View: 2408|Reply: 2
|
VIVIAN HSU - Rancang majlis resepsi
[Copy link]
|
|
SETELAH berkahwin secara diam-diam pada 5 Februari lalu, aktres Taiwan, Vivian Hsu dan suaminya, Sean Lee merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada Jun akan datang.
Asiapopnews melaporkan, majlis resepsi bagi pihaknya akan diadakan di negara kelahirannya manakala pihak suaminya pula akan dilakukan di Bali Indonesia.
Meskipun suaminya itu dari Singapura, namun dia memiliki keturunan darah Indonesia.
Sebelum ini, aktres yang berumur 38 tahun itu telah mengumumkan perkahwinannya melalui laman sosial Facebook lantas menyebarkannya pada media.
Dia cukup berterima kasih atas sokongan dan ucapan selamat yang diberikan selama ini selain berjanji tidak akan berhenti daripada dunia hiburan yang membantu menaikkan namanya.
"Di mana pun aku berada, karakter aku tetap tidak akan berubah. Aku tetap gila bekerja untuk hidup dan keluarga.
"Aku tidak pernah berhenti belajar dan masih ingin memajukan diri setiap hari," tulis Vivian di Facebooknya.
Last edited by nzhass79 on 7-3-2014 09:04 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dah 38 pon still cantik lg
gmbo suami xde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh usaha buat ank lgi,
xtaw la kalu taksub sgt bekerja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|