View: 5357|Reply: 19
|
Wakaf Secara Mudah, Pantas & Selamat di www.waqaftahfizonline.com
[Copy link]
|
|
Jom Bantu Bina Kompleks Tahfiz Darul Ulum.
Waqaf secara online di www.waqaftahfizonline.com
Akaun CIMB 05070001103103
Waqaf Tahfiz Online diwujudkan untuk membantu Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum mengumpulkan dana secara online bagi membangunkan Kompleks Darul Ulum yang teletak di Seremban.
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) diasaskan pada tahun 2008 oleh beberapa orang siswazah Universiti Al-Azhar, Mesir. SRIIDU bermula dengan 6 orang pelajar dengan menumpang di bangunan Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya sebagai tapak awal pendidikanmya. Sehingga kini pada tahun 2013, SRIDDU telah mempunyai 100 orang pelajar.
Ia ditubuhkan di atas kesedaran untuk melahirkan ulama yang menguasai dengan sempurna ilmu-ilmu Al-Quran dan As-Sunnah yang akan memimpin masyarakat pada masa hadapan. SRIIDU dibentuk bukan sahaja berorientasikan pendidikan agama malah mengambil kira pendidikan akademik dan kemahiran yang lain sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam. Ia ditubuhkan dengan tujuan mendidik pelajar-pelajar agar dapat menghayati kebesaran Al-Quran melalui pembacaan dan hafazan Al-Quran secara sistematik melalui ilmu-ilmu berkaitan seperti Bahasa Arab, Tajwid, Qiraat dan Taranum disamping menimba ilmu akademik seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain.
Laman web rasmi: www.sriitahfizdarululum.edu.my
Waqaf secara online di www.waqaftahfizonline.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:
Maksudnya : "Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya."
Jom wakaf untuk bina sekolah tahfiz, dengan harapan agar Allah kurniakan kepada kita ganjaran pahala yang berkekalan walaupun sesudah meninggal dunia. InsyaAllah.
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan
CIMB 05070001103103 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untuk RENUNGAN DIRI & BERSAMA. (SILA SHARE KAN)
PERASAN TAK?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya.
PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen: drama Korea, Teduhan Kasih, Adam & Hawa, dll.
PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.
PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.
PERASAN TAK?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan lama dan panjang.
PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.
PERASAN TAK?
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
-------------------------
" Jom bantu bina Sekolah Tahfiz Darul Ulum"
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum
CIMB 05070001103103 ( Hantar resit untuk urusan admin rekod dan audit )
Waqaf Tahfiz Online di www.waqaftahfizonline.com |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1394440_529846237106684_1130120743_n.jpg)
Ni lah icon Waqaf Tahfiz Online, Najati namanya, panggil Ati je. Comel kan?
Jom bantu Ati bina sekolah tahfiz dengan berwakaf di www.waqaftahfizonline.
Boleh juga memberi sumbangan wakaf terus ke akaun sekolah:
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum
CIMB 05070001103103
Semoga semua pewakaf dikurniakan ganjaran pahala wakaf yang berterusan dan berpanjangan walaupun setelah meniggal dunia, InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dibawah adalah warga pengurusan SRIIDU bagi tahun 2014. Ada yang kalian kenal? =)
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1559738_551016284989679_611347712_n.jpg)
![](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/1528523_551016444989663_953433101_n.jpg)
Semoga mereka diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan dalam mentadbir dan membimbing anak-anak tahfiz di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, InsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1471891_539256139499027_1509397616_n.jpg)
Beginilah keadaannya asrama pelajar lelaki di Sekolah Tahfiz Darul Ulum semasa waktu Qailullah (tidur sekejap dinwaktu tenghari). Disebabkan semua pelajar bangun seawal 4.30 pagi untuk aktiviti qiamullail dan hafazan. Jadi penting bagi mereka tidur sekejap sebelum zuhur agar mereka tidak mengantuk semasa kelas petang.
