CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[MBC] My Spring Day - Celaka sedih betul ending, luruh jantung okey!!: skymaniam

[Copy link]
Post time 11-11-2014 02:51 PM | Show all posts
dauswq posted on 11-11-2014 02:16 PM
ooo
kalau camtu, nak letak pencalonan?

leh edit ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2014 02:52 PM | Show all posts
ayushuhada04 posted on 11-11-2014 02:51 PM
leh edit ke?

tak per bgth kat sini
nanti saya editkan..

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 03:34 PM | Show all posts
dauswq posted on 11-11-2014 02:52 PM
tak per bgth kat sini
nanti saya editkan..

hero dan heroin je ler...

ahjusi dan bomyi...best actor n actress
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 04:04 PM | Show all posts
tajuk benang tak menahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 04:05 PM | Show all posts
skymania posted on 4-11-2014 02:17 AM
hoii!! tajuk thread macam haram! tuka!! jadahnyer nama aku??????????

motip dapat tacang terus muahahahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:50 AM | Show all posts
baru nk bagi review
@dauswq

Rating Keseluruhan Drama:  (8.5 + 9 + 8 + 3 + 3 = 31.5 / 4 = 7.875)
Review The Spring Day Of My Life

Pertama kali menonton preview drama ini bila tengok ending cite Fated To Love You mmg takde perasaan jgk laa utk menonton disebabkan jalan cite yang seakan mcm Summer Scent. Tapi bila cite ini dah start..baca review ramai yang ckp cite ini best...lelebih lagi suggestion dari kak @ayushuhada04  apa lagi cess cuba nak tengok cite ini. dan terbukti cite ini mmg akan diingati sepanjang zaman laa..
selepas Full House, Secret Garden, My Love From The Star, I'm Sorry I Love You dan byk lagi...



1. Cerita  (8.5/10)
Cerita ini mengisahkan mengenai perjalanan hidup BomYi selepas menjalani pembedahan transplan jantung.
BomYi bekerja sebagai dietitian di hospital di mana Ibu dan Bapanya bekerja sebagai Presiden dan Pengarah Hospital.
Disebabkan dia pernah mempunyai sejarah kesihatan yang tidak baik, BomYi tekad untuk bekerja membantu pesakit dari segi pengambilan pemakanan yang sihat dan penyediaan bahan mentah yang baik. Akibat seorang makcik ini tidak menyentuh sebarang makanan, BomYi tidak puas hati dan bertanya pada makcik apa yang makcik ini nak makan untuk memulihkan selera makcik ini. Makcik ini pon cakap dia nak makan sup tulang..jadi BomYi ni beriye aaa ajak kwn baik Sena subuh2 pergi ke pembekal daging semata nak beli gred daging berkualiti.
Dah la dia pon tak beli stok daging untuk hospital. Konon nak beli sekaligus kat tempat ini.


Bila sampai turn BomYi, dia pon buat pesanan sampai 16 bungkus.
Tetapi sbnrnya limited untuk seorang pelanggan adalah 2 bungkus je.



Saat ini bermulanya pertemuan dengan DongHa dan titik tolak kehidupan BomYi yang penuh dengan warna warni dan kebahagiaan.

DongHa ingatkan BomYi ini mcm pemborong. Beli daging di tempat ini dengan harga murah dan jual pada org lain dengan harga mahal. Mengamuk la BomYi bila dituduh oleh ahjussi ini. Saat yang terkesan kat hati BomYi dan memang makan dalam membuatkan BomYi mengamuk bila DongHa ckp Dia hidup kat dunia ini Free ke...Dia mohon ahjussi minta maaf apa yang DongHa ckp kan. Tapi bila DongHa menoleh ke arah BomYi dengan panas hati, BomYi terjatuh dan ketika itu semua pelanggan telah merakamkan aksi pergaduhan mereka ini. BomYi mmg geram dengan tindakan ahjussi ini.

