CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3944|Reply: 18

adakah beranak dgn bantuan teknologi IUI, IVF, ICSI tidak digalakan?

[Copy link]
Post time 4-9-2014 10:13 AM | Show all posts |Read mode
sebagai pengetahuan umum,Anak adalah ikhtiar Allah, adakah beranak dgn bantuan teknologi IUI, IVF, ICSI tidak digalakan?

Tapi hospital mmg membekalkan perkhidmatan ini ye.....keliru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatlah perkataan mudah ini :

"kerana Allah"
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2014 11:43 AM | Show all posts
Assallamualaikum Suhaila

Uncle suka pecah soalan Suhaila kpd 2...

1.
Anak adalah ikhtiar Allah


2.
adakah beranak dgn bantuan teknologi IUI, IVF, ICSI tidak digalakan?



Bagi No.1  : maaf, Uncle tak faham maksud Suhaila.
Sebab, bila kita guna  "ayat Hakikat" ...apa sja pun ikhtiar Allah, bukan anak sja.
Munkin maksud Suhaila..seperti .."AJAL" dah ditentukan?
Kalau begitu (spt hal Ajal)..walau dah ditetapkan, kita disyariatkan, diwajibkan berusaha, kalu sakit misalnya ..berubat.  Kalau dah ada kereta nak terjah kita..cuba elak. dsbnya.
Maksudnya, ketetapan tu satu hal lain...Itu rahsia Allah.
Kewajiban kita berusaha,



Bagi No.2...Uncle cpoy paste satu rujukan yg baik..tapi agak lama...kalau ada perkembanagn baru, boelh bawak juga.  

Dalam persidangan ketiga (diadakan di Amman, Jordan, Safar 8 – 13, 1407 H/October 11 – 16, 1986 CE) Majlis Fiqh Islam menyemak kajian yang di hantar kepadanya mengenai persenyawaan in-vitro dan berunding dengan pakar dalam hal berkenaan. Maka, pihak majlis mengharamkan lima cara persenyawaan in-vitro dan menetapkan dua cara lain sebagai halal.

“Pihak majlis menetapkan seperti berikut:

Pertamanya, lima cara persenyawaan in-vitro berikut adalah haram sepenuhnya kerana ia mengakibatkan kecelaruan keturunan:

1. Persenyawaan yang dibuat dengan memasukkan sperma dari seorang lelaki kepada ovum dari seorang perempuan selain isterinya dan kemudian di masukkan ovum yang disenyawakan itu dalam uterus isterinya.

2. Persenyawaan yang dibuat dengan mensenyawakan ovum seorang perempuan dengan sperma dari seorang lelaki selain suaminya dan kemudian dimasukkan ovum yang disenyawakan itu dalam uterus nya.

3. Persenyawaan yang dibuat antara sperma dari seorang lelaki dan ovum dari isterinya dan kemudian ovum yang disenyawakan itu dimasukkan dalam uterus ibu tumpang.

4. Persenyawaan yang dibuat antara sperma dan ovum dari orang lain selain pasangan yang mahu menerima bayi dan kemudian ovum yang disenyawakan itu dimasukkan dalam uterus si isteri.

5. Persenyawaan yang dibuat dengan memasukkan sperma dari seorang lelaki yang mempunyai dua isteri dan dari ovum dari salah seorang dari isteri-isterinya, dan kemudian ovum yang disenyawakan itu dimasukkan ke dalam uterus isteri yg lain.

Keduanya, pihak majlis bersetuju dengan dua cara lain persenyawaan in-vitro. Ia adalah:

1. Persenyawaan ovum seorang perempuan dengan suaminya diluar badan dan kemudian dipindahkan ovum yang disenyawakan itu ke dalam uterus nya .

2. Memasukkan sperma lelaki ke dalam uterus isterinya supaya persenyawaan berlaku dalam badan isteri.”







Last edited by burungantu on 4-9-2014 11:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2014 04:36 PM | Show all posts
burungantu posted on 4-9-2014 11:43 AM
Assallamualaikum Suhaila

Uncle suka pecah soalan Suhaila kpd 2...

terima kasih! info dibekalkan oleh uncle memang manfaatkan saya, sekali lagi terima kaish.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 06:10 PM | Show all posts
suhaila75 posted on 4-9-2014 04:36 PM
terima kasih! info dibekalkan oleh uncle memang manfaatkan saya, sekali lagi terima kaish.

