dalam waktu Maghrib

Jamak Takkhir
- Zohor dan Asar dalam waktu Asar
- Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak

** saya ada dengar orang cakap, ketika bersafar (sebagai musafir), kalau jamak taqdim tak dapat, jamak takkhir pun tak dapat, ada satu lagi jamak, iaitu jamak takyah. Jangan tanya saya jamak takyah tu apa, sebab itu hanya rekaan semata-mata
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 10:32 AM | Show all posts
mnm77 posted on 18-9-2014 09:30 AM
Sama-sama ameennn...

Tambahan sikit lagi...

hahahaha....tapi org cakap kalau boleh jangan sampai jamak...masuk waktu shj solat lah...hendak seribu daya...tak hendak jadi jamak takyah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2014 11:23 AM | Show all posts
mnm77 posted on 17-9-2014 09:23 AM
Saya rasa dah ada bebenang yang bincang panjang lebar pasal isu solat jamak dan qasar. Tapi saya c ...

salam...
kalo asar n maghrib mcm mn pulak

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 11:59 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 18-9-2014 11:23 AM
salam...
kalo asar n maghrib mcm mn pulak
Salam...

Untuk jamak (himpunkan) 2 solat dalam satu masa (cukup syarat), ada pasangannya:
- Zohor dan Asar (siang)
- Maghrib dan Isyak (malam)

Asar dan Maghrib tak boleh jamak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 12:31 PM | Show all posts
mnm77 posted on 18-9-2014 09:59 AM
Salam...

Untuk jamak (himpunkan) 2 solat dalam satu masa (cukup syarat), ada pasangannya:

so kene buat penoh la ye...
asar 4 rakaat..
maghrib 3 rakaat...

kalo buat lps azan maghrib bole x...
smpi umh lewat
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 05:18 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 18-9-2014 12:31 PM
so kene buat penoh la ye...
asar 4 rakaat..
maghrib 3 rakaat...


Ya, begitulah

Saya nak tahu, selalu bersafar dari waktu lepas Asar sampai masuk waktu Isyak ke? Atau pulang dari kerja?

kalo buat lps azan maghrib bole x...
smpi umh lewat

Cadangan saya, mulakan perjalanan selepas solat Asar. Maghrib dan Isyak boleh jamak takkhir jika ada keperluan yang membenarkan jamak solat.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:28 AM | Show all posts
mnm77 posted on 18-9-2014 03:18 PM
Ya, begitulah

Saya nak tahu, selalu bersafar dari waktu lepas Asar sampai masuk waktu Isyak k ...

sy kuar opis sblm asar...
smpi umah dlm kul 630...
tp biase buat asar lps maghrib
sbb penat sgt...
bole ke...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:03 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 19-9-2014 07:28 AM
sy kuar opis sblm asar...
smpi umah dlm kul 630...
tp biase buat asar lps maghrib
sbb penat sgt...
bole ke...

Pukul 6.30 ptg waktu Malaysia masih ada masa untuk solat Asar, pengorbanan dalam keadaan yang penat untuk mentaati perintah Solat Fardhu akan menambahkan ganjaran yang tak ternilai... sedangkan membiarkan sehingga luput satu solat fardhu pula seumpama kehilangan seluruh ahli keluarga dan seluruh harta benda.

Ataupun...bila masuk waktu asar ketika dalam perjalanan pulang, cari tempat perhentian dan solat Asar. Nanti bila sampai rumah boleh rehat terus kalau dah sangat penat

WAllahu a'lam



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:37 AM | Show all posts
mnm77 posted on 19-9-2014 08:03 AM
Pukul 6.30 ptg waktu Malaysia masih ada masa untuk solat Asar, pengorbanan dalam keadaan yang pena ...


dlm keadaan penat solat sy kurg sempurna..
x bole nk khusuk sgt...
buat pon dlm keadaan terpaksa...x ikhlas
astagfirullah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar sharing.

Solat yg jarang kita dgr namanya solat hormat waktu. Apa itu solat hormat waktu?

Solat hormat waktu adalah solat khusus kpd mana2 org yg beriman yg berada dalam situasi daururat yg tidak boleh dielakkan. Contohnya, jika masa bekerja antara 8pg-5ptg dan mana2 individu terpaksa rehat sebelum waktu zohor, maka ketika bekerja DIBOLEHKAN mengerjakan solat hormat waktu JIKA DIHALANG hanya pada AKHIR ZOHOR sebagai contoh.

Solat hormat waktu tidak memerlukan wudu' dan tidak tertakluk kpd rukun solat untuk menghindarkan fitnah. Ada 3 jenis solat hormat waktu:
1) Solat hormat waktu yg dilakukan mengikut rukun solat.
2) Solat hormat waktu yg dilakukan dgn anggota mata sebagai isyarat perbuatan yg dilakukan
3) Solat hormat waktu menggunakan hati.