Pihak sekolah dan ibu bapa pelajar sedang bertungkus lumus membantu sekolah mengumpul dana bagi membina bangunan sekolah baru. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Wakaf lah untuk pahala berpanjangan di www.waqaftahfizonline.com |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1483317_538851166206191_1361695768_n.jpg)
Kenapa pelajar tu berdiri di tengah kelas?
Mungkin saudara sekalian boleh lihat, tiada tempat kosong lagi di dalam kelas. Namun mereka tidak pernah merungut. Malah lebih ramai ibu bapa yg mohon mendaftarkan anak yg mana kami terpaksa tolak disebabkan ruang sekolah yang sempit. Besar harapan sekolah agar ramai yg berwaqaf untuk pembinaan bangunan baru.
Wakaf secara mudah, pantas dan selamat di www.waqaftahfizonline.com |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p206x206/1463659_536334486457859_984073964_n.jpg)
Pemeriksaan bangunan sekolah sentiasa dijalankan secara berkala oleh pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan keadaan sekolah yang selamat.
Sekolah berharap agar lebih ramai yg berwakaf agar kompleks tahfiz dapat dibina dan lebih ramai pelajar dapat diambil bagi melahirkan lebih ramai pemimpin dan golongan profesional dengan ilmu agama yang tinggi.
Berwaqaflah untuk pahala yg berpanjangan, InsyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1471394_532431686848139_1170327426_n.jpg)
"Sekolah kami tiada padang, jadi main je kat sini".
(Gambar ketika hari jumaat dimana pelajar sedang menunggu ibu bapa untuk pulang ke rumah)
Anak-anak tahfiz ini juga seperti kanak-kanak lain yang jiwanya masih suka bermain bersama rakan. Sekolah tidak pernah menghalang pelajar bermain, cuma kadangkala risau dengan keselamatan mereka.
Diharapkan dengan bantuan waqaf dari tuan puan, sekolah baru dapat dibina di atas tanah waqaf yang telah dibeli di Ampangan, Seremban. Dan pelajar mendapat tempat belajar, asrama yang lebih selesa. Juga lebih ramai pelajar dapat turut serta menjadi anak-anak tahfiz. InsyaAllah.
Jom support anak-anak tahfiz Darul Ulum!
Berwaqaf & infaq setakat yang mampu, SHARE info tentang waqaf ini supaya kita juga dapat sebahagian walaupun sedikit daripada pahala waqaf yg berterusan ini. InsyaAllah.
Wakaf secara mudah, pantas dan selamat di www.waqaftahfizonline.com
Boleh juga memberi sumbangan wakaf terus ke akaun sekolah:
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum
CIMB 05070001103103 |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/545898_525736404184334_1238859687_n.jpg)
Berikut adalah peta bangunan lama dan pelan pembangunan yang baru. Lihatkan sebab musabab keperluan mereka terhadap kompleks bangunan baru ?
Bagaimana mungkin mereka ini belajar dalam keadaan seperti ini ? Bangunan yang hanya di blok kedai yang semakin sempit. Di tambah pula restoran Non-Halal hanya di bawah kelas mereka.
Sampai hatikah kita membiarkan anak-anak kecil ini ? Ayuh ! Infaq dan waqaf sebahagian rezekimu ke jalan Allah ! www.waqaftahfizonline.com atau terus ke akaun CIMB SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI TAHFIZ DARUL ULUM : 05070001103103 |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/p206x206/1392086_523809814376993_951578115_n.jpg)
Comel anak - anak Tahfiz ini. Kecil pun mereka, anak - anak ini mampu menghafaz ayat - ayat suci Al-Quran. Mampu mempelajari ilmu dunia dan akhirat. Pandai pula mereka menyeimbangkan keduanya.
Ya, mereka ini adalah antara yang dipilih Allah untuk memegang panji-panjiNya di hari akhir kelak. Berapakah umur mereka ini ? Mereka cuma anak-anak kecil yang baru berusia 7 Tahun sehingga 12 Tahun. Hebatkan mereka ? Hebatkan para asatizah mereka ?