Puan , kat mana Puan dapat idea atau pemikiran sedemikian?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 01:45 AM | Show all posts
Bukan semua rawatan dpt merawat sakit
Bukan semua dikurnia rezeki yg sama, ofkos
Maka, jgn kufur wlpn perawat/jururawat rekemen kekufuran...

Pasti ada jalannya, insya'Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2014 02:13 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 7-9-2014 01:45 AM
Bukan semua rawatan dpt merawat sakit
Bukan semua dikurnia rezeki yg sama, ofkos
Maka, jgn kufur w ...

Maksud you macam mana dalam klausa ketiga?
macam mana pulak yg dikatakan mencadangkan kekufuran pulak kurang jelas...


ICSI/ IVF/ GIFT / AIH
benda ni tools je kaedah dan dalam hal hal teknologi reproduktif haaa....kat sini nak kata

kita perlukan sistem nilai ...

u see...in this veru act of science...kat mana sistem nilai kan?

ethics? - ethics just to ensure moral atau ciri ciri kemanusiaaan masih wujud dalam proses penyelidikan saintifik
ethic akan berubah ikut norms


tapi itulah yg dikatakan oleh Prof Sidek Baba ...kerangka ilmu mana ( epistemologi ) yg perlu diambil agar nilai terpelihara

sistem bebas nilai atau berlandaskan nilai

sistem yg nilai berubah rubaha atau konsisten dalam pada itu dibenarkan berbincang sekiranya terdapat hal hal yg belum jelas dalam syara'



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 02:20 AM | Show all posts
Bila meneliti tentang ethics  dalam teknologi reproduktif dan dalam kursus kursus etika saintifik, etc etc

saya ingin berkongsi satu ceriita ye tentang kes yg sama berkaitan penyelidikan dalam teknologi pembiakan / reproduktif manusia

ini berlaku di Korea - dan dalam bidang human embryo clone - lah ni
seorang saintis korea yg bijak , ambitious ye dan nak jadi penyelidik pertama dalam budaya yg mementingkan the culture of high 'performace' ini - nak hasilkan clone pertama manusia

jadi saintis ini berjaya mengahasilkan clone  embryo pertama ( kira manusia ) laa dan nak  published dalam journal


tapi tu lah benda yg tak beretika dan hmm...syariah compliant ni...benda ni akan muncul di mana satu ketika tu editor jornal tu tertanya kat mana sumber ovum ( sel gamet betina) yg digunakan ...

so selidik , query lah depa semua sebab nak publish dalam journal saintifik ni penulsi atau penyelidik itu kena pastikan segala perkara yg berkaitan dengan etika proses kaedah penyeldiakan itu dipatuhi...
so...hmm dapatlah diketahui bahawa sumber  sel gamet betina itu adalah dari penyelidik wanita  dalam lab itu !! selidik punya selidik ...ada sikit  'unwritten reason' sebab depa rela serahkan sel mereka tu sebab depa part of the team dan saintis ini ketua penyelidik so ...

bermula dari sini  yang saintis tu dipanggil untuk dikenakan tindakan dan from what I have been told by the  person in charge yg bagi lecture ethics kat kitaorg ...saintis  kena hadiri sesi terapi...

dan kat sini faktor manusia seperti ambition, cita cita, keinginan dan motivasi ...dan budaya memainkan peranan penting dalam etika

kalau terlalu nak striveeee for glory dan excellence sangat secara berlebihan tanpa arah maka inilah...


sebab tu i terefikir yg apa yg diujarkan oleg Dr Sidek Baba itu perlu ...





Last edited by mbhcsf on 7-9-2014 02:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 03:12 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-9-2014 02:13 AM
Maksud you macam mana dalam klausa ketiga?
macam mana pulak yg dikatakan mencadangkan kekufuran p ...
Maksud you macam mana dalam klausa ketiga?
macam mana pulak yg dikatakan mencadangkan kekufuran pulak kurang jelas...

Pokoknya, anak dan keturunan
hukum asalnya kahwin/nikah menghalalkan zina
- kalu xda persatuan janda2 dan pusat anak2 yatim-piatu, boleh le dianggap darurat.

e.g. GBS sepsis, pn ada diagnosisnya. Jangkitan kuman drpd tebiat diri.
maka, kembalikn kpd tabii penjagaan kebersihan (pencegahan) sblm bersalin
- kna update silibus sekolah, kursus perkahwinan juga gtu...

