CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2321|Reply: 9

Isu Bin Bukan Bapa Dan Imej Islam

[Copy link]
Post time 30-4-2014 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Isu Bin Bukan Bapa Dan Imej IslamDisiarkan pada March 11, 2013

ISU BIN BUKAN BAPA DAN IMEJ ISLAM
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
(artikel ini ditulis pada tahun 2007 semasa penulis [Dr MAZA] masih lagi sebagai Mufti Perlis ketika itu)
Apabila isu nama bapa wajib dikekalkan seperti yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis[1], ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya. Sehingga orang yang telah lama disepikan pun, termuncul membuat kenyataannya di dada media. Emosi dan sentimen juga dengan aktifnya menempatkan diri. Ada yang menunggu ‘bola tanggung’ merasakan barangkali inilah peluang yang dinantikan. Saya katakan: sabar dulu..
Isu ini sebenarnya bukanlah fatwa saya secara individu. Sebaliknya keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa yang terdiri daripada dua belas anggota yang hadir. Sebahagian besar mereka adalah pensyarah universiti dalam bidang-bidang pengajian Islam yang berbagai dan ramai yang memiliki Ph.D mereka yang tersendiri. Alhamdulillah, Perlis mempunyai anggota fatwa yang teramai. Maka, tidak wajar untuk dianggap ia sesuatu yang dibincangkan sepintas lalu tanpa penelitian.
Hanya Di Sini
Memang, isu ini agak unik dan istimewa. Antara yang paling menyebabkannya istimewa, adalah penukaran nasab seorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara melayu kita ini. Yang pasti, hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara Arab atau Indonesia yang besar itu. Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya, maka kesemua mereka pasti ber‘bin’ yang sama, iaitu ‘Abdullah’. Jika ada sepuluh yang bernama Ahmad, maka amatlah keliru untuk ditentukan Ahmad yang mana satu, kerana kesemua mereka ‘Ahmad bin Abdullah’. Maka –barangkali- terpaksalah pihak pengurus persatuan menghafal nambor kad pengenalan mereka. Begitu juga jika sepasang suami isteri menganut Islam, maka bertukarlah mereka menjadi insan-insan yang nama bapanya sama; Abdullah.
Tidak Pada Zaman Sahabat
Pada zaman Nabi s.a.w., jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabah akan ber’bin’kan Abdullah. Maka tidak adalah lagi disebut ‘Umar bin al-Khattab, sebaliknya ‘Umar bin Abdullah, tidaklah lagi Uthman bin ‘Affan, sebaliknya ‘Uthman bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi ‘Ali bin Abi Talib, sebaliknya ‘Ali bin Abdullah. Sebab, kesemua bapa mereka tidak menganut Islam. Namun apa yang berlaku tidak sedemikian rupa. Ya, baginda menukar nama-nama buruk individu yang menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat ‘bin’ mereka. Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Umpamanya, jika kita membuka kitab yang masyhur, Riyadh al-Salihin, karangan al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) hadith pertama daripada ‘Umar bin al-Khattab. Al-Imam Al-Nawawi menyebut: “Amir al-Mukminin, ‘Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza…” ‘Abd al-‘Uzza bermaksud hamba berhala al-‘Uzza. Jika lihat nama datuk nabi “… bin Kilab”.Kilab bermaksud anjing-anjing. Islam tidak mengubah sesuatu hakikat yang pasti.
Kaitan Akidah
