View: 7772|Reply: 37
|
Keberkatan doa ibu bapa
[Copy link]
|
|
Salam
Kata orang ..doa daripada ibu dan ayah yang cepat makbul, paling mustajab dan berkat. tapi macam mana kalau seseorang itu sudah kehilangan ibu dan bapanya?
Adakah itu bermaknam dia dah hilang salah satu daripada keberkatan di dunia? Sebab dah takde sape lagi yang nak mendoakan untuk dia?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wasalam.. ye awak..
urm.. |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 20-2-2014 03:58 PM 
wasalam.. ye awak..
"ye awak"
jawapan ke tuh? hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
neyssa posted on 20-2-2014 04:07 PM 
"ye awak"
jawapan ke tuh? hehe
jawapan...
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 20-2-2014 04:09 PM 
jawapan...
ohh..okey
Ada ape2 lagi pendapat yg nak ditambah?
=)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentang doa ibu bapa ni. Ye, memang dr hadis dan ayat qur'an kata 'keredhaan allah terletak kepada keredhaan ibubapa' . Maaflah I takda hadis dan ayat Qur'an ni. U boleh google lagi.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi )
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah al-Luqman ayat 14)
Ustaz TV9 pun ada kata hidup kita senang/kejayaan kita sekarang ni adalah dari keberkatan doa ib bapa kita.
Teringat satu series di TV Al-Hijrah - seorang mualaf ni (mat salleh ) ni sibuk nak cari ibu supaya dapat doakan kejayaan dia - ibu dia sudah meninggal.Dia minta tolong kawan-kawan dia, letak dlm facebook dan bermacam-macam lagi.
Tapi sayangnya I tak dapat tenguk endingnya. sapa-sapa yang tenguk cerita ni?
So selagi parents kita masih hidup - berbuat baik dan berbaktilah kepada mereka supaya hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
uda posted on 20-2-2014 05:00 PM 
Tentang doa ibu bapa ni. Ye, memang dr hadis dan ayat qur'an kata 'keredhaan allah terletak kepada k ...
Dan kalau ibu bapanya sudah meninggal dunia, apakah cara lain yang membolehkan dia mendapat keredhaan dan keberkatan di dalam hidupnya?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
neyssa posted on 21-2-2014 08:10 AM 
Dan kalau ibu bapanya sudah meninggal dunia, apakah cara lain yang membolehkan dia mendapat keredh ...
Sebab itulah sementara parents kita hidup - kita sentiasa berbuat baik kepada mereka.
Seingat I - dlm rancangan 'Tanyalah ustaz tv9' - bila parents kita sudah meninggal, kita selalulah sedekah mereka fatihah dan beri sedekah diatas nama mereka untuk tebus segala dosa-dosa kita kepada mereka.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
neyssa posted on 21-2-2014 08:10 AM 
Dan kalau ibu bapanya sudah meninggal dunia, apakah cara lain yang membolehkan dia mendapat keredh ...
U cuma hilang salah satu keredhaan dan keberkatan atas dunia ni. If parents da meninggal U berdoa la sendiri. Xde masalah. Dan jangan lupa doakan ibu bapa u yang dah meninggal tu. Lagi 1 sentiasa lah berbuat baik dengan org2 sekeliling. Mana tahu dengan kebaikan yang kita buat ada antara orang2 yang kita buat baik akan mendoakan kebaikan untuk kita. Antara doa yg paling mustajab ialah doa dari seorang Islam kepada seorang Islam yang lain yang tidak diketahui oleh orang yang didoakan itu. Wallahualam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Rasullullah s.a.w anak yatim
Sudah pasti kemulian ini adalah suatu yg besar bagi sesiapa sja yg mendapatnya.
Allah swt MAHA ADIL , apa yg dikurangkan, pasti ada yg ditambah pula.
Anak Yatim amat istemewa
Keistemewaan anak yatim ni....amat amat istemewa...Hinggakan sekadar mengusap kepala anak yatim pun satu kebaikan yg besar!
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
kebaikan drp setiap helai rambut!...Masyaallah!....hebatnya..
menjadi hampir dengan Rasullullah s.a.w di akhirat!..