Beruk yg dikurung sejak lahir, mmg xtau mengasuh anaknya
kena teliti semua bidang terutamanya pendidikan asas cenggini.
- x guna ibu pandai kira2 tp dgn anak kandungnya pn nk berkira2

ICSI/ IVF/ GIFT / AIH
benda ni tools je kaedah dan dalam hal hal teknologi reproduktif haaa....kat sini nak kata

kita perlukan sistem nilai ...

u see...in this veru act of science...kat mana sistem nilai kan?

ethics? - ethics just to ensure moral atau ciri ciri kemanusiaaan masih wujud dalam proses penyelidikan saintifik
ethic akan berubah ikut norms

Penyelidikan berasaskan grant/fund bknlah satu penilaian yg telus - bias lg corrupt
kemaslahatan umat bknnya utk disekat kuantiti dgn 'kualiti'
tp menyelesaikannya dgn adil lg bijaksana

Jika selayaknya dilakukan kpd binatang ternak sekali pn
tdk le smpi melayakkan lembu2 ditempatkan di condo2 gtu
- yg nk disusukan tu bkn monyet dlm hutan mana2 ntah kn

Perlu x dijelaskan kelayakan/syarat2 bg rawatan gtu?
Atau membenarkan sesiapa je yg mahu?
- xkan le pusat rawatan nk kna ada panel penasihat syariah kn?

Norms? Tabii? Rumah anak yatim bertambah2 krn ramai yg mampu bersedekah?
- philanthropist dpt trophy...


tapi itulah yg dikatakan oleh Prof Sidek Baba ...kerangka ilmu mana ( epistemologi ) yg perlu diambil agar nilai terpelihara

sistem bebas nilai atau berlandaskan nilai

sistem yg nilai berubah rubaha atau konsisten dalam pada itu dibenarkan berbincang sekiranya terdapat hal hal yg belum jelas dalam syara'

Apa nilai bg jabatan biology bg menyelesaikan masalah sosial, keluarga dan masyarakat?
- knp memperuntukkan dana kpd yg bkn bidangnya khen...

Ilmu adalah ilmu, tp perlaksanaannya yg dinilai.
- bijaknya tukang masak taruk garam secukup rasa dan igt timbang-sukatnya sblm nyanyuk/hilang deria
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 7-9-2014 03:12 AM
Pokoknya, anak dan keturunan
hukum asalnya kahwin/nikah menghalalkan zina
- kalu xda persatuan ...

Of course IVF, ICSI semua tu bukan harga 20 sen.Jadi, ada keadaan tertentu yg menyebabkan pasangan memilih kaedah bantuan kehamilan berbantu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 7-9-2014 03:12 AM
Pokoknya, anak dan keturunan
hukum asalnya kahwin/nikah menghalalkan zina
- kalu xda persatuan ...


Dlm konteks penyelidikan ade jawatankuasa ethics dan bagi penyelidik islam selalunya depa akan rujuk pakar dalam syariah, yup.dalam reproductive technology. Last edited by mbhcsf on 7-9-2014 04:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:40 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 7-9-2014 04:00 AM
Of course IVF, ICSI semua tu bukan harga 20 sen.Jadi, ada keadaan tertentu yg menyebabkan pasangan ...
Of course IVF, ICSI semua tu bukan harga 20 sen.Jadi, ada keadaan tertentu yg menyebabkan pasangan memilih kaedah bantuan kehamilan berbantu ni.

Keadaan tertentu dgn syarat tertentu, ofkos bkn utk pasangan 20 sen


Dlm konteks penyelidikan ade jawatankuasa ethics dan bagi penyelidik islam selalunya depa akan rujuk pakar dalam syariah, yup.dalam reproductive technology.
X sure plk kt UK ada pakar rujuk gtu?


Nk tahu jgk apa nasihat pakar syariah dlm hal zuriat dan rumahtangga...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 01:47 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-9-2014 11:40 PM
Keadaan tertentu dgn syarat tertentu, ofkos bkn utk pasangan 20 sen

tang hukum tu macam uncle Owlie terangkan

tapi tang penyelidikan berkenaan reproductive ni ada bab bab tertentu yg kalau penyelidik tu berfikrah Islam yes...akan rujuk jawatankuasa fatwa ...dan yg dalam konteks Malaysia ade aspek 'tertentu' yg agak strict. Tang nk perjelaskan lagi i tak naklah ...though i know.

awat - are u into this kind of field?



