View: 3097|Reply: 7
|
Lengkapkan Percutian Anda Dengan Insurans Perjalanan
[Copy link]
|
|
Rata-rata dikalangan masyarakat masa kini sudah menjadi suatu trend menjadikan percutian sebagai aktiviti tahunan. Tidak kira dalam negeri mahupun luar negara. Percutian bersama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang tersayang tentu menjanjikan sebuah percutian yang paling indah. Di samping dapat menenangkan minda yang selama ini sarat dengan rutin kerja serta rutin harian.
Namun dalam pada anda membuat perancangan untuk bercuti. Pernah atau tidak anda terfikir soal keselamatan ketika anda ingin bercuti? Adakah anda pernah terfikir mengenai kebajikan dan keselamatan diri dan mereka yang bersama-sama mengikuti percutian tersebut? Bagaimana jika berlaku perkara yang tidak diduga seperti kemalangan, cedera dan sakit dikalangan keluarga, rakan atau anda sendiri ketika bercuti.
Perkara sebegini sememangnya perlu dititik beratkan, kerana itu insurans perjalanan adalah sebuah polisi terbaik yang perlu dimiliki sebelum memulakan perjalanan percutian anda. Ini kerana ia mampu melindungi anda dan yang tersayang sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga seperti kemalangan, sakit, kehilangan bagasi, dokumen penting dan penangguhan penerbangan.
Sebagai contoh, jika anda terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau sakit. Sudah tentu kos rawatan di luar negara lebih mahal berbanding di negara sendiri. Malah akan menimbulkan lagi masalah jika dalam masa yang sama duit anda telah habis dibelanjakan dengan membeli-belah serta menampung perbelanjaan harian. Atau mungkin waktu itu dompet anda hilang?
Di saat getir di mana anda memerlukan rawatan segera dan diwaktu itu juga anda tidak mempunyai sumber wang yang mencukupi akibat daripada berlaku musibah yang tidak dijangka.
Namun sekiranya anda dilindungi oleh insurans perjalanan, anda tidak perlu bimbang kerana manfaat perlindungan yang disediakan oleh insurans perjalanan termasuklah kemalangan diri, belanja perubatan, penghantaran jenazah, kehilangan bagasi, dokumen penting dan penangguhan penerbangan. Anda tidak perlu memikirkan mengenai kos rawatan atau masalah lain yang telah terkandung dan dilindungi oleh insurans perjalanan anda.
Masih ramai yang beranggapan bahawa insurans perjalanan tidak perlu dan tidak penting seperti perlindungan insurans yang lain. Mengapa? Kerana anda terlalu yakin tiada apa bakal terjadi malah anda juga yakin sudah mengambil langkah berhati-hati. Namun sesungguhnya malang tidak berbau. Oleh itu, kepentingan pembelian insurans perjalanan bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri, malah amat bermanfaat untuk seluruh ahli keluarga.
Sewajarnya jadilah individu yang bijak dalam mengambil langkah pencegahan dalam mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan diri sebelum menuju ke destinasi yang ingin dituju.
Ini kerana sudah pasti anda tidak mahu percutian yang selama ini dinanti-nanti sebaliknya akan memberi tekanan kepada anda jika berlaku hal yang tidak diduga seperti kemalangan, sakit, hilang dokumen, hilang bagasi dan sebagainya.
Adakah anda masih ragu-ragu dan merasakan perjalanan anda tidak perlu dilindungi? Semata kerana beranggapan ianya hanyalah sebagai suatu pembaziran. Hakikatnya, persepi sedemikian hanya akan membuat anda mengeluh dikemudian hari sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Jadi masih belum terlambat untuk anda lengkapkan percutian dengan insurans perjalanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah ambil sebelum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru posted on 5-8-2014 03:47 PM
Tak pernah ambil sebelum ni.
Untuk masa akan datang apa kata cuba ambil demi menjaga kebajikan dan keselamatan jika berlaku musibah sewaktu bercuti terutama ke luar negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
easicircle posted on 5-8-2014 04:32 PM
Untuk masa akan datang apa kata cuba ambil demi menjaga kebajikan dan keselamatan jika berlaku mus ...
Mmg akan ambil lps ni. Sblm ni rase mcm x penting pun. Aritu pegi india kena cirit birit sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Musibah yang tak dijangka seperti ini paling ingin dielakkan sewaktu bercuti kerana kos perubatan di sesebuah negara berbeza. Kadang-kala kosnya tinggi. Semoga perjalanan anda dan keluarga selepas ini dilindungi oleh insurans perjalanan. |
|
|
|
|
|
|
|
drivethru posted on 5-8-2014 06:10 PM
Mmg akan ambil lps ni. Sblm ni rase mcm x penting pun. Aritu pegi india kena cirit birit sekeluarg ...
Apa agaknya kesukaran yang dialami awak sekeluarga di sana sewaktu semua mengalami cirit-birit?
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg beli kalau travel.. lepas2 ni pun akan terus beli, nak include penghantaran jenazah skali... |
|
|
|
|
|
|
|
lipsofanangel posted on 6-8-2014 03:18 PM
mmg beli kalau travel.. lepas2 ni pun akan terus beli, nak include penghantaran jenazah skali...
Bagus beringat sebelum terkena, tapi beli yang polisi lengkap bukan sekadar hilang bagasi, dokumen penting atau sakit sahaja dilindungi. Tapi kalau berlaku kematian juga jenazah akan dibawa pulang. Malang tidak berbau, faham-faham sahajalah kos penghantaran jenazah dari luar negara sudah semestinya mahal.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|