CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2933|Reply: 4

Pemanis Tiruan merbahayakan kesihatan

[Copy link]
Post time 23-7-2014 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Gula sememangnya diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Tetapi pengambilan gula berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti kencing manis, kegemukan dan sbgnya. Hari ini kita tgk byk pemanis tiruan ada di pasaran untuk menggantikan gula dimana ianya dikatakan tiada kalori yang boleh membantu menurunkan berat badan, membantu mengawal paras gula dalam darah dan baik utk pesakit diabetes.

Sedarkah kita sebenarnya pemanis tiruan adalah gula yang dihasilkan secara kimia dan bukan terhasil secara semulajadi. Untuk kebaikan kita, seeloknya jika kita tukar pengambilan gulan tiruan kepada yg semulajadi. Lagi pun sekarang sudah byk gula semulajadi yg ada di pasaran. Yang terbaru pengasilan gula semulajadi dari ekstrak daun stevia.

Stevia dikenali sebagai 'daun manis' atau Stevia rebaudiana, stevia adalah kira-kira 300 kali lebih manis daripada gula tetapi tidak mengandungi sebarang kalori. Ekstrak stevia diperbuat daripada bahagian yang paling manis dalam daun stevia.

Di samping rasanya yang sedap, ekstrak stevia adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Ekstrak stevia tidak mengandungi kalori dan tidak menaikkan paras gula darah. Oleh itu ia adalah pilihan unggul bagi penghidap pra-diabetes, diabetes dan mereka yang mengambil berat tentang kesihatan.

Sebagai pemanis semulajadi, rasa stevia tidak seperti gula; namun ia tetap menjadi pengganti gula yang terbaik. (Jika diambil kira 'kemanisan', tidak ada pemanis lain sama ada semulajadi atau tiruan yang setanding dengan gula biasa, kerana gula sudah menjadi 'piawaian emas' sebab kita telah biasa dengan gula sejak kita dilahirkan.)



Hidup sihat tanpa penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2014 12:49 PM | Show all posts
Nama lain bagi gula tiruan adalah sucralose. Sucralose bahaya utk kesihatan kerana memberikan pelbagai kesan kepada pengguna. Antaranya:

1. Sucralose adalah bukan semulajadi. Ianya pemanis tiruan berklorin dimana dihasilkan secara kimia.
2. Sucralose boleh menghasilkan bahan kimia penyebab kanser. Sebatian karcinogenik dioksin dihasilkan bila sucralose dipanaskan.
3. Sucralose meningkatkan risiko Penyakit Radang Usus (IBS).
4. Sucralose boleh menggalakan kepada penyakit diabetes. Walaupun sucralose boleh menambahkan kandungan gula dalam darah, peningkatan 20% dalam paras insulin dan penurunan 7% pada pembersihan insulin, penunjuk penurunan insulin sensitivity.
5. Sukralose menjadikan diabetes makin teruk. Bagi yang alami diabetes pastinya akan guna sucralose untuk elakkan gula. Tetapi, sucralose menunjukkan peningakatan glycosylation haemoglobin dalam pesakit kencing manis.
6. Sucralose adalah punca kepada penyakit migraine.
7. Sucralose menyebabkan kerosakan limpa dgn mengurangkan berat limpa.
8. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan pada system imun iaitu kalenjar tymus.
9. Sucralose boleh menyebabkab kerosakan pada DNA.
10. Sucralose boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 04:00 AM | Show all posts
orang tak nak kena kencing manis dia pergi suruh ambik gula original doktor sendiri yang suruh ambik artificial lagi nak suruh orang cepat mampos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2014 11:55 AM | Show all posts
beza antara artificial nga yg ori yg artificial ni tiada kalori. Tapi ini berdasarkan kajian kena beringat la sebelum kena
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 05:06 PM | Show all posts
boleh search dalam google kesan gula tiruan kepada kesihatan..dalam luar negara banyak sangat kajian yang dibuat mengenai kesan negatif gula tiruan. Macam2 ada sekarang dari aspartame, sucralose, dan banyak lagi la kategori gula yang ada sekarang..

yang boleh share kan..
boleh baca dalam ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054359 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list