Setiap tahun DongHa sekeluarga akan pulang ke Udo Island pada tarikh kelahiran Dong Ha dan juga merupakan tarikh ulangtahun kematian isterinya. Bila BomYi dapat tau pemilik jantung ini asal dari Udo Island, BomYi eksaited untuk pergi ke Pulau ini bagi mengucapkan terima kasih kepada pemilik jantung ini sebab sehingga saat ini dia masih hidup.


Ketika BomYi jalan-jalan menikmati keindahan ciptaan alam di Udo Island, dia ternampak seorang lelaki yang disangkakan membuang sampah ke dalam laut.


Apa lagi, BomYi meluru ke ahjussi ini dan terus merampas botol yang dipegang ahjussi dan memberitahu apa yang dia buat ini adalah salah dan boleh menyebabkan keindahan laut di pulau ini akan tercemar.
Ahjussi terkejut bila melihat perempuan di depan mata dia ini adalah perempuan yang sama ketika pergaduhan di Seoul. Tetapi BomYi tidak perasan DongHa disebabkan ketika itu DongHa memakai face mask. BomYi terus membuang botol tersebut dan teruskan perjalanan. Ketika itu dia ternampak anak-anak DongHa. Ada perasaan sayu tiba-tiba meresap dalam jiwa BomYi apabila melihat mereka.



Perkenalan dengan anak-anak DongHa membuatkan PoReum terasa dekat dengan BomYi. Bila ahjussi ternampak kemesraan BomYi bersama anak-anaknya terus bertanya pada BomYi dia memang tidak mengenali dia ke?
BomYi pelik dgn soalan ahjussi ini. Dia ingat la DongHa yang dok buang sampah kat laut tadi. Ahjussi marah pada anak-anaknya sebab cepat sangat mesra dengan orang yang tidak dikenali. PoReum hangin pada ayahnya
dan berbisik memberitahu BomYi yang memberitahu keadaan dia ketika kali pertama datang bulan. Terus DongHa rasa bersalah. BomYi terus marah pada DongHa dan sempat pesan berikan makanan khasiat buat BomYi.
BomYi sempat bagi kad pada Po Reum. Ketika itu baru la Dong Ha tahu bahawa BomYi tidak menipu ketika di Seoul mengatakan dia seorang Dietitian.

BomYi teruskan perjalanan. Ketika dia leka berkomunikasi dia terkejut bila ditegur DongHa. DongHa nak pastikan dia bukan berdiri kat atas batu itu untuk tujuan bunuh diri. Berang la bila dengar DongHa cakap mcm tu terus dia membebel mengatakan apsal lak dia nk bunuh diri.
Lepas tu DongHa ckp dia bukan nk menyibuk tapi jiran dia yang risau suruh tengokkan keadaan BomYi. BomYi tersedar dia berada dikelilingi air. Ketika BomYi ingin turun dari tempat itu, dia tergelincir dan menyebabkan BomYi
terjatuh ke dalam laut. Apa lagi DongHa terus meluru ke dalam laut untuk menyelamatkan BomYi.

Di Udo Island ini byk moment kelakar antara BomYi dan DongHa...DongHa mula bertambah suka dengan BomYi ketika berada di pulau ini.

Apabila setiausaha DongHa tahu akan kes DongHa tertidur dengan BomYi lagi la eksaited menyakat CEO.
Siap save kan nombor phone BomYi kat telefon DongHa "Bom-Tepanette"...hahah gara2 buku novel favorite DongHa..

Di Seoul, baru BomYi perasan rupanya orang yang dia bergaduh dekat tempat daging adalah DongHa. Dia naik berang dan disepaknya kaki DongHa.

