CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1352|Reply: 0

Kejutkan lamunanmu bila kamu ditegur dengan .

[Copy link]
Post time 22-11-2013 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Kejutkan lamunanmu bila kamu ditegur dengan ..




Seorang lelaki yahudi mempunyai hajat tertentu dan mengadukannya kepada Khalifah Harun Ar Rasyid . Beliau berulang alik ke istana akan tetapi permintaannya sampai setahun  tidak dihiraukan oleh Khalifah.

Suatu hari ketika Khalifah Harun Ar Rasyid keluar dari istananya baginda mendapati lelaki yahudi itu berada diluar pintu. Lelaki yahudi itu terus bersuara :

“ Takutilah Allah wahai Amirul Mukminin”.

Sebaik sahaja mendengar perkataan dari  lelaki yahudi itu , baginda terus turun dari kenderaannya dan sujud dengan lama.

Sesudah itu baginda pun bangun, bertanyakan hajat yahudi itu dan mengarah agar diselesaikan permintaannya . Keadaan pelik ini ditanyakan  oleh pengawainya katanya : “ Adakah tuan turun sujud disebabkan oleh kata-kata yahudi tadi?”.

Berkata Khalifah Harun Ar Rasyid :

“Bukan sebab itu akan tetapi beta teringatkan sebuah petikan dari Al Quraan yang berbunyi :

{ وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتق الله أَخَذَتْهُ العزة بالإثم فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ وَلَبِئْسَ المهاد }



Baqarah : 206. Dan apabila dikatakan kepada seseorang, "Bertakwalah kepada Allah," lalu bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya  terus berbuat dosa. Maka cukuplah baginya neraka jahanam. Dan sungguh neraka jahanam itu tempat tinggal yang paling buruk.

Jamie Ahkam lil Qurtubie 1/604




Berhati-hatilah :

Siapa pun kamu, jika dikatakan padamu ''Takutilah Allah''  hendaklah beradab dan berhenti sebentar dari apa jua perbuatanmu semampumu dan insafilah. Jangan sampai kamu kamu rasa ego dan merasa tidak senang dengan orang yang mengucapkannya.

Jika tidak maka ditakuti kamu tergolong di kalangan orang yang sombong di sisi Allah yang layak dijamah oleh api neraka.

Oleh itu bila kamu dengar di dalam khutbah perkataan khatib :

اتقوا الله


Jangan kamu buat tidak endah atau tidak punya perasaan



terbitkan rasa gerun dan keinsafan

maka itulah jiwa orang beriman






Seorang berkata kepada Saidina Umar : Takutilah Allah wahai Umar

Dijawab oleh seseorang di sisi Umar : Berani kamu ucapkan kata-kata ini kepada Amirul Mukminin?



Akan tetapi Saidina Umar meyelar lelaki yang membelanya dan berkata :



Tiada kebaikan untuk kamu semua jika tiada yang mengucapkannya

dan tiada kebaikan bagi kita jika tidak mendengarinya








Posted by Fuad Osmanat Rabu, Disember 26, 2012


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.043087 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list