Ada yang cuba mengaitkan isu ini dengan akidah. Seakan Fatwa Perlis tidak fikir tentang akidah. Bimbang jika bapanya bernama dengan nama syirik maka akan menjejaskan akidah anaknya yang menganut Islam. Alangkah lemah cara fikir yang seperti itu. Tidakkah dia tahu, bapanya itu bukan sahaja bernama dengan nama yang syirik, bahkan pengamal kesyirikan. Apakah jika Gopal a/l Subramaniam yang menganut Islam maka setelah nama Gopal ditukarkan kepada Marwan umpamanya, maka Subramaniam yang tidak meredhai Islam ini juga hendak ditukar?!. Maka setiap kali kita berjumpa Subramaniam, kita kena panggil dia ‘Wahai Abdullah’, kerana bimbang jika dipanggil Subramaniam maka rosak akidah anaknya Marwan?! Sesungguhnya kesyirikan tiada kaitan dengan semua itu!! Kalau kerana nama Subramaniam menyebabkan Marwan rosak akidahnya, apakah jika Subramaniam pergi ke kuil, Marwan anaknya yang masuk Islam pun menjadi kufur?! Tidakkah itu lambang pemikiran yang langsung tidak faham konsep akidah!!
Kenapa Ditimbulkan?
Ada yang tanya kenapa hendak ditimbulkan isu ini? Dah lama dah kita amalkan. Kita beritahu bahawa sesuatu perkara yang dibawa ke perbincangan fatwa negeri tentu ada sebabnya. Sama ada ia disebabkan pertanyaan, atau kekeliruan orang ramai mengenai soal hukum-hakam syarak. Maka ia pun dibahaskan.
Di sini saya sebutkan secara ringkas dua alasan utama keputusan tersebut dibuat. Pertama; Nas al-Quran dan al-Sunnah yang melarang hal tersebut. Firman ALLAH s.w.t:
[size=1em](maksudnya): Panggilah mereka itu (dengan ber”bin”kan) kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai “maula-maula” kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab: 5).
Kata al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) dalam Tafsir al-Tabari menyebut: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan seseorang kepada bukan bapanya. Hadith-hadith juga begitu keras menegahnya”.
Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w., hal ini banyak disebut. Antaranya:
[size=1em]“Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Juga sabda baginda:
[size=1em]“Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya” (Riwayat al-Bukhari).
Menghormati Hak
Kenapa Islam melarang hal ini? Sebabnya kerana Islam ialah agama menghormati dan memelihara hak manusia. Islam ialah agama yang tidak pernah menipu hakikat. Seorang bapa, walau siapapun dia, dia tetap bapa. Sebab, benihnya yang sah itulah yang menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anak yang lahir itu berkait dengannya. Selepas itu adanya hukum-hakam berhubung dengan hak, perkahwinan dan harta. Menolak bapa yang hakiki, atau menidakkannya seakan dia tidak wujud boleh menyebabkan kekeliruan keturunan manusia, bercelaru dalam perkahwinan dan penafian tanggungjawab kekeluargaan. Sedangkan Islam adalah agama penegak keadilan hak dan penyebar kesejahteraan insan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaili dalam karya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu:
[size=1em]“Keadilan dan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan kepada bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan…sesiapa yang ada bapa yang diketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Sesiapa yang tidak diketahui bapanya, maka dipanggil maula atau saudara seagama. Ini semua demi mencegah pengubahan hakikat sebenar”. (7/674, Damsyik: Dar al-Fikr 1989).
Inilah agama yang lurus. Sehingga Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar al-Tafasir menyebut: “Wajib membinkan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor kaldai”.