Dia tak sangka rupanya DongHa ni merupakan CEO dan paling dia terperanjat DongHa adalah abang pada DongWook kekasihnya.
DongHa ingin mohon maaf dengan sanggup menyalurkan pembekalan daging di hospital ini. Disebabkan malu ngn tindakannya


Dia minta DongWook jangan reveal hubungan dia kepada DongHa. DongWook terkejut kehadiran abgnya di hospital. Kenapa abgnya yang datang untuk hal minta maaf. Dia boleh wakilkan pada orang lain untuk uruskan. Di sini, DongWook mula syak abgnya ada perasaan pada BomYi. Lebih-lebih lagi jantung yang ada dalam diri BomYi adalah jantung isteri abgnya. DongWook mula rasa risau walaupon dari segi perubatan tidak wujud "cellular memory". Lebih-lebih lagi sebelum ini, isteri abgnya adalah cinta pertama buat DongWook.

Pihak hospital pula mohon BomYi untuk dapatkan semula tawaran dari syarikat DongHa untuk menjadi pembekal daging di hospital. Jadi, BomYi terpaksa juga berjumpa semula DongHa. Segan jgk BomYi mcm mana nk suruh DongHa batalkan apa yg BomYi ckpkan sebelum ini. DongHa pon taknak bagi BomYi rasa segan sgt dia ckp dia dan tolak cdgn BomYi yang tolak permintaannya. Hahaha.
Kebetulan BomYi dah dtg jadi DongHa mempelawa BomYi untuk melihat persekitaran tempat kerja.

DongWook beritahu DongHa dia nak kenalkan bakal isterinya dekat keluarga. DongWook siap beli baju baru utk 2 org ank buah dia..
Disebabkan DongHa tiada membuat persiapan lagi untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru, jadi dia dan PoReum membeli belah. Kebetulan terserempak dengan BomYi.
Jadi eksaited PoReum bila nampak BomYi. DongHa pon minta bantuan dari BomYi kalo dapat tolong dia beli baju dan souvenier untuk bakal adik ipar.

jeng jeng jeng...saat ini la terbongkar siapa BomYi. Terkejut DongHa..yang sedih PoReum..sbb dia dpt rasakan sifat keibuan kat diri BomYi..dia harap BomYi dapat jadi pengganti..
DongHa cuba jgk menjauhkan diri tapi BomYi ni tak faham sampai laa DongHa terus terang tak bole jumpa semua sbb kena jaga hati jgk pd DongWook...lelebih lagi sekarang dia dah mula
jumpe dan kenal dgn JiWon..BomYi mmg terasa dihati sbb tak boleh jumpa dgn DongHa..Makin lama makin kuat perasaan suka pada DongHa...

Bila DongWook tahu abgnya suka BomYi, dia pon bagitahu pada DongHa mungkin perasaan DongHa tu hanya kebetulan shj memandangkan jantung yang ada pada BomYi adalah jantung bini dia..bila DongHa tahu, dia tak sangka dan sedih. Dia mula berfikir mungkin benar dia suka pada BomYi disebabkan jantung tu milik isterinya.

BomYi diterima bekerja pula di syarikat DongHa, lagi membuatkan perasaan suka tu bertambah. DongHa terpaksa ambil langkah menjauhkan diri pergi ke Udo Island. Bila BomYi dapat tahu pemilik jantung ini, terus dia jumpa DongWook untuk dapatkan kepastian. Dia terus mesej DongHa...terima kasih pada DongHa..baru dia tau apa yg DongHa rasa..DongWook bagitahu juga pada BomYi, perasaan abgnya suka pada BomYi mungkin betul. Bila BomYi dapat tahu, dia nekad pergi berjumpa dia Udo Island.

DongHa terkejut bila BomYi datang ke pulau ini dan tanya kenapa BomYi datang. BomYi cakap dia merindui DongHa. Utk sekali ini, boleh tak DongHa terima dia. DongHa beritahu mungkin perasaan yang BomYi suka padanya adalah disebabkan jantung isterinya merindui dia.
BomYi pon menjelaskan perasaannya adalah benar. Dia masih lagi suka segala yang dia suka sblm dia buat pembedahan jantung. BomYi meyakinkan DongHa.

