CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7266|Reply: 17

APA HUKUMNYA BILA SEORANG ANAK MENEGUR PERBUATAN IBUNYA..??

[Copy link]
Post time 23-8-2014 06:24 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum..

Saya ingin bertanya pada kalian.
Apa hukumnya bila seorang anak [A] menegur ibunya
yang menyebabkan ibunya membenci anak [A]..??

Ibunya sering membandingkan anak [A] itu dengan anak [B]
yang mempunyai kerjaya yang berjaya.
Sedangkan anak [A] yang dibencinya sering di kutuk dan mengutuk perkejaan anak [A] tu.
Setiap kali berkumpul satu keluarga pasti ada saja yang akan dibangkitkan
oleh ibunya tentang anak [A]..
Itu yang menyebabkan anak [A] menegur ibunya.
Sehingga ibunya menghalau anak [A] dan tidak benarkan anak [A] balik rumah ibunya lagi..

Saya sedih memikirkan hal ini..
Harap ada yang dapat membantu saya mencari jalan untuk menyatukan
kembali hubungan antara ibu dan anak ini..
Apa yang harus saya lakukan yer..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 07:14 PM | Show all posts
anda seorang yg Allah masukkan dalam ujian dari ibu bapa......

maka buatkanlah yg terbaik....

ini nasihat sy...   (jika ingin menasihati ibubapa)

1. pastikan ia benar2 menyelisihi syariat islam.....maknanya ada sesuatu yg mereka buat benar2 menyelisihi syariat islam....cuba cek dan tambah ilmu agar pasti apa yg menyebabkan anda tak puas hati dari ibubapa itu betul2 salah di sisi islam....


2. jika benar2 menyelisihi islam, maka jgn ditegur secara mendadak.....terlebih dahulu maafkan mereka, dan pohonkan ampun utk mereka....kemudian buatlah discussion secara lemah lembut....

boleh dimulakan dgn ayat2 seperti, "mak sy nk cakap sesuatu tp takut mak marah saya"

nasihatilah pelan2 dan jgn harapkan perubahan serta merta....

amalkan sunnah yg diajar yg didapati dari ayat Quran ini...


Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]


bagi kes yg sudah dihalau......tiada alasan melainkan memujuk, dan berdoa....jika gagal pujuk dan pujuk....

kerana pahala tetap dtg walaupun gagal.......lebih banyak pujuk, lebih banyak pahala...

wallahua'lam...



,  


Last edited by ussopp on 23-8-2014 07:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada pandangan saya, kepada si A,

1) minta maaf aje kepada ibu.
2) minta maaf aje kepada ibu.
3) minta maaf aje kepada ibu.
4) anggap ajelah, apa yg ibu tegur itu teguran Allah kepada kita sesudah si ibu memaafkan.

Jika manusia tahu betapa hebatnya seorg ibu membesarkan anak2nya, sudah tentu si anak lebih rela dimaki oleh ibunya dari dikutuk olehNya.

Allah swt itu Maha Adil. Tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu sia2. Saya pernah lalui keadaan itu. So, solutionnya berkatalah baik kepada ibu kerana tanpa mereka siapalah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaik2nya jgn ditanya hukum kerana berhukum boleh menyebabkan bertambahnya kemarahan.

Saya pernah guna teknik memberi contoh teladan yg minta si ibu serta si A fikir2kan.

Contoh, cuba bertanya kepada si ibu, jika ada seorg perempuan membanding2kan pakaian sambil mengulas pakaian ini cantik dan pakaian ini tidak cantik sedangkan kita amat suka pakaian yg dikatakan tidak cantik itu (apa yg hati manusia suka tak sama). Maka adakah si ibu akan setuju dgn pandangan perempuan itu? Begitulah pula dikatakan kpd si A.

Jika maksud sesuatu yg merosakkan hubungan silaturrahim dinamakan melakukan kefasikan. Kefasikan itu bermula dari kejahilan ilmuNya akibat dari perasaan yg mahukan sesuatu yg dianggap adil pada hati manusia tanpa merujuk petunjuk Alquran dan Sunnah.

Zaman ini penuh dgn kejahilan. So berhati2 jika mahu berhukum dgn org2 yg jahil. Agama itu nasihat.

