Anda ada blog dan aktif menulis blog?Anda suka share article kat Facebook dan lain-lain jenis media sosial? Anda mahukan artikel atau blogpost anda dapat pendedahan dan promosi selain dari Facebook dan Twitter?
Kami di Dewi.MY ingin membuat tawaran percuma dan menarik kepada kamu yang memiliki blog atau aktif menulis blog. Tawaran ini kami panggil Partnertship Article.
Apa itu Partnership Article?
Partnership Article adalah di mana kami di Dewi.MY meminjam dan menggunakan blogpost anda yang telah anda tulis di blog anda sendiri dan kemudiannya dimasukkan ke dalam portal kami, Dewi.MY. Tak kisah blog jenis apa, jantina apa, tiada had umur. Yang penting, blogpost anda menarik.
Artikel yang digunakan dan dipinjam ini akan dipastikan mengandungi perkara berikut:
1) Ada logo/grafik header blog anda di permulaan artikel yang akan linkback ke blog anda.
2) Blogpost yang kami pinjam dan guna tidak akan kami ubah. Kami akan gunakan 100% seperti blogpost asal.
3) Di penghujung artikel, kami akan galakkan pembaca portal kami untuk lawat sendiri blog peribadi anda, beserta link dan biografi ringkas mengenai anda, jika perlu dan jika anda mahu.
4) Pihak Dewi.MY sama sekali tidak akan membuat perakuan hakmilik ke atas artikel anda. Kami cuma tumpang publish sekali lagi di portal kami sahaja.
5) Kami akan promosikan artikel anda samada di Facebook, Twitter juga di Instagram.
Setakat ini, tiga individu dengan portfolio peribadi yang kuat telah bersetuju meminjamkan artikel dari blog peribadi mereka kepada kami.
Aida Sue. Seorang aktivis, blogger, editor dan pengguna tegar sosial media. Mempunyai pengikut lebih 20 ribu di Instagram dan Twitter. Editor di Wanista.com, kini beliau juga menulis di blog sendiri iaitu fancydaisy.com. Sangat dikenali di media sosial, AidaSue juga mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen dan dunia penulisan.
Elfie Jane. Pengurus Pemasaran Ripcurl Malaysia. Dahulunya ketua editor bagi Lipstiq.com, Hype.MY dan Wanista.com. Beliau menulis di blog sendiri iaitu di dreizig.wordpress.com. Beliau pakar dalam bidang pemasaran dan sangat dikenali di kalangan agensi perhubungan awam.
Shahful Shaffiq. Finalis pertandingan fotografi National Geographic dan seorang pereka grafik. Suka melancong dan menulis di blog sendiri iaitu phicarman.blogspot.com, di mana di sini beliau menceritakan pengalamannya melancong. Sangat berbakat dalam bidang fotografi.
Kelebihan Partnership Article
1) Kamu tidak perlu buat apa-apa pun. Tulis saja di blog kamu sendiri seperti biasa, ikut topik apa kamu nak tulis. Urusan pinjam dan guna artikel akan kami buat sendiri.
2) Kamu berkuasa sepenuhnya ke atas kandungan blogpost yang kamu nak tulis di blog kamu, kami tidak akan halang apa jenis sekalipun. Yang kami tahu, jika blogpost itu bersesuaian dan bagus, kami nak pinjam dan letak di portal kami.
3) Kami akan mempromosikan artikel kamu di Facebook, Twitter atau Instagram kami.
Kekurangan Partnership Article Selain dari tiada dikenakan dan mengenakan bayaran, TIADA.
Berminat? Hantar URL/Link Blog anda ke [email protected] sekarang! Atau layari
|