Banyak lagi!..kebaikan yg menghampiri anak yatim...yg berbuat baik pada anak yatim....bayangkan..kalau itu sja dah memberi ganjaran amat besar...apa lagi diri anak yatim itu sendiri!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya kemulian anak Yatim ni, Rasullullah ada sebut....dlm satu Hadith..
''Bila engkau ingin agar hati menjadi lembut dan damai dan Anda mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginan mu akan tercapai. "
(HR Thabrani).
Menyantun, berbuat baik pada anak Yatim dijanjikan Allah swt melalui kalam Rasullullah s.a.w...."MENCAPAI KEINGINAN"....masyaallah
Selain tu, ada pulak ancaman bagi org yg menganayai anak Yatim...
Ayat ni biasa kita baca...
أرأيت الذي يكذب بالدين
، فذلك الذي يدع اليتيم ،
ولا يحض على طعام المسكين
“Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama,
itulah orang yang menghardik anak yatim,
dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin “
{QS. Al-ma’un : 1-3}
PENDUSTA AGAMA!.....nauzubillah min zalik....bayangkan ..yg dapat gelaran "kazab" ni Musaillamah...Nabi palsu....
& org yg herdik anak yatim....pun...Allah sebut...yukazzibubiddin...mendustakan agama.........berattt. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
neyssa posted on 21-2-2014 08:10 AM 
Dan kalau ibu bapanya sudah meninggal dunia, apakah cara lain yang membolehkan dia mendapat keredh ...
ada seorang wanita saudari yg saya tahu ketika kakinya masih merah lagi berusia hanya lebih dari 40 hari sahaja , ibunya meninggal. yes, meninggal dan dibela oleh ahli keluarga yg bukan keluarga nukleus.
alhamdulillah , baik sahaja hidupnya dan segala rezeki dan personaliti dan kekuatan jiwanya yg sentiasa diuji dalam satu aspek tapi diberikan rezeki dalam pelbagai bentuk - intelek, rohani, emosi dan jasmani.
jadi saudara iktikad kena kuat ya yang apa apa dalam hidup ni ujian ...dan setiap ujian kalai kita sabar ada ganjaran
dan yg nak bagi berkat itu Allah
dan bila Allah wujudkan seseorang manusia dari tiada kepada ada...ke dunia maka telah tertulis 4 benda itu dan adaaa rezeki Allah
dan saya percaya jika kedua dua ibu bapa itu meninggal , samalah macam nenek atau datuk datuk kita yg merupakan ayah ibu kepada ayh dan ibu kita ,kan? maka apakah hilang keberkatan itu ?
so pada saya congakan minda yg mengatakan bahawa meninggalnya atau hilang ibu bapa = tak ada keberkatan hidup tu perlu dilihat dalam pelabagai lapis dan aspek...
dan apakah saudari /a tidak mengaitkan dengan sirah Rasullulah SAW Nabi junjungan kita?
baginda kehilangan ibu bapa ketika masih kecil?
jadi apakah kita nak katakan hilang berkat ?
masakan begitu , kan?
baginda itu kekasih Allah....dan ia menjadi contoh yg baik..dan ontoh yg ALLAH itu Maha Adil...
ALlah itu Maha adil ...dan pemberi rezeki
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam mana pulak kalau ibubapa tu selalu sumpah seranah, mengeluarkan kata-kata sesat seperti babi,menyuusahkan, bxxxt, stupid dsb kepada anak mereka? kesan yg besar jgk kat anak mereka, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
cherylrihanna posted on 22-2-2014 08:25 AM 
macam mana pulak kalau ibubapa tu selalu sumpah seranah, mengeluarkan kata-kata sesat seperti babi,m ...
Peranan mendidik bukan setakat ibubapa. Zaman sekarang ni boleh kita kira masa sehari berapa jam ibubapa bersama anak. Yang banyak mempengaruhi anak ialah sekolah. Pengaruh bapa dan ibu yang bekerja lebih banyak di tempat kerja. Ibu yang tak bekerja mempunyai pengaruh persekitaran masyarakat kawasan rumah atau kampung.