Wallah Hu'alam

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 12:45 AM | Show all posts
salam

semoga A dengan B ..
tidak jadi seperti Habil dan Qabil ..
ada sifat cemburu serta berdendam ..
Ibunya sering membandingkan anak [A] itu dengan anak [B]
yang mempunyai kerjaya yang berjaya.
Sedangkan anak [A] yang dibencinya sering di kutuk dan mengutuk perkejaan anak [A] tu.
Setiap kali berkumpul satu keluarga pasti ada saja yang akan dibangkitkan
oleh ibunya tentang anak [A]..
Itu yang menyebabkan anak [A] menegur ibunya.
Sehingga ibunya menghalau anak [A] dan tidak benarkan anak [A] balik rumah ibunya lagi..

Saya sedih memikirkan hal ini..
Harap ada yang dapat membantu saya mencari jalan untuk menyatukan
kembali hubungan antara ibu dan anak ini..
Apa yang harus saya lakukan yer..??

saranan saya .. rujuk pada B .. mintak nasihat B ..
contohi lah segala apa perbuatan nya ..
jadikan B sebagai icon awak ..
dan suruh B .. khabarkan pada ibu ..
yang awak ingin berubah seperti B ..

moga .. kamu d'senangi oleh ibu awak ..

secara penulisan kamu ..
tiada jalan lain ..
ini lah cara terdekat ..
untuk kamu menyatu kembali .. pada ahli keluarga mu yang tercinta ..
insyAllah .. amin ..

moga berjaya .. amin ..

wassalam


p/s ..
sabar .. the beauty of patience ..
steadfast .. the unique of sabar ..

Last edited by NorAddin on 26-8-2014 12:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:42 PM | Show all posts

saya pernah alami nasib mcm Tuan Rumah. Cuma terasa bila kasih sayang tu tak sama rata.

Apa yang saya buat .. tiap kali lepas solat saya berdoa agar hati saya dilembutkan utk menerima layanan emak dan berdoa agar emak punya perangai berubah.

Syukur kpd Yang Esa ...doa diperkenankan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 05:37 AM | Show all posts
( Ini umum,bukan utk TT shj )

1.Jk dikata ibu JAHIL,mmg ada benarnya.

Dlm Islam ,hukum membeza-bezakan anak adalah HARAM.


“Sesungguhnya bapa beliau membawa beliau kepada Rasulullah SAW, dan berkata: Sesungguhnya saya telah berikan kepada anak saya ini seorang khadam milik saya. Rasulullah SAW bersabda: Apakah bagi setiap anak engkau berikan pemberian seperti ini? beliau menjawab: Tidak. Jawab Rasulullah SAW: Pulangkannya semula.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)


Bahawa suatu hari ketika al-Nukman bin Basyir berada di atas mimbar, dia berkata: Suatu hari bapaku memberi kepadaku satu pemberian. Lalu ‘Amrah binti Rawahah (Isteri kepada Basyir dan ibu kepada al-Nukman) berkata: Saya tidak redha (pemberian ini) sehinggalah kamu terlebih dahulu menjadikan Rasulullah SAW saksi terhadapnya. Lalu bapaku pergi berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: Sesungguhnya saya telah berikan kepada anak saya bersama ‘Amrah binti Rawahah ini satu pemberian, akan tetapi ‘Amrah meminta saya menjadikan tuan sebagai saksi wahai Rasulullah. Tanya baginda kepada beliau: Engkau telah berikan kepada semua anakmu pemberian yang sama? Jawab beliau; Tidak. Sabda Baginda SAW: Bertakwalah kamu kepada Allah, dan berlaku adillah diantara anak-anakmu. Kata al-Numan: Lalu bapa saya pulang dan menarik semula pemberiannya.”

(Sheikhaini )

Seorang ibu yang BERILMU tidak akan membeza-bezakan anak-anak atau melayan dgn cara berbeza.

2.Masalah Ibu JAHIL.

Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Quran surah Al-Isra : 36)


Apabila seseorang ibu JAHIL ,ia buta dari kebenaran dan sering melakukan kesilapan termasuk juga membeza-bezakan anak-anak.

Penyelesaian :

Wlupun hukama' mengatakan "Syurga itu di bawah telapak kaki ibu " namun tiada satu pun nas sahih mengatakan jika ibu melakukan kesalahan kepada anak -anak,perbuatan mereka dikira HALAL & TDIAK BERDOSA .

