View: 1277|Reply: 0
|
Omar Mukhtar : Jari telunjuk ini menjadi saksi...
[Copy link]
|
|
Omar Mukhtar : Jari telunjuk ini menjadi saksi...
Soal siasat dijalankan kepada Mujahid Islam di Libya Sheikh Omar Muhktar oleh seorang pegawai polis Itali.
Pegawai Polis Itali : Benarkah kamu menentang kerajaan Itali?
Sheikh Omar Mukhtar : Benar sekali.
Pegawai Polis Itali : Kamu juga menghasut orang awam melawan Itali?
Sheikh Omar Mukhtar : Memang benar.
Pegawai Polis Itali : Adakah kamu tahu kesalahan kamu ini boleh dihukum dengan hukuman yang berat?
Sheikh Omar Mukhtar : Ya saya tahu.
Pegawai Polis Itali : Sejak bila kamu melakukan pemberontakan ?
Sheikh Omar Mukhtar : Sejak 10 tahun.
Pegawai Polis Itali : Adakah kamu kesal dengan perbuatan kamu?
Sheikh Omar Mukhtar : Tidak.
Pegawai Polis Itali : Tahukah kamu akan dihukum gantung?
Sheikh Omar Mukhtar : Ya
Mendengar pengakuan Sheikh Omar Mukhtar itu hakim yang mengadili perbicaraan bersuara : Aku amat kesal kerana menamatkan nyawamu dengan cara ini.
Sheikh Omar Mukhtar : Bahkan inilah cara yang terbaik aku mengakhiri hidupku.
Hakim cuba menasihati Sheikh Omar Mukhtar dan menawarkannnya pembebasan jika Sheikh Umar sanggup menghentikan perjuangannya.
Sheikh Omar Mukhtar memandang ke arah hakim dan berkata dengan ungkapan hebatnya :
Jari telunjuk ini yang mengangkat saksi TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan MUHAMMAD ITU PESURUHNYA tidak akan sesekali digunakan untuk menulis kalimah kebatilan.
Hakim Gersaiana berkata : "Dan apabila dia berdiri sebelum dibawa keluar dari mahkamah. Kelihatan dahinya cerah bercahaya seolah-olah dikelilingi oleh aura yang memancar terang. Jantung ku berdebar secara tiba-tiba menyaksikan situasi yang hebat itu. Aku bagaikan berada dalam peperangan dunia di padang pasir lalu tiba-tiba muncul seekor singa yang sangat garang di hadapanku.
Bibirku menggeletar dan tidak ada satu kalimah yang mampu aku ucapkan ketika beliau melalui hadapanku.
Apabila dia berdiri di sisiku, dia cuba untuk berjabat tangan denganku tetapi tidak dapat kerana tangannya telah terikat dengan besi. "
Pihak Itali sengaja menerbangkan kapal perang di atas kawasan hukuman agar ucapan terakhir Sheikh Omar Mukhtar tidak didengari oleh semua yang menyaksikan hukuman mati beliau yang terdiri dari tahanan, banduan dan 20 ribu penduduk tempatan.
Akhirnya Sheikh Omar Mukhtar dihukum bunuh pada pagi 16 september 1931.
Last edited by uniq61 on 22-11-2013 03:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|