CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10600|Reply: 4

16 kerjaya dengan pendapatan tinggi tanpa perlu ijazah Universiti di Malaysia

[Copy link]
Post time 18-1-2014 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

     

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai 'wealth advisor' merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.



(gambar oleh  Trevor_Page)

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang 'oil and gas' seperti diPetronas, MMHE , Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan olehCSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa & bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia). Di sini antara program pensijilan yang ditawarkan ialah;

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.



(gambar oleh tommyimages_com)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian yang berdekatan.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
ROHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu  arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2014 05:19 PM | Show all posts
aku tak abes blaja skg ni pun dah sakit pale nty nak keje ape.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 04:41 PM | Show all posts
hondadash posted on 18-1-2014 05:19 PM
aku tak abes blaja skg ni pun dah sakit pale nty nak keje ape.

kerja ikut kelulusan ko laa..kalau nak senang jadi artis..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2014 12:46 PM | Show all posts
Kerja no 1 tuh memang gaji banyak, cuti banyak, kerja 3 hari cuti 5 hari dan sebagainya
Tapi ada cons juga
Yg pasti selalu kena berjauh dgn famili
jadual kerja x menentu, kena standby, atau bertugas flight tgh malam atau long haul flight
Tak boleh sakit, kena maintain fit sbb medical check up every 6 month
kena pegi exam dan test selalu, x boleh fail
Dan yang paling risiko adalah diorang sgt bergantung kepada machine atau alatan untuk pandu kapal terbang
Decison kena buat dlm split second sahaja
Kalau ada mechanc/engineer buat silap dlm maintenance, diorang lah yg kan handle utk pastikan aircraft selamat mendarat
Sy cerita berdasarkan pengalaman rakan rakan pilot sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2014 02:33 AM | Show all posts
blazzard posted on 21-1-2014 04:41 PM
kerja ikut kelulusan ko laa..kalau nak senang jadi artis..

buat naye jadi artis nanti abes rahsia berzaman ak kena korek2 ngan wartawan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051666 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list