Hatta ibu Nabi SAW pun masuk Neraka ( pandangan beberapa ulama' ) sbgmana sebuah hadis "Aku memohon kpd Allah agar mengampun ibuku,namun Allah menolaknya dan aku memohon untuk menziarahi kubur ibuku,lalu dibenarkan "

Dari Anas radliyallaahu ‘anhu : Bahwasannya ada seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam : “Wahai Rasulullah, dimanakah tempat ayahku (yang telah meninggal) sekarang berada ?”. Beliau menjawab : “Di neraka”. Ketika orang tersebut mahu pergi , maka baginda SAW  memanggilnya lalu berkata : “Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka”. [Haddis riwayat Imam  Muslim no. 203, Abu Daud no. 4718, Ahmad no. 13861, Ibnu Hibban no. 578, Al-Baihaqi dalam Al-Kubraa no. 13856, Abu ‘Awanah no. 289, dan Abu Ya’la no. 3516].

”Dan Ia (Allah) tidak mengizinkanku adalah disebabkan Aminah adalah seorang yang kafir, sedangkan memintakan ampun terhadap orang yang kafir adalah tidak diperbolehkan” [’Aunul-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, Kitaabul-Janaaiz, Baab Fii Ziyaaratil-Qubuur.


Tips :

1.Belikan buku mengenai tanggungjawab seorang ibu dan hadiahkan .
2.Belikan kaset ceramah,video jawapan ulama' berkaitan hukum dan tanggungjawab seorang ibu.
3.Tunaikan solat tahajjud dan hajat 12 rakaat di sepertiga malam dan berdoalah agar dilembutkan hati ibu dan hubungan baik.
4.Sering memasak dan bacalah selawat 40 kaki ketika memasak,beri makan ibu .
5.Baca surah Thaha 1-5 dan hembuskan ke ubun ibu ketika tidur.
6.Banyakkan doa dlm sujud solat 5 waktu.
7.Berbincang dengan semua adik beradik dan cari jalan untuk menyedarkan ibu.
8.Semua adik beradik perlu berperanan untuk mengubah kejahilan si ibu.
9.Mencari orang ketiga yang berilmu untuk menasihati ibu dgn hikmah.
10.Beriman dengan Qadak dan Qadar.Lihat shj Asiyyah isteri Firaun ke SYurga,namun isterinya ke Neraka.Begitu juga isteri dan anak Nabi Noh a.s ke Neraka.Malah Abu Labah dan isterinya ke Neraka.

Seorang Ibu juga adalah manusia biasa bukan MAKSUM,namun apabila ada perselisihan anak-ibu,ramai menyalahkan anak namun hakikatnya banyak kes berpunca dari sikap seorang ibu.

Kehidupan ini hanya sementara,hubungan ibu-anak hanya di dunia sahaja,di akhirat nanti lu lu gua gua......Ibu tidak boleh membantu anaknya,begitu juga sebaliknya.

Wlupun Islam mewajibkan anak-anak mentaati ibu,namun bukan semua perkara .

"Tiada ketaatan kepada makluk dalam menderhaka kepada Pencipta"

Itulah hadis yang perlu dipegang.

Taat membabi buta yang menyebabkan banyak isteri meminta cerai dgn suami kerna suruhan ibu.Banyak anak gadis beriman berkahwin dgn lelaki dajal kerna taatkan ibu.Banyak juga perempuan menggunakan nasi kangkang kerna taatkan ibu.Mentaliti ketaatan kpd ibu dlm semua perkara wajar diubah.

Mohon maaf jika ada salah silap dalam pencerahan.Ilmu sedikit namun mahu berkongsi apa yang ada di dada.







Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 05:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2014 04:35 PM | Show all posts
ussopp posted on 23-8-2014 07:14 PM
anda seorang yg Allah masukkan dalam ujian dari ibu bapa......

maka buatkanlah yg terbaik....

terima kasih usopp atas segala pandangan dan nasihat yang diberikan.
amat saya hargai..
sama2lah doakan yang baik2 untuk keluarga ini.. aamiin..
Last edited by dhuwik on 28-8-2014 04:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 04:40 PM | Show all posts
Abangcute posted on 23-8-2014 08:57 PM
Pada pandangan saya, kepada si A,

1) minta maaf aje kepada ibu.

sudah minta maaf, namun ibunya seperti tidak memaafkannya
sehingga ibunya menolak anaknya itu dan tidak
benarkan anaknya balik kerumah lagi..   Last edited by dhuwik on 28-8-2014 04:41 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 04:50 PM | Show all posts
NorAddin posted on 26-8-2014 12:45 AM
salam

semoga A dengan B ..

