Hercules Official Trailer #1 (2014) - Dwayne Johnson, Ian McShane Movie HD
Having enduring his legendary twelve labors, Hercules, the Greek demigod, has his life as a sword-for-hire tested when the King of Thrace and his daughter seek his aid in defeating a tyrannical warlord.
-Not to be confused ngan thread lg satu tu. bg sape2 peminat the rock sila kasi review kt sini ye
Dah tengok.. Dalam cerita ni hercules anak dewa tu lagenda. Orang rapat sekeliling dia yang buat cerita dan angkat darjat hercules untuk jadi hero dan satukan semua orang. Sebab diorang percaya yang manusia ni perlukan satu hero untk diorang bergantung dan bila ada hero di kalangan diorang, diorang kira macam tak terkalah la. Di samping untuk strategi takutkan musuh jugak.
So ending dia macam bagi kita decide sendiri, legend of hercules tu betul ke tak. Sebenarnya tak kira latar belakang kita apa, asalkan ada motivasi dan percaya kemampuan diri sendiri, kita pun boleh jadi 'hercules'. Tu yang saya faham lah. Kalau salah mohon dibetulkan.
Tp cerita ni memang x sama macam cerita hercules yang selalu tengok. Dia fokus pada sisi manusia hercules ( well maybe sebab dia memang manusia biasa pun) dan kewibawaan dia sebagai general perang (eh general perang upahan je kot). Cerita dia okay xde meleret ke apa, just nice.
Tapi sedikit terganggu dengan lakonan perempuan yang memanah tu sebab nampak x convincing sebagai archer. Gerakan dia kasar tapi tak padu, lembik dan tak tangkas. Selalunya archer kena laju, dan setiap gerakan dia walaupun lemah lembut tapi nampak ada 'weight'. Sorry tak jumpa perkataan sesuai nak cakap.
Da tgk citer ni dua ari lepas versi 3D. Efek 3D tak byk, awal citer je nmpak. Then the rest takde. Mcm citer Ironman 3 3D la.. wat 3D version just nak kaut untung. Overall, jalan citer ok, byk da boleh expect. Bile Hercules side kat raja and pergi perang, tetibe menang kat pertengahan citer... kite da bole agak side raja tu sebenarnyer jahat. X byk action. Ending scene I like, baru menunjukkan betapa kuatnyer Hercules.
Movie ni actually buat kite tertanya2 wether Hercules ni mmg betul2 hebat, adakah betul die ni half god and half human.. or just a mitos. At the end, waktu die angkat patung batu yg besar, barula kawan2 die mcm mula nk percaya die ni anak tuhan Zeus, and so are we. LOL.
The Rock jadi Hercules aku xde hal sgt. Aku mmg minat The Rock. Cuma The Rock ni xde sixpack da sgt, tp badan still buff. Ketiak hitam sket. Malas nak cuci kot.