View: 1885|Reply: 12
|
Perkara berkaitan MATI
[Copy link]
|
|
Harga kain kafan = RM60-65
Upah gali kubur = RM200-300
Urusan mandi dan mengkafan mayat = RM100-200
Kenderaan jenazah (jika perlu)= RM150-RM200
Urusan kubur dan sewa tempat mandi jenazah (jika perlu) = RM100
Sedekah pada yang hadir solat jenazah termasuk imam (jika berkemampuan) = RM10 x 30 = Rm300
total = lebih kurang RM500-1500 mengikut kadar biasa bergantung kpd kawasan..Jika ada khairat kematian,ia ditanggung sepenuhnya dan tidak membebankan ahli keluarga
Kematian di rumah :
- sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
- letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling. Tangan diikat dengan perca kain. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
- jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar.
- selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah.
Dapatkan pengesahan dari klinik /hospital dan buat laporan polis dan biasanya anggota polis akan mengesahkan kematian dan mencatatkan repot.
Pihak polis akan keluarkan surat permit kebenaran KEBUMI.
Selepas urusan pengkebumian,boleh ke JPN untuk dapatkan sijil mati.
Sebaiknya perlu ada nombor pihak jawatankuasa masjid seperti Imam,Bilal dan sebagainya bagi memudahkan urusan kematian.Pihak Imam akan menghubungi pihak lain dalam urusan penggalian kubur,pembelian kafan dan sebagainya.
Urusan mandi mayat : Kebiasaannya masyarakat menyerahkan kpd pihak jawatankuasa masjid,namun sebaiknya jika seorang ayah meninggal dunia,sebaiknya anak lelaki mandikan,atau isterinya.Ini bagi menjaga keaiban arwah.Begitulah jika isteri,sebaiknya suami mandikan.
Kematian di hospital: Jika si mati mempunyai takaful atau insurans,kebiasaannya post-mortem dilakukan kerna untuk mengetahui punca kematian dan pihak hospital mengeluarkan surat untuk diberikan pihak takaful/insurans.
Jika tiada,ahli keluarga atau waris boleh terus membuat laporan polis dgn membawa surat hospital pengesahan kematian.
Manakala van boleh minta pihak hospital atau dicari sendiri membawa jenazah.
TUNTUTAN INSURANS/TAKAFUL :
Tuntutan Kematian
- Polisi Kontrak asal
- Borang Tuntutan Kematian
- Kenyataan doktor (jika perlu)
- Salinan sijil kematian
- Salinan IC diperakui bagi si mati sebagai bukti umur jika bukti tidak diterima sebelum ini.
- Laporan Bedah Siasat (jika ada)
- Salinan bukti pertalian (Perkahwinan cth: sijil / sijil kelahiran dan sebagainya)
- Salinan IC penuntut
- Salinan laporan polis jika kematian akibat kemalangan
- Surat kebenaran untuk pengekstrakan laporan perubatan
- Salinan sah Permit Pengkuburan (jika perlu)
- Surat / Sijil Faraid yang diperakui / Surat Pentadbiran (jika berkenaan)
- Dokumen sokongan lain (jika berkenaan)
Orang-orang yang dibenarkan untuk mengesahkan dokumen-dokumen:
• Pesuruhjaya Sumpah • Penghulu • Polis • Agensi Ketua • Peguam • Ejen • Doktor •
Kakitangan Kerajaan (Bahagian 1) • Kakitangan Cawangan (eksekutif dan ke atas) •
IbuPejabat Kakitangan (eksekutif dan ke atas) • Majikan
Selepas urusan pengkebumian ,tuntutan insurans/takaful jika ada,bermulalah urusan hutang piutang arwah.
Kemudian faraidh.
Insya-Allah bersambung......................
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih share info....
mati itu pasti |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan non-sense yg sense.
Katakanlah ada jenazah org yg beriman yg mana masyarakat setempat kata sipolan itu tak beriman dimandikan dan bla bla bla tu. Elok sampai aje kubur, jenazah hilang? So kos kubur perlu bayar gak ke? Atau kambus aje apa yg ada?
Lagi satu, laporan polis nak kena buat tak? Iyer ler, org hilang tu. Klasifikasi org hilang samaada hidup atau matikan? So kat situ mesti ada keadilan kan?
Dan last, laporan org yg dah mati tetiba hilang klasifikasi ghaib ka atau urusan Allah? Iyer ler. Kalau tulis ghaib, mcm tak logik lak tak gitu?
Maaf tanya aje. Saya tak pandai bab undang2 syariah.
Mohon pencerahan k? Last edited by Abangcute on 4-9-2014 04:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 4-9-2014 04:18 PM ![](static/image/common/back.gif)
Soalan non-sense yg sense.
Katakanlah ada jenazah org yg beriman yg mana masyarakat setempat kata ...
nanti aku semak kitab............x pona dengau kes sebegini.....
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_white posted on 4-9-2014 03:38 PM ![](static/image/common/back.gif)
tunggu sambungan
sabau K....
badan berbirat kono somut .....bini peknen nak makan manggo mudo....trpakso panjek pokok manggo ni ha...
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/v/t1.0-9/10600535_10204638911391902_4253651229380817146_n.jpg?oh=84ca09bfc93b32eda60f940043e1b44d&oe=546FB284&__gda__=1416805168_1c8cf1295d4e9a02235fd9f88b5ce949)
|
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 4-9-2014 04:25 PM
nanti aku semak kitab............x pona dengau kes sebegini.....
Kes dah pernah berlaku. Tu yg tanya tu. Kot2 masa depan berlaku lagi.
Maklumlah, berita2 jenis ini MANA ADA syarikat penyiaran nak siarkan. Kang dier kata "TAK LOGIK SIOT"
Tak pe, saya tak der niat menguji. Just nak tahu kalau2 sesiapa kat sini pakat2 bagi rujukan sikit. Kes mcm ni boleh jadi fitnah jika takk der guideline.
Apapun tq! |
|
|
|
|
|
|
|
teruk jugak ye nak mati zaman ni
banyak yg nak kena buat
jadi
pada sesiapa yg terasa nak dimatikan tuuuu
kasi kasi le warning order dulu tauuuuuu
tak le nyusahkan kat yg idup![](http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada sombong, maka dizahirkanlah jin.
Apa guna hidup diganggu jin berbanding diberi ketenangan yg sebenar2nya olehNya? |
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 8-9-2014 12:44 PM
Bila ada sombong, maka dizahirkanlah jin.
Apa guna hidup diganggu jin berbanding diberi ketenanga ...
iyer? keciannyer |
|
|
|
|
|
|
| |
|