Bagaimana pula kita ? Ayuh, tak dapat pun kita jadi seperti mereka, seiringlah dengan mereka. Layari www.waqaftahfizonline.com |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.youtube.com/yt/brand/media/image/YouTube-logo-full_color.png)
Jom tengok video anak-anak tahfiz. Hebat sungguh mereka, kecil2 dah hafaz Al-Quran. KLIK YOUTUBE Last edited by SahamAkhirat on 9-1-2014 02:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sindiket Pelajar Tahfiz Mengutip Derma?
Bulan lepas kami ada terima maklum balas emel daripada seorang hamba Allah. Beliau meluahkan pendapat beliau bahawa tidak elok memanipulasikan kanak-kanak untuk meminta sedekah dan mengaut keuntungan. Sebelum itu, kami ingin memohon maaf jika emel yang kami hantar ini mengganggu tuan puan. Kami cuma menggunakan sistem email blast yang membolehkan kami menghantar emel kepada semua senarai emel yang terdapat di dalam database. Jika tuan puan merasa terganggu dengan emel ini, tuan puan boleh unsubscribe dan tuan puan tidak akan menerima emel daripada kami lagi. Harap tuan puan dapat memaafkan kami sekiranya tuan puan terganggu.
Berbalik kepada topik tadi, kami ingin maklum kan bahawa kami tidak pernah memanipulasikan kanak-kanak untuk mendapat keuntungan. Ini adalah semata-mata untuk mendapatkan dana bagi membina kompleks tahfiz bagi menggantikan bangunan yang sedia ada.
Pelajar-pelajar tahfiz ini semua mempunyai ibu bapa, (cuma beberapa orang sahaja anak yatim yang ditanggung sepenuhnya oleh sekolah). Mereka duduk di asrama cuma pada waktu persekolahan (Isnin hingga Jumaat), setiap petang jumaat akan pulang untuk bersama keluarga, kemudian kembali ke asrama pada petang ahad. Bukan seperti yang kita biasa lihat mengutip derma di restoran-restoran dan R&R. Bahkan anak-anak ini semua telah menghafaz banyak juzuk Al-Quran, tidak juga diabaikan silibus akademik seperti sekolah lain dengan harapan mereka menjadi golongan profesional yang menghafaz Al-Quran, mempunyai ilmu agama yang tinggi dan berakhlak mulia. InsyaAllah.
Jika masih ragu, jangan keberatan untuk menyemak tentang maklumat sekolah kami di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Berikut adalah maklumat sekolah:
Nama: Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum
Berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
Nombor pendaftaran: (41-123/2011 JHEAINS).
Penaung Kehormat: SS Dato' Sheikh Murtadza Sheikh Ahmad (Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan)
Penasihat: Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre
Pengerusi: Ustaz Mohd Khairi Zainuddin
Mudir: Ustaz Mohd Fairuz Haji Mohd Isa
Alamat: 3964, Jalan RJ 6/3, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
No telefon: 06-7624270/011-10622324
Mendapat surat kebenaran daripada JHEAINS untuk mengutip derma.
Rujuk surat "Kebenaran Mengutip Derma Bagi Tujuan Pembinaan Dan Pengurusan Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum", 22 Januari 2013 - Bil(41)dlm. PANS 196 (09) 389 / 3 jld 3
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.wangcyber.com/forum/attachment.php?attachmentid=15990&d=1389248398)
Instagram Waqaf Tahfiz Online --> Instagram Last edited by SahamAkhirat on 9-1-2014 02:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tkde asrama ke tempat ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
want2bhappy posted on 10-1-2014 04:47 PM ![](static/image/common/back.gif)
tkde asrama ke tempat ni?
Wlkmsalam, asrama ada di sebuah shoplot di Taman Rasah Jaya, Seremban. Sekarang tengah dalam proses pembinaan kompleks baru di Jalan Paroi, Senawang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk hakisan, rubber wall dan saliran, kos diperlukan dlm 150k. Mohon doa moga Allah permudahkan. Moga sumbangan dan bantuan drpd semua pihak dirahmati Allah. Amin. - Ustaz Khairi |
|
|
|
|
|
|
| |
|