Bila BomYi dah pulang ke Seoul, dia beritahu pada keluarganya dia tidak dapat meneruskan hubungan dengan DongWook. Jadi, makin marah la mak BomYi. Lebih-lebih lagi hospital tengah mengalami masalah kewangan disebabkan kes keluarga potong line ambil jantung buat BomYi.

DongHa juga pulang ke Seoul dan jumpa BomYi. Dia terima pelawaan BomYi untuk teruskan hubungan.

Percintaan mereka dapat halangan bila mak BomYi tau siapa yg dah curi hati anak dia. Dia marah BomYi. Sebab DongHa tu sebaya dengan ayah BomYi. Tapi BomYi jelaskan pada mak dia. Sepanjang hidup dia, saat ini laa dia rasa bahagia sangat sebab dapat mengenali DongHa.

Ingatkan kebahagiaan mereka ini akan berterusan. Tidak sangka pula jantung BomYi ada komplikasi. Bermulalah saat duka sehingga membawa kepada kematian BomYi.

Memorable scene
Saat BomYi datang ke Udo Island semula untuk berjumpa semula Dong Ha




Masa hanimun...huuhu sedih gile masa ni





2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

Best Actor - Kam Woo Sung

Watak DongHa ini merupakan seorang lelaki matang yang sebelum ini mempunyai watak yang ceria tetapi berubah bila kematian isteri.
Perkenalan dengan BomYi banyak merubah keceriaan dalam hidup DongHa dan keluarga.
Lakonan yang bersahaja yang dibawa oleh Kam Woo Sung memberi impak yg luar biasa untuk watak ini.

Best Actress - Choi Soo Young

Watak BomYi seorang yang tegas, ceria dan suka membuat keputusan sendiri. Malah dia juga suka membuat tindakan yg merisaukan ibu dan bapanya. Emosi yang dilakonkan oleh SooYoung mmg terbaik!!! Lakonan nya membawa kita sama-sama beremosi suka dan duka. Dia merupakan pelakon muda yang ada masa depan cerah jika dia pandai memilih watak yang pelbagai pada masa akan datang.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)
Suka dengan pemilihan lokasi Udo Island. Menggambarkan suasana yang tenang dan cantik. Masa honeymoon scene, untuk penuhi hajat terakhir BomYi, shoot cantik kat hills. Gud effort untuk gambarkan perjalanan naik kat atas hills tu.

4. Skor muzik (3/5)
Pemilihan lagu memainkan peranan penting dalam mewujudkan mood terhadap jalan cerita. Antara lagu yang mmg terasaaa sgt nyanyian dari Park Jae Jung - WHO ARE YOU.
Muzik dan lirik dia yang menggambarkann perasaan, pertemuan antara DongHa dan BomYi.

I close my eyes and I can vaguely feel the faraway memories
I go through my memories and think
Have we met somewhere before?

This scent, this warmth
As if they’ve been taken out from my memories
This feeling is like looking at a worn out picture in an old album

Maybe it was because of that
I’m looking at you with my heart that has been locked a long time ago
The more I look, the more it hurts
The more I get to know you, the more I long for you
Who is the person in front of me?

As if our memories are connecting
We are feeling each other once more

This scent, this warmth
As if they’ve been taken out from my memories
This feeling is like touching a worn out picture in an old album

This scent, this warmth
As if they’ve been taken out from my memories
This feeling is like looking at a worn out picture in an old album

When I close my eyes, the faraway memories trickle down with you


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
Keinginan utk tgk semula itu tetap ada..Lakonan terbaik yang dilakonkan oleh semua pelakon. Merindui lakonan dari KWS dan CSY.
Cuma bila memikirkan ending dia yang sedih tu mmg agak susah untuk diterima. tapi ini laa realiti yang perlu diakui tajuk cerita ini "The Spring Day Of My Life".
Pertemuan dan perpisahan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Cuma mcm mana cara penerimaan kita terhadap sesuatu yang berlaku ini. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah tersendiri. Last edited by cess on 2-12-2014 09:56 AM

