DrMAZA.com
September 7
NABI S.A.W SERING HADIR KE MALAYSIA?
Saya membaca di Malaysia ada dakwaan kumpulan yang menyatakan Nabi s.a.w sering hadir dalam majlis bacaan maulid mereka sehingga ada yang siap melambai-lambai tangan kepada Nabi s.a.w yang kononnya muncul. Demikian ramai mereka mendakwa Nabi s.a.w itu sering hadir ke majlis maulid di Malaysia terutama yang berprestij yang memakan kos yang SANGAT mahal untuk memanggil ahli-ahli selawat jemputan. Dihadiri pulak oleh ahli-ahli politik yang bersila ataupun duduk di hadapan.
Bersalawat untuk bernasyid itu bukanlah satu kesalahan. Itu satu hiburan yang baik. Cumanya yang menghairankan, al-Quran kitab Allah yang selalu dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia, mereka tidak mendakwa Nabi s.a.w itu hadir ketika dibaca al-Quran, tiba-tiba baginda hadir ketika bacaan maulid yang bukunya dikarang oleh tokoh-tokoh penyair dan ilmuwan tertentu. Manakah lebih agung antara kitab Allah dan karya insan?
Kemudian jika Nabi s.a.w itu boleh hadir di zaman ini, baginda pasti akan hadir ke Gaza, Syria, Iraq, Kashmir dan tempat-tempat di mana umat baginda dibunuh secara zalim. Baginda akan memberi semangat membela kanak-kanak, wanita dan para pejuang yang dizalimi. Kehadiran baginda tentu memberi makna yang besar kepada mereka. Tiba-tiba baginda hadir di majlis mewah di Malaysia bersama dengan tokoh-tokoh politik dan para ustaz yang mewah bayaran mereka. Ini pun sesuatu yang menghairankan saya juga.
Telah berlaku pertelingkahan getir dalam kalangan sahabat selepas kewafatan baginda Nabi s.a.w yang membabit isteri baginda (Aishah), menantu (Ali) dan para sahabat yang lain sehingga berlaku peperangan. Tiada seorang pun dalam kalangan mereka mendakwa Nabi s.a.w muncul menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka.
Apakah istimewanya Malaysia sehingga Nabi s.a.w sering hadir di sana-sini dalam majlis nasyid dan maulid?! Hanya Allah sahaja yang tahu.
~~~~~~~~~~~~~
DAKWAAN SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI BAHAWA BOLEH BERJUMPA NABI SECARA YAQAZAH (BERTEMU SECARA JAGA/SEDAR).
Sheikh Nuruddin al-Banjari meriwayatkan sebuah kisah (dari sebuah buku) tentang seorang yang bernama Sa'd al-Din al-Taftazani, anak murid kepada Imam 'Adud.
Kejadian ini berlaku sekitar abad ke-6 atau ke-7. Dikisahkan bahawa Sa'd al-Din al-Taftazani adalah seorang murid yang diberi julukan bodoh oleh gurunya, Imam 'Adud.
Suatu hari, seorang lelaki asing yang tidak dikenali oleh Sa'd al-Din al-Taftazani, mengajak Sa'd untuk jalan-jalan, namun ditolak pelawaannya oleh Sa'd. Akhirnya lelaki asing tersebut menyatakan bahawa sebenarnya ada seseorang yang ingin berjumpa dengan Sa'd. Orang itu adalah Rasulullah SAW (yang telah pun wafat).
Sa'd al-Din al-Taftazani bergegas pergi untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW (yang telah pun wafat) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar) di sebuah lokasi yang mempunyai pepohonan rindang, suasana cantik dan indah. Sa'd menceritakan masalahnya. Rasulullah SAW pun menyuruh Sa'd membuka mulut dan kemudian Rasulullah SAW meludah. Setelah itu, Rasulullah SAW menyuruh Sa'd balik semula ke rumahnya.
Sa'd al-Din al-Taftazani menjadi seorang yang dadanya penuh dengan nur dan hikmah. Melihat perubahan Sa'd, gurunya iaitu Imam 'Adud menyuruh Sa'd menggantinya menjadi guru di tempat pengajian.
APA KATA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI?
Sheikh Nuruddin al-Banjari mengatakan, "Ini ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar). Kebanyakan daripada Ulama Sufi mengatakan ijtima' (perjumpaan) secara YAQAZAH (bertemu secara jaga/sedar) bukan suatu hal yang mustahil".
Konsep pemahaman YAQAZAH yang pernah dianuti oleh Jemaah al-Arqam sudah pun disanggah oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :
"YAQAZAH iaitu bertemu secara jaga/sedar dengan Rasulullah SAW merupakan penyelewengan paling nyata yang cuba ditegakkan oleh al-Arqam. Dakwaan seperti ini merosakkan asas pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Jumhur ASWJ menolak berlakunya YAQAZAH (bertemu secara jaga) dengan Rasulullah SAW atau mereka yang sudah mati." http://www.islam.gov.my/sites/default...
Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki adalah seorang Penceramah Bebas dan Ustaz Selebriti TV AlHijrah yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.
SANGGAHAN :
Penjelasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan konsep pemahaman YAQAZAH yang pernah dianuti oleh sebuah jemaah yang telah difatwakan sesat iaitu Jemaah al-Arqam http://www.islam.gov.my/sites/default...
Penjelasan Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya dalam sebuah artikel bertajuk "Menyangkal Golongan Sufi yang Mendakwa Nabi Masih Hidup dan Hadir ke Dunia" http://ilmuanmalaysia.com/menyangkal-...
Penjelasan Ustaz Dr. Ali Musri Semjan Putra dalam sebuah artikel bertajuk "Mimpi Bertemu Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam" http://almanhaj.or.id/content/3405/sl...
DAKWAAN USTAZ MUHADIR BIN JOLL BAHAWA NABI SAW HADIR DI MAJLIS MAULID & MAJLI QASIDAH
Ustaz Muhadir bin Haji Joll mendakwa bahawa Rasulullah SAW atau individu tertentu yang sudah wafat/mati, akan hadir di dalam majlis-majlis seperti Majlis Pembacaan Kitab, Majlis Maulid dan juga Majlis Qasidah. Beliau juga mempercayai konsep pemahaman YAQAZAH.
Konsep pemahaman YAQAZAH yang pernah dianuti oleh Jemaah al-Arqam sudah pun disanggah oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :
"YAQAZAH iaitu bertemu secara jaga/sedar dengan Rasulullah SAW merupakan penyelewengan paling nyata yang cuba ditegakkan oleh al-Arqam. Dakwaan seperti ini merosakkan asas pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Jumhur ASWJ menolak berlakunya YAQAZAH (bertemu secara jaga) dengan Rasulullah SAW atau mereka yang sudah mati." http://www.islam.gov.my/sites/default...
Di dalam sesi soal jawab, Ustaz Muhadir bin Haji Joll telah ditanyakan soalan :
"Apakah pandangan Ustaz apabila sekumpulan orang berselawat meletakkan kerusi yang berhias di tengah-tengah dan dikatakan bahawa Nabi akan datang di dalam majlis itu? Apakah tujuan mereka letakkan kerusi itu? Bagaimanakah boleh datangnya Nabi ke majlis itu?"
Majlis Ta'lim An-Nur menjalankan kelas mingguan bersama Ustaz Muhadir bin Haji Joll di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Kampus Gombak & Petaling Jaya. Ustaz Muhadir bin Haji Joll adalah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ustaz Selebriti TV AlHijrah yang berasal dari Kampung Senari, Kuching, Sarawak.