View: 2370|Reply: 15
|
Bagaimana Untuk Tahu Tahap Kewangan Anda Di Paras Bahaya
[Copy link]
|
|
Bagaimana Untuk Tahu Tahap Kewangan Anda Di Paras Bahaya
Hidup di zaman moden ketika ini begitu mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Apapun kita bukan ingin melihat pada situasi anak orang kaya atau sudah sedia dilahirkan kaya.
Namun kita ingin melihat dari perspektif individu yang mempunyai tahap kehidupan dan pendapatan sederhana. Di mana jika golongan ini tidak mempunyai perancangan kewangan yang bijak, berkemungkinan mereka mungkin tiada simpanan bukan sahaja untuk masa depan tetapi juga diwaktu kecemasan.
Percaya atau tidak lagi banyak pendapatan yang diperolehi lagi banyak wang yang akan mengalir keluar. Sebagai contoh, jika seseorang itu memperolehi gaji sebanyak 4 ribu sebulan adakah individu tersebut hanya ingin memakai perodua myvi dan beg dibeli hanya di kedai biasa.
Sudah tentu selera dan kehendak individu tersebut sudah berubah ke arah barangan yang lebih mewah. Jika anda sendiri meletakkan diri sendiri disituasi yang sama pasti anda juga akan bersifat sedemikian kerana anda tahu anda mampu.
Berbalik pada topik bagaimana untuk mengetahui tahap kewangan anda pada paras bahaya. Ia akan dapat diketahui apabila anda sudah mula berbelanja melebihi pendapatan setiap bulan. Di mana akhirnya anda terpaksa mengabaikan simpanan tetap yang sepatutnya disimpan setiap bulan.
Jika perkara ini berlaku maka anda sudah mula tidak tahu untuk mengawal perbelanjaan harian. Hal ini akan mendorong anda menggunakan kad kredit kerana duit gaji sudah habis sebelum sempat tiba hujung bulan.
Tidak salah untuk individu menggunakan kad kredit namun jangan sampai anda dibelenggu hutang kerananya. Sekiranya anda seorang yang bijak mengawal diri daripada berbelanja dan tahu bagaimana mengawal perbelanjaan anda. Maka silakan untuk anda memiliki 2,3 atau 5 kad kredit. Akan tetapi jika anda tidak tahu mengawalnya, ia akan membawa anda ke paras kewangan yang bahaya.
Seumpama anda gali lubang di sini dan anda cuba tutup lubang satu lagi. Akhirnya, anda sendiri yang terbelenggu dan terbeban untuk menanggung komitmen yang begitu banyak. Oleh yang demikian anda perlu berhati-hati jika ingin menambah komitmen atau berbelanja. Pastikan tahap kewangan anda berada ditahap yang kukuh dan pendapatan yang diperolehi mencukupi untuk menampung segala komitmen dan perbelanjaan anda.
Ayat yang lebih mudah belanjalah mengikut kemampuan. Jangan sampai menggunakan kad kredit atau membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk memenuhi kehendak kehidupan gaya mewah hingga mengakibatkan diri terbeban dengan hutang yang tiada penghujung. Jadi sentiasa berhati-hati dan memeriksa tahap kewangan anda adakah ia di paras bahaya atau tidak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apasal ko bukak thread yg sama kat dua tempat nih..? |
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr posted on 18-6-2014 03:38 PM
apasal ko bukak thread yg sama kat dua tempat nih..?
Maaf saudari, rasanya tak melanggar peraturan. Janji thread mempunyai informasi dan tidak hanya bual kosong. Ini juga thread pendapat dan berkaitan dengan kewangan dan ekonomi. Terima kasih atas pertanyaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
idadzira posted on 19-6-2014 04:36 PM
thank for the info
Most welcome!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
saya rasanya dah mencapai paras bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 19-6-2014 05:28 PM
saya rasanya dah mencapai paras bahaya
Jadi tunggu apa lagi sila ambil langkah pencegahan. Kawal cara perbelanjaan dan mulakan dengan simpanan walaupun hanya 10% sebulan.
|
|
|
|
|
|
|
|
easicircle posted on 19-6-2014 06:00 PM
Jadi tunggu apa lagi sila ambil langkah pencegahan. Kawal cara perbelanjaan dan mulakan dengan sim ...
awal bulan mmg simpan tp hujung bulan keluarkan balik
|
|
|
|
|
|
|
|
maleo posted on 20-6-2014 09:42 AM
awal bulan mmg simpan tp hujung bulan keluarkan balik
Cuba letakkan di dalam akaun simpanan yang tidak mempunyai atm. Seboleh-bolehnya jangan keluarkan. Rancang kewangan supaya mencukupi sehingga hujung bulan. Selamat berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
easicircle posted on 20-6-2014 10:07 AM
Cuba letakkan di dalam akaun simpanan yang tidak mempunyai atm. Seboleh-bolehnya jangan keluarkan. ...
barang naik gaji x naik..tu la maslaahnye
|
|
|
|
|
|
|
|
akak hanya mampu simpan RM100 jah sebulan dekat ASB, lebih dari itu akak akan makan pasir |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 22-6-2014 10:45 AM
akak hanya mampu simpan RM100 jah sebulan dekat ASB, lebih dari itu akak akan makan pasir
ko kn ada bisnes rumah sewa |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 22-6-2014 10:45 AM
akak hanya mampu simpan RM100 jah sebulan dekat ASB, lebih dari itu akak akan makan pasir
Takpe. Sekurang-kurangnya ada juga simpanan. Setahun dah RM1200. Jika berlaku sesuatu perkara yang tak dijangka ada juga simpanan tak banyak sikit boleh membantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
aechae posted on 22-6-2014 01:56 PM
ko kn ada bisnes rumah sewa
urang mesekin bantu urang mesekin sis, depa pun ada bulan tak bayar, ada liat nak bayar, ada yang teda kerja, nak buang kesian, hadap jer lah |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 25-6-2014 01:27 PM
urang mesekin bantu urang mesekin sis, depa pun ada bulan tak bayar, ada liat nak bayar, ada yang ...
Erkk...baik hati juga ko ni ye kasim |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|