Saya beri satu contoh kes daururat yg lain. Seorg pekerja dalam perjalanan pulang menggunakan khidmat van. So, org berkenaan terpaksa keluar awal jam pukul 5pagi dan tiba ditempat kerja jam 7 pg.  Jika pekerja ini mahu bersolat subuh, sudah tentu memudaratkan kehidupannya  (kerjanya). Maka terpaksalah pekerja ini melaksanakan solat hormat waktu ketika itu. Masa utk menggantikan solat hormat waktu ketika masa rehat.

Adakah majikan menanggung dosa org yg mengerjakan solat hormat waktu ini? Jawapannya adalah YA! Termasuklah pihak2 yg terlibat secara langsung DAN tidak langsung.

Apakah kesannya?
Istidraj. Ada org bertanya : mana ada istidraj pun. Saya bagi contoh mudah, si majikan dari tempat A. Dia buka kilang di tempat B. Tetiba ditempat B Allah pelihara kerana terdpt mukmin atau mukminat. Maka di tempat A lah berlakunya bencana demi bencana.

Ada pula majikan berkata, kalau mcm itu, ambil aje yg bukan mukmin dan mukminat. Org bukan Islam lagi senang cerita. Jawapannya tunggulah azab yg mana datang secara tiba2. Contoh, syarikat A tengah maju, tetiba tahun ini syarikatnya dilanda ribut, gempa bumi, banjir dan mcm2lah. So yg lain2 tu fikirlah sendiri.

Saya ingatkan kpd yg baru beriman, jika kamu beriman kpd Allah, kerjalah apa jua kerja yg sesuai DAN tak perlu membantah apa2 yg boleh memudaratkan hati antara hamba dan hamba, dan juga hamba dan Allah. Sambil kerja, kita boleh jadi imam, bilal, tok siak dan lain2. Sesungguhnya sebenar2 mukmin diberi rezeki oleh majikan ditempat kerjanya atas ketetapan Allah dan bukan pula dimasjid dan surau.

Cuba kita lihat sejarah para sahabat Rasullullah saw. Ada ke mereka dibayar gaji utk menjadi imam masjid? Akan tetapi mereka DIBAYAR UPAH utk bersama2 masyarakat dan bukan pula menyisihkan diri dari masyarakat.

Saya tahu ada yg tak puas hati dgn statement saya. Apa boleh buat. Itulah dunia.

Jika anda dibayar upah di dunia sekadar imam masjid di dunia, maka TIADALAH tempat yg melainkan kebaikkan didunia sahaja. Dan jika anda menerima upah sebagai imam masyarakat sambil memakmurkan masjid (Rumah2 Allah) dalam erti taqwa. Maka itu lebih baik jika berakal. Adakah sebenar2 mukmin itu memerlukan upah utk memakmurkan rumah Allah?

Tak faham? Baca byk2 kali k?

Saya kasihan kpd semua manusia. Dan saya harap kamu faham apa yg saya maksudkan.

Buat masa ini SAYA TAK MAHU BANTU ANDA SEMUA DIMASJID2 JIKA ADA PIHAK BERTINDAK MENCARI ASBAB UTK MEMASANG PERANGKAP. Kamu ingat saya TAK TAHU ke? Sambil kamu gelak2 dan ? Apakah kamu fikir Allah itu TOY KAMU ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:48 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 19-9-2014 10:37 AM
dlm keadaan penat solat sy kurg sempurna..
x bole nk khusuk sgt...
buat pon dlm keadaan terpaksa...x ikhlas
astagfirullah

Dalam kita mentaati perintah Allah, Allah MAHA MENGETAHUI keadaan kita....

Apabila kita taat perintah Allah, walaupun rasa dalam keadaan terpaksa, dalam keadaan serba kekurangan, itu masih juga IKHLAS... sebab buat kerana Allah... bukan kerana siapa-siapa...

Syaitan akan gunakan berbagai-bagai cara dan permainan supaya kita luput dari mentaati perintah Allah... dengan alasan tak mengapa, nanti solat dalam keadaan lebih 'sempurna', sekarang tinggalkan dulu.. macam-macam tipu helah dimainkan dalam minda kita...

Semoga apa yang saya tulis ini termasuk untuk diri saya juga... sebagai manusia, kita lemah dan kadang-kala kita abaikan perintah Allah... Astaghfirullah al-'Azeem
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:58 AM | Show all posts
mnm77 posted on 19-9-2014 08:48 AM
Dalam kita mentaati perintah Allah, Allah MAHA MENGETAHUI keadaan kita....

Apabila kita taat pe ...

noted...
trima ksh ye ustad..byk membantu ...


Comments

moga bermanfaat :-)  Post time 22-9-2014 10:39 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.120104 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list