Comments

TOTAL =8.5 + 9 + 8 + 3 + 3 = 7.88 Terima Kasih atas review Nomination: Kam Woo Sung, Choi Soo Young  Post time 2-12-2014 11:14 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2014 11:17 AM | Show all posts
cess posted on 2-12-2014 09:50 AM
baru nk bagi review
@dauswq

wow cess
dah baca..
pnjg sinopsis
sib baik tak diuraikan lebih tang ending tu

jemput @inaniloquent , @hans78 , @skymania utk baca

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:44 AM | Show all posts
dauswq posted on 2-12-2014 11:17 AM
wow cess
dah baca..
pnjg sinopsis  

Xleh baca lagi.....xnak spoiler ....sbb xabis lagi tgk citer nie....
simoan dulu baca review @cess lps abis buat tgk citer n buat review.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 12:44 PM | Show all posts
dauswq posted on 2-12-2014 11:17 AM
wow cess
dah baca..
pnjg sinopsis  

ko punye rebiu lar spoiler
abesh ko bubuh part ending

daebakkk @cess
ina dh stuck 2 epi last



Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 04:51 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 2-12-2014 12:44 PM
ko punye rebiu lar spoiler
abesh ko bubuh part ending

hahahahahah...
cess asyik edit save..edit save je manjang...tu yg sinopsis panjang berjelaa...tak mampuuu nk cite psl ending
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 04:52 PM | Show all posts
dauswq posted on 2-12-2014 11:17 AM
wow cess
dah baca..
pnjg sinopsis  

hahahha...sinopsis dh mcm jln cite....
tak mampuu nk tulis part ending daus...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:41 PM | Show all posts
masih berbaki lagi.. biler nak layan ni..


bek aku layan coc aku dlu.. beli xbow..then baru la leh layan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 02:07 AM | Show all posts
aku baru layan.. episod  awal dah feel... adakah sbb aku pun paham perasaan ajusi n anaknye itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 11:33 AM | Show all posts
lonso posted on 10-12-2014 02:07 AM
aku baru layan.. episod  awal dah feel... adakah sbb aku pun paham perasaan ajusi n anaknye itu...

jgn lupa join ribiu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 09:21 PM | Show all posts
dauswq posted on 10-12-2014 11:33 AM
jgn lupa join ribiu sekali

hahahah... ak paling malas nak menulis panjang2 nih

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2014 11:00 PM | Show all posts
lonso posted on 11-12-2014 09:21 PM
hahahah... ak paling malas nak menulis panjang2 nih

boleh guna option 2 tu...
rmi forumer newbie guna cara tu utk review...5-10 minit jek diorg dh siap buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 12:26 PM | Show all posts
TGH TENGOK DRAMA NIE BARU EP 8..
MEMANG BEST...
SY BAGI RATING 8.5/10
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
zunur posted on 24-12-2014 12:26 PM
TGH TENGOK DRAMA NIE BARU EP 8..
MEMANG BEST...
SY BAGI RATING 8.5/10

Awalnye bg rating hehe. Dh abis tgk jgn lupa review sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 10:59 AM | Show all posts
The Winners of the 2014 MBC Drama Awards


The 2014 MBC Drama Awards took place on the evening of December 30. The grand prize of the night, voted by the viewers, went to actress Lee Yoo Ri, who made a huge impression on the audience with her villainous character Yeo Min Jung on “Jang Bori is Here.”
The following is the full list of the winners.

Female Excellence Award for Miniseries
Choi Soo Young (“My Spring Days“)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2015 12:43 PM | Show all posts
CARI 2014 K Drama Awards

My Spring Days tercalon:

Terbaik
*Best Actor*
*Best Actress*

Popular:
*Popular Ahjussi*

Info: http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.083631 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list