Semua ada kaitan. Contohnya, kerajaan mana-mana negara mempunyai ideoloji tertentu dan mahu menanam ideoloji tersebut disekolah, Caranya, bagi kursus macam macam kepada cikgu. Cikgu pulak di beri arahan untuk mengajar murid mengikut apa yang ditentukan kerajaan. Di sekolah murid dah terpengaruh dengan ideoloji kenegaraan dia.
Tambahan lagi, kebiasaan tempat bekerja ada polisi-polisi yang perlu diikut. Tak kira tempat kerajaan atau swasta, semua ada ajenda masing-masing. Mungkin dia terpengaruh kuat bawa balik pengaruh tempat kerja (samada yg positif atau negatif). Kalau tempat kerja ramai orang suka mencarut, mungkin dia balik pun kuat mencarut.
Kalau nak buat chronolgy of evenet karang meleret-leret pulak.
Jadi, adalah tugas kiat untuk mengutamakan nilai-nilai Islam. Pertama sekali dengan menggalakan solat berjemaah di tempat kerja dan sekolah. Bila dirumah, anjurkan sembahyang di masjid/surau. Ini baru first step. Bila dah bercampur gaul dengan orang bersolat, kemungkinan nak campur dengan orang kuat mencarut akan berkurangan.
Ini post pun dah panjang pulak.... stop dulu sini kot, karang tulis punya tulis jadi panjang karang tak larat pulak baca. Lain kali sambung inshaa Allah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 22-2-2014 06:40 AM 
ada seorang wanita saudari yg saya tahu ketika kakinya masih merah lagi berusia hanya lebih dari 4 ...
penerangan yg cukup baik dan menjawab persoalan2 yg pernah terbuku di hati saya
|
|
|
|
|
|
|
|
cherylrihanna posted on 22-2-2014 08:25 AM 
macam mana pulak kalau ibubapa tu selalu sumpah seranah, mengeluarkan kata-kata sesat seperti babi,m ...
Assallamualaikum warahmatullah...
kita bercerita dulu...
Pada zaman Khalifah Amirul Mukminin Sayyidina Umar al- Khattab r.a berlaku satu peristiwa di mana ada
seorang ayah datang mengadu kepada khalifah berkaitan perangai buruk anaknya. Lalu setelah
mendengar pengaduan si ayah tadi, khalifah memanggil si anak untuk menanyakan hal yang sebenarnya.
Apabila si anak datang bertemu dengan khalifah, maka khalifah bertanya apakah benar dia sudah
berkelakuan derhaka kepada ayahnya. Si anak tidak menjawab pertanyaan yang diajukan oleh khalifah
sebaliknya bertanya kembali kepada khalifah apakah ada di sana hak - hak yang sepatutnya diberikan oleh si ayah kepada seorang anak.
Khalifah lalu menerangkan bahawa memang terdapat hak seorang anak yang perlu ditunaikan oleh seorang ayah iaitu:
1- Memilih ibu yang baik kepada anaknya
2- Memberi nama yang baik kepada anaknya
3- Mengajarkan al- Quran kepada anaknya
Setelah khalifah menyatakan penjelasan tersebut, lalu si anak bersuara dengan berkata bahawa kesemua
hak yang disebutkan oleh khalifah tiada satu pun yang ditunaikan oleh si ayah kepadanya. Ibunya seor
ang yang datang daripada keturunan yang tidak baik, nama yang diberikan si ayah kepadanya adalah nama seekor binatang dan dia juga tidak pernah diajar oleh si ayah berkaitan al- Quran walau satu ayat.
Khalifah terkejut mendengar penjelasan si anak lalu memandang kepada si ayah lantas berkata:
“Kamu telah derhaka kepada anakmu terlebih dahulu sebelum anakmu derhaka kepadamu.”
Dari apa yg dikatakan Syaidina Umar Rodhiallahuan....Jelas sekali, apa yg ditanya Cheryl tentunya tak lain tak bukan adalah si "BAPA/IBU DERHAKA"...
Sumpah seranahnya pasti memakan diri suatu hari nanti & tak ada siapa yg dpt disalahkan melainkan Ibubapa Derhaka itu sendiri!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ibnur posted on 22-2-2014 12:23 PM 
Peranan mendidik bukan setakat ibubapa. Zaman sekarang ni boleh kita kira masa sehari berapa jam ...
tq ibnur 
mmg persekitaran mempengaruhi seseorang dlm tindakannya. kalau kawan mencarut, dia pun mencarut.
tp mcm mn kalau kwn2 nya semua org2 baik, alim, dan baik budi bahasanya.