NorAddin terima kasih..

memang terlintas untuk melakukan seperti apa yang dikatakan oleh anda.
namun si B terus menyepikan diri sehingga kinu setelah tercetusnya pergaduhan itu..
mungkin si B turut memarahi si A atas apa yg terjadi.

sebelum kejadian gaduh ini terjadi si B mesra jer dengan si A.
saya pun tak pasti kenapa si B menyepi tanpa bertanya apa2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 05:21 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-8-2014 05:37 AM
( Ini umum,bukan utk TT shj )

1.Jk dikata ibu JAHIL,mmg ada benarnya.

alhamdulillah...

lega sikit hati ini bila anak tidak bersalah jika menegur ibu..
tapi saya lihat si A sekarang seperti rindukan ibu. sedih saya lihat dia.
harap allah kuatkan hatinya agar sentiasa berdoa untuk melembutkan hati ibunya..  
aamiin...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 05:25 PM | Show all posts
dhuwik posted on 28-8-2014 05:21 PM
alhamdulillah...

lega sikit hati ini bila anak tidak bersalah jika menegur ibu..

selagi bernama MANUSIA ,pasti ada konflik dan sakitnya menggigit lidah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dhuwik posted on 28-8-2014 04:40 PM
sudah minta maaf, namun ibunya seperti tidak memaafkannya
sehingga ibunya menolak anaknya itu da ...

Itu berita baik.

Saya harap JGN BERHUKUM dgn kata2 saya ini. Si ibu itu ada kesombongan. Tak pe, usahakan berjumpa dgn ibu itu walaupun si ibu berkata buruk. Bersabar, bersabar dan bersabar sehingga akhir hayat.

Ada hikmah org yg berusaha senyum kpd ibu. Jika ibu berkata "kenapa senyum?". Berkatalah Rasullullah menggalakkan senyum. Senyum itu Sunnah.

Jika ibu berkata "kenapa terhegeh2 datang?" berkatalah dgn lembut "Allah berjanji syurga kepada sesiapa yg menghubungkan silaturrahim"

Wallah Hu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2014 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia yg berpenyakit pada hati itu bila diberikan senyuman kpdnya, mereka menganggap itu suatu bentuk celaan kpd dirinya. Sedangkan senyuman yg ikhlas kerana Allah itulah suatu rahmat kpd yg mahukan petunjukNya.

Memberikan pandangan bukanlah suatu penyelesaian. Akan tetapi menunjukkan pandangan itulah penyelesaiannya.

Ruang dan masa itu milik Allah. Bersabarlah ketika diuji olehNya.

Renung2kan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 04:46 PM | Show all posts
dhuwik posted on 28-8-2014 04:50 PM
NorAddin terima kasih..

memang terlintas untuk melakukan seperti apa yang dikatakan oleh anda.  ...

salam

no problemo ..
lintasan yang baik .. d'percepatkan ..
kalau d'lambatkan syaitan akan buat was was .. hehe
memang terlintas untuk melakukan seperti apa yang dikatakan oleh anda.
namun si B terus menyepikan diri sehingga kinu setelah tercetusnya pergaduhan itu..
mungkin si B turut memarahi si A atas apa yg terjadi.

sebelum kejadian gaduh ini terjadi si B mesra jer dengan si A.
saya pun tak pasti kenapa si B menyepi tanpa bertanya apa2.

mungkin si B menyepi kerana si A masih sedang marah ..
mungkin si B memberi ruang dan masa untuk si A .. cool ..
sooo .. when si A dah cool .. state of mind stable ..
dah boleh communicate balik dengan si B ..
si B should accept si A .. bcoz status dia .. seorang yang lebeh bepelajaran ..

wassalam


p/s ..
sudden decision at spur of d'moment .. very critical ..
especially bila kita ada problem yang sedang menekan ..
anyway .. hehe .. teringat ada yang kata ..
'the advice of old men is dearer than the bravery of young men ..'
hrrrmm ..

all d'best .. insyAllah .. amin




Last edited by NorAddin on 2-9-2014 08:53 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2014 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap anda sabar dan teruskan konsisten menjadi anak yg soleh/solehah...anda ni sebenarnya diuji...dan bila diuji, anda mahu jadi pemenang, kan? Maka, senyum sahaja dan...ucaplah Alhamdulillah...doakan ibu...

May be there id something in you or about you yg indah dan Allah wants you to know that you are indeed insya Allah very strong!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2014 05:40 PM | Show all posts
semoga allah membalas jasa baik kalian diatas segala nasihat..

si A ada bertanyakan pada asaya adantak si B berhubung dgn saya..
saya katakan tidak ada. sepertinya si A rindukan keluarganya..
saya tumpang simpati..
saya doakan agar mereka sekeluarga kembali bersatu.. aamiin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070567 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list