CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8650|Reply: 7

Bentuk Wajah Nabi Isa 'Alaihissalam Dan Rupa Wajah Dajjal

[Copy link]
Post time 7-8-2014 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Bentuk Wajah Nabi Isa 'Alaihissalam Dan Rupa Wajah Dajjal

RASULULLAH S.A.W. bersabda : "Pada hari ini aku lihat Ka'abah di dalam mimpiku. Seorang telah meletakkan tangannya di atas bahu dua orang lain sambil itu bertawaf di keliling Ka'abah. Wajahnya sangat cantik putih melepak. Gelung rambutnya tergantung-gantung di bawah cubing telinganya dan tersangat cantik bentuknya sebagaimana yang kamu pernah lihat rambut yang cantik. Dia menyikat rambutnya dan air menitis daripada rambutnya. Aku telah bertanya seseorang : "Siapakah orang itu?" Dia menjawab : "Dialah Masih Ibni Maryam".

Di dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Masih Ibn Maryam memakai pakaian kuning, kedua-dua tangannya diletakkan di bahu dua malaikat lalu turun ke bumi daripada langit. Apabila baginda menundukkan kepalanya, maka gugurlah peluh daripada kepalanya seumpama mutiara seakan-akan bijirin yang terbuat daripada perak.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : "Sekali lagi aku melihat seorang meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu dua orang. rambutnya sangat kerinting. Matanya buta sebelah kanan seumpama anggur menonjol daripadanya. Yakni tidak ada anak mata di dalam matanya yang membolehkan sesuatu itu dapat dilihat. Sebaliknya ia berwarna putih seperti anggur menonjol, nampak terlalu hodoh. Di kalangan manusia yang dapat aku perhatikan adalah seirasnya seperti Abdul 'Uzza Bin Qat'n."

Di dalam Hadis yang lain dia digambarkan sebagai berwajah merah, badannya berat dan rambutnya tersangat kerinting, matanya pula buta sebelah kanan. Apabila aku bertanya siapa orang itu, diterangkan bahawa itulah Masih Ad-Dajjal.

Di dalam Hadis yang lain bahawa Dajjal itu pendek bentuk badannya. Kakinya pengkar (pendek sebelah). Imam Baihaqi r. 'alaihi telah menulis di dalam kitabnya Al Baith Nusyur bahawa Dajjal akan keluar dengan menunggang kaldai berwarna putih melepak yang jarak antara telinganya adalah 70 ba' (satu ba' bersamaan 2 ela).

Nota :
Rasulullah s.a.w. melihat Dajjal bertawaf keliling Ka'abah, Rumah Allah. Bagaimana tawaf ini boleh terjadi? Sedangkan Rumah Allah adalah Kiblat orang-orang Islam di aman Allah berfirman sebagai asbab wujudnya lagi dunia ini (Al Quran). Maka Dajjal yang bertawaf mengelilinginya dianggap sebagai satu cara dan jalan yang dia ada akan menyesati orang-orang Islam seumpama pencuri yang mengelilingi sebuah bangunan dan mansion untuk mencari jalan masuk. Begitulah juga denga Nabi Isa Ibn Maryam juga bertawaf keliling Ka'abah sepertilah tuan rumah atau bangunan itu mengelilinginya untuk melihat tempat-tempat yang patut dibaiki dan ditampal agar ia menjadi lebih kuat dan yang reput diganti.





Read more: http://ismadiyusuf.blogspot.com/2011/12/bentuk-wajah-nabi-isa-alaihissalam-dan.html#ixzz39h5r0Hww

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2014 03:19 PM | Show all posts
Di dalam Hadis yang lain bahawa Dajjal itu pendek bentuk badannya. Kakinya pengkar (pendek sebelah). Imam Baihaqi r. 'alaihi telah menulis di dalam kitabnya Al Baith Nusyur bahawa Dajjal akan keluar dengan menunggang kaldai berwarna putih melepak yang jarak antara telinganya adalah 70 ba' (satu ba' bersamaan 2 ela).

KALDAI NI DAH ADA KAT MALAYSIA KOT?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2014 05:32 PM | Show all posts
uniq61 posted on 20-11-2014 03:19 PM
Di dalam Hadis yang lain bahawa Dajjal itu pendek bentuk badannya. Kakinya pengkar (pendek sebelah). ...

hm...menariknya tuan, silalah beri pencerahan apakah maksud yg tuan faham berkenaan keldai puteh yg jarak telinganya seperti 2 ela tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 02:18 AM | Show all posts
sumber blog tu dia petik dari mana mana ke? ade tak kalau ye boleh tampalkan . ini untuk rujukan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2014 04:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:18 AM | Show all posts
uniq61 posted on 20-11-2014 03:19 PM
Di dalam Hadis yang lain bahawa Dajjal itu pendek bentuk badannya. Kakinya pengkar (pendek sebelah). ...

ada pendapat yg mengatakan kaldai yg di maksudkan ialah jet ...

rujuk: http://adam-thehiddentruth.blogs ... ari-perspektif.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 01:52 PM | Show all posts
uniq61 posted on 20-11-2014 03:19 PM
Di dalam Hadis yang lain bahawa Dajjal itu pendek bentuk badannya. Kakinya pengkar (pendek sebelah). ...

saya tak berani kata apa yang disebut hadis ini...
sama ada sahih atau tidak...wallahualam...pertama kali dengar..
berbeza dengan seorang sahabat Rasulullah yang pernah berjumpe Masihi - Al Dajjal...
disebut dalam hadis tersebut bentuk tubuh badan Dajjal SAngat besar dan tidak pernah dilihat Manusia Sebesar ini dalam erti kata lain ianya seperti Raksasa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 07:17 AM | Show all posts
salam

bentuk rupa bena wajah sendiri .. lebeh afdal ..
kamu akan tau siapa kamu ..

wassalam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.092472 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list