Ibubapa jenis ni kalau nak bagi contoh mcm kes sweden tu. depan kawan2, jiran tetangga, saudara-mara sopan santun dengan anak2. Ckp dengan anak2 pon gelak2 je siap gurau2 lagi. Tp belakang semua orang, tiba-tiba bertukar terus jadi bengis.
Masa kecik selalu didera dgn rotan, cubit paha, kena tampar. Bila dah besar panjang didera dengan emosi pulak. dicarut2 nya si anak.
ibubapanya semayang puasa tak tinggal, tp xpenah pun semayang sekali dengan si anak. Makan pun xsemeja. Mcm mn nak berjemaah, berborak dengan si anak pun tak pernah.
Apa patut si anak tu buat? kalau tidak, sampai mati pun anak ni xde keberkatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
cherylrihanna posted on 23-2-2014 01:50 AM 
tq burunghantu.
walaupon si anak sedih dan kecik hati dengan org tuanya, patut ke ...
Walaupun begitu sedih...
Tetaplah Ibubapa..."Wali Keramat"...kerana semata melahirkan kita pun....hanya semata itu sja..tak tambah yg lain...sudah senilai langit dan buminya!
Jadi...membalas jasanya....
bukanlah anya dgn mencurah intan permata..
Tapi...DOA..& USAHA..
Minta Allah swt bukakan hatinya..
Kembalikan dia kepada Jalan NYA...
Rasullullah s.a.w pernah suruh Sahabat membantu "yg Dizalimi" & "YG MENGZALIM" hingga Sahabat binggung & bertanya...kenapa bantu "YG MENZALIM " ???....Rupa rupanya...membantu yg menzalim tu adalah dgn cara...menegah dia drp membuat zalim..ITULAH BANTUAN YG BESAR!...menyelamatkan dia drp kemurkaan Allah!
Moga moga dgn sebab Kasihsayang kita, walau kpd Ibubapa Derhaka....menginsafkan mereka...& menjadikan mereka Ibubapa soleh....& utk bersama sama di dalam Syurga Allah nanti.. aminnn
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cherylrihanna posted on 23-2-2014 02:03 AM 
tq ibnur
mmg persekitaran mempengaruhi seseorang dlm tindakannya. kalau kawan mencarut, dia ...
saudari, yg nak bagi keberkatan itu Allah ; bukan kuasa mutlak keberkatan itu pada ibu bapa, ibu bapa memdoakan tapi yg nak bagi , anugerahkan keberkatan itu ...Allah
soal ibu bapa solat tak tinggal semua bagai tu bukannya satu panacea atau stu tiket yg kata depa sempurna
sebab sebaik baik solat ialah yg dapat menghidari seseorang dari perbuatan yg tak baik , kan?
so kat sini bukan juga modal spekulasi ibadah mak ayah itu tidak diterima terima ke ye bukan, kita bukan persoalkan itu
tapi i think we got to understand yg apa apa pun keberkatan , rahmat tu dari Allah...
kalau saudari tengok sirah baginda SAW, nah habis lah .sebab? masa kecil pun baginda jadi yatim piatu , dan keberkatan tu didoakan oleh ibu bap dan kita juga dan yes segala hadith yg katakan kberkatn redha bersama ibu bapa itu kita terima
. dalam pada masa yg sama , kena tahu yg pemutus nak bagi ke tidak ialh ALLAH SWT.
sama juga jika seseorang anak itu dilahirkan dalam keluarga yg ibu bapa tak solat , ayah berjudi ibu pula entah ke mana solat dan apa semuanya , so kita belum tentu dapat atau boleh katakan anak anak mereka tidak berkat?
saya melihat yg ada di antara anak anak terbabit yg berjaya dan menjadi lebih baik dari ibu bapa mereka dan ALLAH SWT menguji anak anak ini dengan beribupakan ibu bapa seperti ini, u se life is actually a test. Ujian.
Last edited by mbhcsf on 23-2-2014 05:57 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|