Justeru itu, baginda Nabi s.a.w hanya mengubah nama individu yang menganut Islam, jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak mengubah bapanya. Umpamanya baginda mengubah nama sahabah Abd al-Syams bin Sokhr kepada Abd al-Rahman bin Sokhr. Ini kerana ‘Abd al-Syams bermaksud hamba matahari. Namun Sokhr yang bermaksud batu dikekalkan. Bahkan baginda tidak mengubah bapa seorang sahabah yang bernama Abdullah bin ‘Abd al-Asad. Bapanya bernama ‘Abd al-Asad yang bermaksud hamba singa. Baginda tidak mengatakan diubah nama bapa kerana takut rosak akidah. Sesiapa yang mahu pendetilan boleh tanya kepada ahli-ahli hadis yang menguasai Kutub al-Tarajim atau dia sendiri boleh merujuk kepada buku-buku al-Tarajim yang membincangkan biodata tokoh-tokoh yang disebut dalam sejarah Islam. Ini seperti kitab Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, atau Siyar A’lam al-Nubala, karangan al-Hafiz al-Zahabi dan puluhan yang lain.
Jika demikian tindakan Nabi s.a.w dan para sahabah, apakah kita lebih faham Islam dibandingkan baginda dan para sahabahnya?!! Apakah kita ingin katakan baginda tidak menjaga akidah sehingga membiarkan sahabahnya kekal berbinkan “hamba singa”?!!. Aduhai para pengulas isu ini! Luaskan bacaan kita dan janganlah terlebih lajak dari lajunya.
Jaga Imej Islam
Kedua; isu ini timbul kerana kita ingin memelihara nama baik Islam. Pada zaman ini Islam diserang dengan berbagai tuduhan. Sering disalahanggap kononnya Islam tidak menghormati hak. Di negara kita ramai bukan Islam menganggap Islam tidak adil kerana menghapuskan hubungan antara anak dan bapa. Ada bapa yang sebut kepada anaknya yang baru masuk Islam: “awak masuk Islam, saya yang berjasa pada awak pun awak buang. Nama saya pun sudah tidak ada lagi. Siapa itu Abdullah bapa baru awak?!!” Maka mereka bertambah anti kepada Islam dan takut jika anak-anak mereka menganut Islam. Ada yang ingin masuk Islam, tersekat disebabkan bantahan atau sayangkan keluarga. Lebih parahlah jika nama keluarganya disuruh buang!!
Islam sebenarnya menyuruhkan anak melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya tidak menganut Islam. Bahkan sekalipun kedua berusaha agar anaknya keluar meninggalkan Islam. Namun perintah ALLAH agar seorang anak berbuat baik dengan kepada ibubapanya terus kekal. Cuma jangan taat dalam perkara syirik, kufur dan maksiat. Lihat firman ALLAH dalam Surah Luqman ayat 15 :
[size=1em](maksudnya) “Dan jika kedua ibubapa mendesakmu supaya engkau mensyirikkan denganku sesuatu yang engkau (dengan fikiran warasmu) tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada kedua; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…”.
Soalan yang wajar diajukan; apakah termasuk dalam bergaul dengan ibubapa secara baik dalam urusan dunia ini -seperti yang diperintahkan dalam ayat di atas- jika kita menanggalkan ‘berbinkan’ mereka. Atau menukar nama mereka tanpa pengiktirafan mereka atau mereka menafikan ‘bin’ yang baru itu sebagai nama mereka. Tidakkah tindakan itu mengguris hati mereka tanpa sebab yang diizinkan. Sedangkan seseorang diperintahkan berbuat baik kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya bukan muslim. Islam agama yang mengenang jasa dan hak.
Lebih dari itu, tidakkah tindakan itu boleh menjadikan mereka membenci dan bersangka buruk terhadap Islam?!! Bukankah menjadi kewajipan kita mempertahankan imej Islam ini?!! Maka, perbincangan Fatwa Perlis itu bagi saya mempunyai kemunasabahan yang kuat. Sekalipun amalan itu sudah lama, bukan bererti ia mesti dikekalkan dan tidak boleh diubah. Kata tokoh melayu yang disanjung, Pendita Za’ba, dalam bukunya yang hebat “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang ditulis pada tahun 30-an:
[size=1em]Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).
———————————————————————-
[1]. Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh penulis selaku Mufti Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 10 Mac 2007. Keputusan itu telah menimbulkan isu hangat di seluruh media negara termasuk di Singapura.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 04:30 PM | Show all posts
betul tu,,,,