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 02:51 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 9-9-2014 01:47 AM
tang hukum tu macam uncle Owlie terangkan

tapi tang penyelidikan berkenaan reproductive ni ada  ...

Hukumnya ada, syarat2 'tertentu'nya xda.

Secanggih2 teknologi pn ada jgk yg prefer cheaper, less risk - bermadu.
(x pasti fakta ka, gurau ka...)

Mudahnya Islam tu menjelaskan yg haram dulu, selain tu harus hingga terbukti haram.
Klo implement dulu kemdian baru ikhtiar berhukum utk luaskan penggunaan
- mmg xkan le nk jelaskan syarat2


Tahu ke? Knp xnk bgtau? Malu ke...

Terbaca isu GM twins, berminat sket je.
- ofkos bkn le isu baru...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 03:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-9-2014 02:51 AM
Hukumnya ada, syarat2 'tertentu'nya xda.

Secanggih2 teknologi pn ada jgk yg prefer cheaper, les ...

Well...hmm...macam mane ye nak ckp sebab 1. Ini bukan bidang i ...but i know from my senior colleague daripada bidang ini yg into fertility research...yg actually berfikrah Islam...mmg ada dimohon pandangan pihak agama so apa yg saya boleh katakan hukum hukum syarie yg wujud mmg jelas dalam hal hal berkaitan reproductive ni dari pemerolehan benih hinggalahtang penelitian kajian tu...so..ini covered la.

Kalau ade latest update ttg huraian jawatankuasa berkenaan reseach in fertility meh meh share.

Yg soal fertility treatment tu...well i think in msia...dlm konteks Islam terjaga but i tak leh komen on MOH or ape ape hal yg berkenaan surrogacy atau 'ethics' related reproductive treatment or tech issues...i bukan ahli...

Tang yg nak ivf , or what not tu...i guess x payah bimbang laa...sebab yg mendapatkan rawatan dan bantuan ni kalau kita empathy sekejap kisah kusah depa...we can appreciate yg bukan jenis lenggang kangkung ye bile depa mai mohon bantuan kehamilan berbantu tu ni...dan success rate tu pun tengok jugakla..tang ni seih dan menginsafkan...di mana ia menyedarkan kita bhw sehabis kudrat manusia berikhtiar...yg the blue print of another cute being yg terhasil itu sama ada berjaya atau tidak diimplant dlm rahim wanita itu akhirnya ditentukan oleh Allah juga...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-9-2014 02:51 AM
Hukumnya ada, syarat2 'tertentu'nya xda.

Secanggih2 teknologi pn ada jgk yg prefer cheaper, les ...

Cer rujuk islamic fatwa on human rmbryology bla bla...ade tak ye muzwkarah???


Well tang bermadu tu well...hukum i terima


Haha my bab personal opinion and emotional intelligence

Well..for the time being , aprt from nabi, rasul...ibu bapa yg jaga kita kannn


When men talk about love and marriage...ni general ye, at the moment hahaha

Bagi i laaa when just ordinary man talks about love and, marriage ,ntah kenape it sounds soo cheap?????

U all ni men ni warga Adam bila ckp soal love marriage...tahla mcm angin gembusan di muka tak der ruh sungguh, murah sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2014 04:09 AM | Show all posts
sbnrnya teknologi byk mmbantu..contohnya suami mati pucuk pn boleh dptkan ank melalui kaedah tersebut.....

"Agama itu mudah...............jangan SUSAHKAN"



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2014 04:14 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 14-9-2014 03:52 AM
Well...hmm...macam mane ye nak ckp sebab 1. Ini bukan bidang i ...but i know from my senior collea ...

Ofkos, kalo kita buang philosophical aspect of psychology/spiritual
kompom pendekatannya terus ke arah empirical terus
walhal ikhtiar jauh lbh luas lg drpd tu khen?
- consultationnya tu menjurus ke arah metod rawatannya adja...

Implikasinya pn pasti dikembalikan kpd kedua2nya - psyche/spirit.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 01:32 PM | Show all posts
kalu takde bantuan teknologi, tak merasa beranak lah aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.056764 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list