Sumber: Malaysian Digest
. Sejak petang semalam, kecoh di laman Twitter gara-gara ahli kumpulan Shinee, Onew dan Dongjun (ZE:A) dikhabarkan kini berada di negeri Sabah.
Menerusi beberapa kemaskini di Twitter menyebut kedua-dua idola kegemaran ramai tersebut datang ke negeri di bawa bayu itu bagi menjalani penggambaran program realiti 'Law of the Jungle'. Berita tersebut dikukuhkan lagi dengan beberapa keping gambar yang dimuat aik oleh peminat. Gambar tersebut menunjukkan Onew dan Dongjun berada di lapangan terbang Kota Kinabalu, petang semalam. Tapi tak pula dapat di pastikan berapa lama mereka akan menjalani penggambaran di Pulau Borneo itu. Apapun, kita harus bangga kerana satu lagi produksi dari luar negara memilih salah satu negeri di Malaysia untuk lokasi penggambaran mereka. Dan bila rancangan itu disiarkan, setidak-tidaknya tempat tersebut dapat promosi percuma. - mD
|