isu ni sangat memberi kesan buruk kepada hubungan kekeluargaan muallaf.....

sudah lah masuk islam, seolah2 terputus keluarga pula....

lain kali kalau ada orang nak masuk islam ajarkan supaya jangan nak tukar nama bapa...tak payah semua tu....

dek kerana nak mengelakkan orang keliru(padahal keliru bukan masalah besar), masalah yg lebib buruk timbul.....

di mana hubungan keluarga seolah2 terputus.....kerana nak jaga pandangan org melayu yg tak mengaji, orang nak masuk islam pun susah....
Last edited by ussopp on 1-5-2014 04:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 11:37 PM | Show all posts
kesian kat bapak2 non moslem yg ada anak yg meganut agama islam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpang tanya,
bin / binti tu bukan 'nama' kan?
sepatutnya dlm surat beranak dan ic x boleh ada bin binti betul tak?
contohnya,
mohd ali bin abu
kesemua 4 perkataan diatas adalah nama org kecuali bin.
sepatutnya dlm ic cuma perlu letak mohd ali abu sahaja..
so,
sesape pun boleh assume abu adalah bapa manakala mohd ali adalah anaknya..

p/s: paling kelakar apabila US pangil nama ayah si osama tu Mr. Bin Laden..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 07:42 PM | Show all posts
system_failure posted on 2-5-2014 01:46 AM
tumpang tanya,
bin / binti tu bukan 'nama' kan?
sepatutnya dlm surat beranak dan ic x boleh ada bi ...

tiada masalah....

sistem nama ni pelbagai.....

ibnu sina, bin sina...maksudnya anak kpd sina..

bin laden membawa maksud, anak kepada laden.....

dlm org arab, tidak menyebut nama sebenar , tetapi memanggil gelaran(kuniyah) pun tiada masalah....

contoh, abu hurairah, bukan nama sebenar dia...

abu bakar  bukan nama sebenar dia......dia dipanggilbapa kepada bakar....nabi muhammad, dipanggil abu qhossim.....

ibnu mas'ud....sama saja dgn bin mas'ud......anak mas'ud.....

hal ini, tiada masalah.....kalau dah sistem kita terbiasa dgn bin.....takda masalah....

kalau boleh nak buang pun, tiada masalah.....

wallahua'lam...

Last edited by ussopp on 2-5-2014 07:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ussopp posted on 2-5-2014 07:42 PM
tiada masalah....

sistem nama ni pelbagai.....

ok tengkiu 4 da info.. ;)

Comments

sama-sama...  Post time 3-5-2014 05:00 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2014 02:09 AM | Show all posts
soal nasab ni berat


especially bila kita terbaca  tentang keputusan si ibu  nak nasabkan  atau binkan atau bintikan anak yg tak sah taraf tu ...

bila baca baca kes kes macam ni ...saya khuatir dengan ambil ringan soal nasab ni

so boleh bincang soal nasab  sekali tak ?



soal membintikan atau membinkan aak tak sah taraf ni


apa panduan JPN
apa panduan bersama JPN dan MAjlis
apa kata fatwa


sebab pelbagai pernyataan didengari

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 02:10 AM | Show all posts
ussopp posted on 1-5-2014 04:30 PM
betul tu,,,,

isu ni sangat memberi kesan buruk kepada hubungan kekeluargaan muallaf.....

apa hukumnya

sebab adakah ini juga termasuk antara dosa besar

yakni membin/bintikan anak dengan NASAB  yg tak sah???


sebab kita tahu yg abdullah tu bukan nama / entiti biological ayah si revert ni , kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 10:10 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 5-5-2014 02:10 AM
apa hukumnya

sebab adakah ini juga termasuk antara dosa besar

Astarghfirullahalad'zimmm... Kenapa la nak complicatedkan perkara yang sepatutnya mudah...

Remember this!



Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 05:53 PM | Show all posts
obelisk posted on 5-5-2014 10:10 AM
Astarghfirullahalad'zimmm... Kenapa la nak complicatedkan perkara yang sepatutnya mudah...

R ...

did i say something wrong? i merely asking ? i dunno...

hukum apa ye nama si revert tu  bapak nama lain , kalau binkan dengan abdullah bukan nasab bapa nama tu sebenar...so  i tanya hukum

apa yg komplikatednya i ?

i just tanyer  je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.135234 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list